Monday, November 29, 2010

Pagi Isnin 29/11/2010

Pagi Isnin yang kalut...
pagi Isnin yang cukup tak best...
Pagi Isnin yang hidungku berair...sob sob sob...

Dari semalam lagi dah rasa tak sedap badan. nak kata demam...tak demam...
Nak kata tak larat... larat sehinggakan semalam aku travel sampai ke Klang, Selangor nun...
(This Klang story will publish soon...)

Tapi yang nyata aku FLAT !!! Sakit habis sendi-sendi....tak berdaya lagi dah... Dan memandangkan hari ni ada meeting tapak, hah...terpaksalah aku menggagahkan diri.... dan kalau tak disebabkan meeting, memang awal-awal lagi aku dah ambik MC!!!

Pagi Isnin yang stress stress stress & stress.... huwaaaa...!!!! :-(





Sunday, November 28, 2010

Working Station

Inilah port kesukaan aku untuk meluahkan segala macam jenis rasa. Rasa cinta, rasa sayang, rasa dihargai dan segala rasa seorang manusia yang bernama wanita. Disini jugalah tempat aku meluahkan sejuta rahsia benci, meluat, menyampah, bosan, jemu dan sejuta rasa seorang manusia yang amat kerdil dan penuh dengan seribu kesangsian.


Alhmdulillah.... dulu rasa payah sangat-sangat nak beli notebook. So...last 3 years, baby hadiahkan notebook sebagai hadiah ulangtahun perkahwinan. So... bila keja dengan Civil & Structure Consultant, aku dapat satu lagi notebook untuk kemudahan aku buat kojer. Alhamdulillah. Rezeki notebook... cuma dok menunggu bila lak baby nak hadiahkan Ipad kat aku... besday tahun depan ke baby?? ngeh ngeh ngeh...

Saturday, November 27, 2010

Catering Grand Gila....

Yor..... nilah view tempat makcik aku dok masak. Dia buat bussiness catering ni dah 7-8 tahun aku rasa. or more than that kot. Equipment memang banyakkkkkkkk... complete set for dari catering untuk budak2 sekolah sehinggalah ke catering Dato Datin Tan Sri & Datin Sri. Ko cakap je nak masak apa. Bila & berapa pax...insyaallah, makcik aku leh bagi quatation.

Haaa....angah nak kenduri ni pun makcik yang masakkan. Semua dah diatur sejak dua bulan lepas lagi. Biasanya kalau mak aku lapang, mak aku akan turun untuk tolong makcik. 

Dan catering makcik aku ni Insyaallah... dijamin memuaskan. Semua peralatan akan diseal bagi tujuan manjaga kebersihan setelah habis satu-satu catering dilaksanakan.


Kalau korang dok mencari catering yang bagus untuk function opis mahupun peribadi, bolehlah email aku yer.... tadak amik extra commission la...cuma membantu mana yang perlu. :-)

2 Alam

Aku dah tengok movie ni minggu lepas lagi. 

Good movie. Banyak yang dapat kita renungkan dari penyampaian serta olahan cerita yang berkaitan dengan hidup dan kematian. Tapi ianya untuk tontotan 18 tahun keatas sahaja memandangkan banyak terdapatnya adegan-adegan ranjang yang tidak keterlaluan. 

Olahan yang kurang kemas namun tidak mencacatkan jalan cerita. Penyampaian yang berkesan cuma ada beberapa adegan yang pada aku perlu disampaikan dengan lebih teliti dan perlu lebih fokus kepada objek dan watak utama.

Kesimpulannya, hidup ini terlalu singkat. Sekelip mata sahaja mungkin kita sudah tidak bernyawa. Kemewahan itu tidak pernah menjanjikan bahagia. Seandainya kemewahan itu mampu untuk membahagiakanmu, bersyukurlah. Kita perlu sentiasa merenung jauh kedalam diri. siapa kita dan dimana kita berpijak.

Kakak - Part 5

@ Pizza Hut once upon a time....

Dah berkeriut-keriut dah muka. Dah senget benget dah wajah menantikan pizza yang dipesan tak kunjung tiba. On that day memang dia proposed nak makan pizza. So....kami berdua je la yang merayap ke Pizza Hut Sunway Carnival. Baby keja, so tak dapat nak ikut.

As usual, kakak ni kalau dia tak minta, memang dia makan sikit je. But kalau dia dah bersuara nak makan itu nak makan ini, haaaa.... memang puas hati la dia makan. On that day dia makan 3 slice pizza Hawaian Chicken + 2 pieces of Deli Wings. Dalam picture ni dia dok makan garlic bread... siap hiris dengan pisau lagi tu... ala-ala western style you....


Macam-macam memek muka yang dibuatnya sementara dok tunggu pizza sampai. Dia tak kira orang dok tengok dia ker....dok kerling kat dia ker.... she will do whatever she want to do. Erkk,..... betul ke pepatah omputih yang menyatakan 'like mother like daughter'...???

Tapi kakak...muka ibu tadak la macam tu.....

Friday, November 26, 2010

Selamat Kembali Asthma..... :-(

Erk..... adeh.... hmmm..
Susahnya aku nak bernafas malam tadi. Tercungap-cungap. Sesak dada. Dah sah sah asthma aku menjelang kembali setelah menghilangkan diri selama hampir 2 tahun. Dan sebab dah tak semput maka aku pun stop la renew inhaler aku. Sampai aku sendiri lupa nama inhaler yang pernah aku guna

Sekali....Nah...hamik ko.... semalam tercungap-cungap semput. Macam nak putus nyawa. Menggigil suma cukup. Sejuk ni tok sah cakap la....

Aku pun tak tahu la aku silap makan apa... rasanya tadak makan apa benda-benda yang sejuk. Yang aku perasan aku selsema sikit semalam. Batuk pun sikit-sikit. Little bit jer...bukan batuk teruk pun.

Petang satgi nak ajak baby gi cari balik inhaler aku tu kat pharmacy. Naya weh...buatnya time duduk sorang-sorang kena asthma attack... sapa nak tanggung...??? Aku berharap sangat agar ianya pergi terus dari hidup aku..... sesak weih....

So.....
maka...
oleh sebab itu...
akan bertambahlah lagi harta khazanah dalam handbag aku... ingatkan aku dah tak payah dok ngusung kehulu kehilir dah inhaler tu..... aku tersilap ghupanya.....
Berat lagi la handbag aku.....





Dr. Caldina Again Fly Fly Fly & Fly

"I'm going to Sarawak tonite...."
Terbang lagi. Again busy with all the classes. Hmm.... you mencari apa sebenarnya Doc? Selalu sangat away from home. Mesti 'A.S' selalu nak ikut you bila nampak you dok usung beg baju kesana kesini.

Dia dah habis merajuk. Setakat tu je la merajuknya.... you tahu pun muka tu dah jadi macam asam boi dah dok merajuk tak tentu hala.... atau yang sebenarnya you tak merajuk? 

Bila I tanya...Busy...Busy...Busy.... itulah jawapan yang you bagi...
Itulah resam Dr. Caldina. Tak ada perkataan lain ke Doc?

Well well well....mujurlah rajuk you tu tak lama. Sebab Utara & Selatan bukannya dekat. Dan hidup tak mudah Doc.... 
GABUSATA Doc...GABUSATA....




Dr. Caldina merajuk?

Woish....what's going on?

You tahu tak Dr, buruk bebenor kalau at your age tu merajuk.... kenapa pulak nak merajuk tak tentu hala ni? Did I do something wrong? Apa yang tak kenanya? Nak kata tersilap cakap tersasul bicara, tak pulak rasanya...

This is Dr. Caldina.
Dia akan 'timbul' dan 'tenggelam' sesuka hati dia. See.. see.. see... agaknya sekarang ni musim dia nak 'tenggelam'... ntah bila pulak dia akan 'timbul' hanya dia sendiri yang tahu. As i said before, dialah satu-satunya kawan I yang paling sukar diramal. Terlalu sukar nak jangka apa tindakan yang dia akan ambil.

Please Doc...say something. I know you read this.

Suatu Pagi Di Rain City

Cantiknya...
Bergegas aku mencapai camera comel kesayanganku dan pantas men'snap' this beautiful view untuk tatapan korang. Bukit yang terdapat dalam picture disini adalah Bukit Larut a.k.a maxwell Hill. 

Waktu ni kalau tak silap aku baru pukul 8.00 pagi macam tu. Lapisan-lapisan kabus menjadikan pemandangan Bukit Larut nampak macam berlapis-lapis.


 

Cuba ko bayangkan kalau kita ada rumnah diatas bukit nun....mak aiii....alamat seharian aku dok tidorrrrrrr je la... Cantikkan ciptaan tuhan. 
Keindahan yang perlu disyukuri dengan sebaiknya.


Sale Sale Sale

Hohohoho....
Mega Sale menjengah lagi....
Bestnya shopping.... sana sini sale. Siap duit je. Ko nak apa semua ada. Cuma mak ayah je tadak jual kat shopping mall. Dari hujung rambut sampai hujung kaki semua ada kat sana. Aku kureng sikit membeli for this mega sale time sebab nak simpan budget for JB Trip another 2 weeks.



But...memang berbaloi kalau nak menyopping time ni sebab harga semua murah gila weih.... itupun ko tetap kena pandai buat pilihan. Jangan mudah terpedaya dengan signboard 'Sale' yang menari-nari dimatamu yer....


Hohohoho....
Mega Sale menjengah lagi.... menjengah kedalam handbags....wallet & credit card mu..... :-)

Thursday, November 25, 2010

Selfish Bus !!!

Ni yang buat aku hangin again satu badan....
Apa kes bas ni main redah kat emergency lane ni?? dah la ada 3 kemalangan kat highwat dari Bukit Tmabun to Juru on that time. Ha...hari aku jumpa Dr. Caldina la nih... jammed gila-gila kat highway.


Cuba ko bayangkan, kalau ada yang cedera parah masa accident hari tu....macam mana bantuan perubatan / bomba / polis dan sampai dengan cepat ke tempat kejadian kalau driver bas/kereta/lori dengan sesuka hati menggunakan laluan kecemasan? Cuba kena kat adik beradik kita...tak kita bising menyalahkan ambulans atau Bomba yang terlewat tiba? Kalau kena kat orang lain.... kita buat tak peduli...cuba kena kat adik2 kita ke? hah...kita hentam cukup-cukup kat driver ambulans....


Sudah-sudahlah bersikap 'mengong a.k.a kureng cerdik' macam ni. Lewat atau jammed macam mana sekalipun, bersabarlah. Kalau tidak kita yang mengubah...siapa yang nak ubah? Kalau aku polis traffic atau JPJ... aku gantung lesen driver bas ni...dengan bas-bas sekali aku jual kat besi scrap ! Hampessss....

RnR Genting Sempah

Yezza... berbalik kita pada catatan perjalanan aku sewaktu aku balik ke Terengganu awal Nov 2010 yang lalu.
Sepanjang aku dok berjalan kesana kesini.... RnR nilah yang paling besar yang aku rasa... ada 3 tingkat tuuu....siap ada parking kat basement lagi ko.... Mc D dia pun dah 2 tingkat...basaunyerrrr....

Toilet pun ok...tempat makan pun banyak... puas jugak la memilih dan bertawaf kat situ. Senang. Ko nak makan apa suma ada. Siap duit jer. Baby terpaksa mengusung notebook aku kesana sini sebab tadak notebook & internet connection, aku patah kaki patah jiwa & patah hati.... hahahah... gila internet..!! Nasib baik kat umah FIL aku signal broadband clear. Kalau tak, ada yang terjun perigi gamaknya....

Kakak tudung dah 'terbang' dek kerana panas...!!
Enjoy the photo ya....



Kakak - Part 4

Kakak.... kakak....
Semalam kakak dah melingkupkan sehelai T-Shirt Body Gloves yang baby beli masa raya puasa hari tu. Direndamnya sekali dengan seluar jeans.... habis!!!! T-Shirt kuning jadi kaler biru tompok-tompok..... ai.... nak marah pun tak sampai hati when she said 'Sorry' to me last night.... anak...anak... macam2 ragam sementara nak dewasa.

Marah lebih-lebih kang merajuk pulak. Nasib baik baby tak komen apa-apa... 



Bunga cinta aku ngan baby ni dah nak masuk 12 tahun dah. Sekejap je masa berlalu. Tahun depan amik UPSR. Study dok kedaung lagi... but mujurlah sekolah dia jarang memonteng. Dan exam sekolah agama baru ni dapat number 6/40. Alhamdulillah...

Ibu & abah sayang kakak sangat2. Semoga kakak menjadi anak yang solehah & kehidupanmu sentiasa diberkati dan berada didalam lindungan Allah SWT selalu...amin....

Kaler Kaler Di Mataku - Part 1

Jom citer sikir bab make up....

Kaler-kaler dimataku. 
Aku cukup tak selesa kalau tak pakai eye shadow bila keluar rumah. Muka aku pucat semacam je kalau dok pakai kaler-kaler dimataku...ahaksssss

But... u need to know the perfect method nak blend eyeshadow tu. Bukan boleh main tenyeh je. Lain jadinya nanti. So far the best eyeshadow yang aku pernah guna is In 2 It. Sempoi weh kaler dia. Tahan lama pulak tu. Murah tak semestinya koman ok.... kena pandai pilih. Brand Revlon pada aku agak kurengggg.... kaler tak cantik sangat. Same to Maybelline. Maybelline cam berabuk sikit...pedih ko kalu masuk mata... siap merah-merah lagi mata aku kalau pakai Maybelline.

Loreal pun ok but kaler dia up to 6 jam macam tu je..then padam...!!! Besau bekas dia mak aiii.... bertahun pun payah nak abeh... Silky girls pun orait jugak. No 2 la pada aku selepas In 2 It. aku bukan apa...sukerrrrrr sangat kat kaler2 nih.... lawo-lawo & lagi lawo kalau dah ada dikelopak mataku.... ahakssss....!!



Mc Donalds

Hahahah.....
Baby memang tak suka sangat-sangat kat Fastfood. but hari tu oleh kerana baby balik dari dentist dan kena makan benda lembut-lembut....dan sebab I'm sooo sooo sooo tired nak masak bubur... aku heret baby ke Mc. Donalds... kih kih kih...

Dalam proses nak memujuk baby ke Mc. Donalds, aku pun bukak la notebook...suruh dia online sambil aku mencekik..!! hahaha.... AUTARRR semua tuuuu derrrr...



Baby nak makan fastfood 2 bulan sekali pun payah derrr... Dia memang liat sungguh.... paling gagah pun dia makan bubur Mc D. Burger2 nih kirim salam je la...

But I love fastfood but the quantity still under control.... kih ki hih...

Wednesday, November 24, 2010

Cinta Hatiku Selamanya

Aku sayang dia
Aku cinta dia
Aku kasihi dia
Aku rindui dia

Baby & kakak....
Merupakan dua insan yang dipinjamkan kepadaku oleh Allah SWT untuk aku kasihi, untuk aku cintai dan untuk aku sayangi dengan setulus hati. Walaupun berkemungkinan hanya kakak seorang sahaja cahaya mata aku, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada kini. Alhamdulillah

Sekurang-kurangnya aku tak perlu berkongsi mereka dengan orang 'lain'... Cinta yang terjalin lewat empat belas tahun lalu, pada doaku, biarlah kekal sehingga keakhir hayat. Walaupun seringkali ribut, taufan serta ujian-ujian yang tiba, biarlah kami bertiga tetap bersama. Walaupun ada yang tidak begitu menyenangi cinta ini, biarlah mereka diberi petunjuk serta hidayah agar aura kebencian itu tidak menjadi racun yang akan memusnahkan diri mereka sendiri.

Biarlah kami melangkah seiring dalam mengecap erti sebuah kebahagiaan dalam kehidupan menuju kepadaNYA. Amin....


Selamat Hari Jadi Mak & Oya 03112010 - Part 2

Oya request kek secret recepi untuk birthday dia hari tu. But....kek tu tak la mahal mana pun kalau nak dibandingkan dengan kualitinya. 

Cuma yang menjadi persoalannya hari tu...siapa yang nak makan kek tu sampai sebiji. Dah la besau gilerrrr.... a bit sensetip kalau tak bubuh dalam freezer. So....aku decide, beli je 3 slice from secret recepi as usual. Aku Chocolate Indulgence, kakak amik cheese cake & oya bluberry cheese. Pastu beli je kek biasa kat Prima Cake House Taiping...

Mewah jugak la food untuk malam tu. Alhamdulillah... Anagh sponsor makan & baby sponsor all those cake-cake... uik....linkup my diet doh..... 




Selamat Hari Jadi Mak & Oya 03112010 - Part 1

Sorry yer mak & oya....lambat sket along buat entry pasal birthday nih.... sibuk sibuk sibuk...
Majlis kecik-kecilan untuk mak & oya dengan penuh tulus dan ikhlas telah di sponsor oleh baby & angah pada 3/11/2010 yang lalu. mak aiii...dah dekat sebulan baru aku buat entry.... sungguh tak patut... sooooo sorryy...truly sorry for both of you.



Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut setahun lagi ulang tahun. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Nikmatilah hidup dengan seadanya dalam meniti perjalanan kita menuju kepadaNYA.




Novel Chenta - Part 1

Koleksi peribadi yang bukan dengan semua orang aku akan berkongsi...
Aku start kumpul novel time aku form 2 rasanya. Arwah abah mula-mula belikan aku Novel Creative... Sebelum tu aku rajin dok baca novel Nancy Drew dan siri penyasatan Anak-Anak Hadi.

Banyak jugak yang dah hilang. Ada kengkawan yang pinjam pastu terus buat macam harta sendiri. Sebab tu aku serik nak bagi pinjam dah kat orang2 sembarangan. Aku rasa dalam 20 buah ada kot hilang dari simpanan aku. Even adik-adik aku nak pinjam pun aku tengok dulu...inikan orang luar... hehehehe...tak dapat chekkkk.... sebab tu my collection ni berada dalam master bedroom... because it's my PERSONAL PROPERTY.

Tapi dah namanya adik beradik kan... aku bagi jugak pinjam atas nama perkongsian. But i'll always monitor la... kat mana lokasi terkini buku-buku aku.... mana tahu dok landing baik punya kat bawah katil ke...kat bawah meja makan ker...kat bawah sofa ke.... hahahaha.... But I always remind them... 'Buku along jangan keluar dari rumah mak...' meaning that... adik-adik aku tak boleh dengan sesuka hati meminjamkan novel2 aku kat orang lain.

...So...tak leh la salahkan aku kalau aku a bit kidikut pasal my story book... Sememangnya pengalaman banyak mengajar kita erti hidup.... mengajar kita supaya lebih berhati-hati dimasa akan datang. 

Petrosains - DinoTrek @ Jaya Jusco Seberang Perai City Telah Dibuka

Petrosains - DinoTrek telahpun dibuka kepada umum. itu maklumat terkini yang aku dapat sewaktu aku ke Jaya Jusco hari Sabtu lepas. merayap @ Jusco mencarikan hadiah untuk my baby sempena Anniversary aku on 22/11... kih kih kih
Aku nak belikan sesuatu yang dah bertahun bertanggak nak boli. Bukan mahal mana pun...cuma bertanggak-tanggak... Mana taknya.... sekali aku jeling nampak hadiah kat baby...dua kali jeling aku nampak kasut...tiga kali jeling aku nampak handbags....muahhhahahah...So ko agak aku amek yang mana dulu???

So...back to the story...
Dah open dah Dinotrek ni to public. Bawak la anak2...budak2...mak2 budak pergi jenjalan kat sini. Dah habis shopping tu leh la belajar pasal dinosour pulak. jangan dok ingat nak belajor pasal shopping jer.... tidak bagus untuk kesihatan poket anda.....





Parking still free maaaa. Tak yah gaduh...banyak gila parking dia. Aku selalu park keta kat tepi building dia jer... senang & dekat dengan pintu masuk.

Kat sini ada TGV... aku kureng sikit tengok wayang kat TGV.... mahal lol.... aku prefer kat GSC lagi kalau nak tangok wayang...

Jangan lupa bawak family kesini yorrr....


Tuesday, November 23, 2010

Half Day For Spiderman...!!!

Hohohohoho....
Hari ni sekerat hari keja aku kat opis dok mencari 'spiderman'.... lawak giler...!!! Naik juling + geylong + tersembul + pitam bijik mata aku dok nengok profile picture spiderman dalam Facebook.... Adui la....
Ater...dah klu yang diberi hanyalah 'my profile picture is 'Spiderman'.....

Click nama                = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY


Click email ID           = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY


Click nama singkatan = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY


Click Faculty             = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY


Click University name = NO RESULT FOUND FOR YOUR QUERY

last-last aku taip Spiderman...... yang keluar 'Suparman' from Indonesia..... huwaaaaaaaa ...!!!
Ni dah kes mendera dah Dr oiiii....

Ker notebook aku yang fening??? WIFI signal demam??? tak logic.... Huwaaaaaa

Satar...setahun sekali kita bertemu...

SATAR.

Inilah rupanya bila dah siap dibakar.
Sedap gila ko makanan ni. Diperbuat daripada isi ikan, kelapa, cili, rempah dan dibungkus macam kuih koci. Kemudian dicucuk untuk dibakar pada dapur arang. Sedap dimakan panas-panas.


Macam nilah dapur arang yang digunakan untuk membakar
satar yang telah siap dibungkus dengan daun pisang.

Aku siap call pakcik ni dari RnR Tapah,
untuk comfirmkan kedai dia bukak pukul berapa.

Mak aku berminat dah nak bungkus satar....heheheh...ai mak...
takkan nak bukak warung satar kat taiping kot???
Aku kalau beli satar ni sekali beli 30 - 40 hengget...itupun tak cukup beb !!!! ramai dok berebut....wakakakak

Again my mum & Nurul dok tengok makcik ni bungkus satar

Adehhh.... meleleh air liur aku nengoknyer....

itudia....sata sudah dibungkus oleh orang Taipng......

Ha....kat sini aku bagi nombor untuk dihubungi. Manalah tahu kot-kot korang tersesat ke Kemaman. Cari satar pakcik ni... sedap ko... yang lain tu agak kureng sikit rasanya..... pandai-pandai lah ko cari yek....

Setahu aku kat Kemaman tu ada satu je satar yang betul2 sedap. Banyak isi ikan disamping kualiti yang masih kekal seperti masa mula-mula aku makan satar 12 tahun lepas.

Again Candle Light Dinner

Aiskrim ni yang buat aku 'touching' sikit.... 
Hahahaha..... Oya masih tertanya-tanya tentang Candle Light dinner yang hari tu...Ha... bagi menghangatkan lagi aura cemburu dalam badan Oya...again aku masukkan picture candle light dinner dalam blog aku....

Sure dia dok menyoal lagi.... soal soal soal & soal.... wakakakaka.... biarkan Oya diselubungi misteri nusantara....

Siapa punya candle light dinner yang aku curi ni?? hahahha... nak tahu jawapannya? kena tunggu sambungannya yang entah bila masanya akan aku publish.








Aku a bit hangin with Dr. Caldina this morning.... mencari sesuatu yang tak ubah bagaikan "mencari jarum dalam jerami...."
Susah sangat ker Dr...??? 

You just need to say it Doc. Senang.... tak payah la pepagi hari lagi I kena "selongkar bertimbun-timbun jerami semata-mata nak cari sebatang jarum...!!!"

So.... untuk melegakan hati aku yang a bit hot hot ni.... baik aku tengok picture food nih...kenyang jugak rasanya....


banyak weih.....

Laksa???

Dessert for that night....

Mesyuarat Letak Kerja

Hmm...ni baru 1st time aku attend meeting 'letak kerja'....
Baju Malaysia tu My Baby lol...
hahahha...funny sikit bunyiknya...but that the truth. Ianya perlu bagi kenduri kahwin yang tidak dilakukan dimana-mana hotel or dewan. Biarlah segalanya secara sederhana namum mencapai impian adik lelaki tunggalku....

Setakat nak amek minute dalam meeting tu.... piece of cake la...sebab aku memang selalu dok amik minute dalam meeting kat opis. hahahah...soooo simpleeeeeeeeee.... but meeting kali tadak la Jurutera Daerah ker....Projek Manager ker....Resident Engineer ke.... depa suma tu tak involved dalam meeting ni. Yang involve hanyalah team-team yang berkaitan dengan kenduri kendara yang dilakukan di taman perumahan dimana mak aku menetap...kiranya kampung halaman aku jugaklah tu weih....


Makan Time....

Meeting cuma berjalan selama 40 minit...!!! ko bayangkanlah....kalau meeting kat opis aku...lagi tak cukup 2 jam...tak dernya nak stop.... hahahaha.... Baru aku tahu macamana mesyuarat letak kerja dijalankan 2 ayau 3 minggu sebelum berlangsungnya kenduri yang dirancangkan. Woishhh..... itulah...kita yang muda belia ni perlu jugak bercampur dengan golongan-golongan vateran ni untuk mengetahui apa saja yang perlu diketahui...siapa lagi penyambung geberasi yang akan datang kalau bukan kita???

Monday, November 22, 2010

Dia Yang Teristimewa





1.Ini surat cinta dari seorang isteri kepada seorang suami yang dikasihi
2. Ini surat cinta dari kasih tak berbelah bahagi.
3. Ini surat cinta ikhlas dari hati
4. Ini surat cinta untuk baby tahu, istimewanya baby di hari ini, dan juga saban hari saban tahun  ke akhir nyawa.
5. Ini surat cinta tanda baby tetap sayang cintai.
6. Ini surat cinta kerana sememangnya kita sedang, masih & akan tetap bercinta.
7. Ini surat cinta kerana pernikahan kita sudah menjangkau 12 tahun pada hari ni.




8.  Pertama kali dalam sejarah, baby are reading this long entry coz today is our day.
9.  Pertama kali dalam sejarah, hati ini sedikit kecewa kerana tak dapat menyambutnya sehari suntuk dengan baby. Tak dapat balik awal dari office !!!! 
10. Pertama kali secara umum, sayang kongsi bersama dengan yang lain
11. Baby istimewa kerna baby penyayang walaupun adakalanya kurang penyabar
12. Baby istimewa kerna baby pengasih walaupun adakalanya cepat tersalah
13. Baby istimewa kerna baby pendiam walaupun sering galak tertawa
14. Baby istimewa kerna baby pencinta dan pembela isterimu
15. Baby istimewa kerna baby pendukung dan penghulu kepada sebuah pernikahan.


16. Dalam perjalanan kita, baby meredhai setiap langkah isterimu
17. Dalam perjalanan kita, baby merestui kasih sayang tak berbelah bahagi
18. Dalam perjalanan kita, baby memberi segala walaupun dalam hati ada lara
19. Dalam perjalanan kita, baby tidak pernah putus melemparkan benih cinta
20. Dalam perjalanan kita, baby adalah watak utama.


21. Kepada Allah semua mendoakan berpanjangan umurmu
22. Kepada Allah semua mendoakan perkahwinan mu
23. Kepada Allah semua mendoakan redha hidup anak isterimu
24. Kepada Allah semua mendoakan kelimpahan rezeki.
25. Kepada Allah semua mendoakan kamulah yang terbaik di mata keluargamu


26. Bila nama isterimu dibenam, kau bangunkan yang terselut
27. Bila anak-anakmu terluka, kau tangkis memberi semangat
28. Bila keluargamu diracik, kau balas menyalakan azimat
29. Bila jatuh duduk isterimu, kau padamkan tangis yang panjang
30. Bila seringgit duit mu tinggal, berdua kita sesama merasa


31. Kalau bukan kerana suami, tiadalah seorang isteri
32. Kalau bukan kerana baby , tiadalah seorang puteri
33. Kalau bukan kerana ibu mengandungkanmu, tiadalah  kamu di muka bumi
34. Kalau bukan kerana abah, tak mungkin hidup bersengkang mata
35. Kalau bukan kerana cinta, kita tiada dalam ikatan ini.


36. Kau tetap yang teristimewa dihati ini walaupun jiwaku sering terguris.
37. Kau tetap yang teristimewa walaupun rintihan ini tidak pernah kau dengari.
38. Kau tetap yang teristimewa walaupun bukan cintaku yang pertama
39. Kau tetap kukasihi walaupun 'dia' sedang mencuba untuk mencuri hati lelakimu.
40. Kau tetap kukasihi walaupun wujudnya pelbagai ‘kehebatan’ yang hadir dalam kanvas kehidupanku.
41. Kau tetap kukasihi walaupun ‘dia’ disana tidak sama sekali menyenangi.
42. Kau tetap kukasihi walaupun ‘dia’ disana sering membenci.
43. Kau tetap kukasihi walaupun adakalanya kau tidak menyedari.
44. Kau tetap kukasihi walaupun aku seringkali terpaksa menyendiri.
45. Kau tetap kukasihi walaupun dirimu adakalanya ‘jauh’ dari capaian.
46. Kau tetap kukasihi walaupun ‘hujan’ seringkali membanjiri kolam hati.
47. Kau tetap yang teristimewa walau apa jua rintangan yang bakal berlaku
48. Dan kamu istimewa hari ini, kerna kamu disayangi oleh seluruh keluarga di Rain City
49. Dan kamu istimewa kerna hari ini adalah hari ulangtahun pernikahan kita yang ke 12. Semoga pernikahan ini diberkati serta dilindungi.

50. Dan KERANA AKU TELAH KAU PILIH, LANTAS ENGKAU SETIA KUKASIH...

DIA YANG TERLALU ISTIMEWA.... AHMAD KAMAL @ MY BABY



*** Thanks to RM for this idea...Love You :) ***

Dr. Caldina @ Sunway Carnival Mall - Part 2

20th November 2010, 1:45pm@ Sunway Carnival Mall
Again we debate about life...

Dan sebagaimana yang aku maklum...sememangnya dia kini telahpun berbahagia dengan kehidupan bersama keluarganya...Alhamdulillah. Bersyukurlah Dr. diatas setiap limpah kurnia serta kasih sayang Allah pada you. Life must go on kan...whatever happen... kehidupan harus berjalan seperti biasa... :-)

I'm also happy as well. Biasalah. Adakalanya terguris rasa itu sudah lumrah dalam kehidupan. Cuma sesekali kita selaku manusia inginkan satu ruang kecil untuk diri kita sendiri kan? hahahah...you know what I mean. 

Kali ni I nak bercakap pasal MENGANCAM, TERANCAM & TAK CAM.......

Time u explain about this terburai tawa yang bukan sikit. Hahahaha...so funny sebab 1st time I dengar istilah ni... tak sangka you pun kaki lawak jugak weih..... apasal tak masuk raja lawak??? sure ramai student you vote for u Dr... 

1) MANGANCAM... (25 - 30)
Kecantikkan tu very subjektif Dr. Dan ianya tak akan kekal lama mana pun. Dan sesiapa yang mengancam tu jangan la pulak mengambil kesempatan dari mata-mata yang memandang.... sebab pada satu stage, kita akan masuk dalam golongan TERANCAM...

2) TERANCAM... (30 - 45)
Time ni mungkin kita mula rasa terancam dan berusaha dengan susah payah untuk bersaing dengan golongan mengancam itu tadi. What for? kok iya pun Terancam... sentiasalah berfikiran positif dengan memandang jauh kehadapan. Kenapa perlu merasa terancam sedangkan hati dia milik kita berlandaskan satu ikatan yang diredhai? Selagi hatinya masih pada kita, tak perlu kita merasa terancam kerana inilah lumrah kehidupan. Manusia sememangnya bersifat baru.... kenapa perlu mengikat sedangkan ianya tak mahu ditambat? Mengapa perlu merayu jika hati sudah tawar dan layu?

3) TAK CAM...(45-60)
Iyalah...ada pulak golongan suami atau isteri yang tak cam bila suami/isterinya dah berkedut sana sini. Amboi.... time kulit dok lawo menegang dulu bukan main sayang.... kenapa pada usia emas sebegini perlu mencari masalah dengan 'cinta' yang baru? Ada yang nak kena tampor sedas dua ni sebab tak cam suami atau isteri yang dah nak expired.... (ada pulak istilah expired...???)

Sendiri fikirkan...kita mahu bahagia dari tahap yang mana????






Dr. Caldina @ Sunway Carnival Mall - Part 1

20th November 2010, 1:45pm @ Sunway Carnival Mall.

Haaa...after few years aku berjumpa balik dengan sahabat aku yang sorang nih. Aku tunggu dia kat depan Starbucks...dia tunggu aku kat Depan TV Sony...alahai... tunggu sampai minggu depan pun tak akan jumpa punya...Sorang kat ground floor sorang kat 2nd floor...

Last-last aku naik kat atas, cari dia. Rupanya kawan dok asyik melangut kat TV Sony depan GSC. First impression yang aku nampak pasal dia adalah kulitnya yang semakin putih melepak. Oit.... ko baru balik dari London ke hapa Dr? Tersengih memanjang je khojernya... ater....dah namanya jumpa kawan kan? takkan nak nangis pulak kot???

Mula-mula dia merungut yang escalator not function. Camno nak nolak troli barang-barang dapur yang dia nak angkut untuk mak yang duduk kat somewhere in Kulim. Huh....ellooowww... dah not function...awat...tadak lift ke Dr oiiii??? hahahaha.... lawak betul la... ngaji jauh sampai ke US nun.... dah escalator not function...kita cari lift la Dr. weih.... ater....takkan nak ngusung troli yang sarat kat escalator yang mati...tak kuasa teman.

Dalam dok menyopping tu sempat jugak dia tanya pasal kakak. Hah...bab ni buat aku lumpuh. Kalau bab lain tu memang aku ada energy nak debate. Bab ni memang aku kalah. I'm totally lost! you tahu pasal apa Dr? sampai at last you sendiri kata..."I dont know what to say...."

see see see... u as a lecturer yang fasih dan bijak berkata-kata pun you terkelu dengan bab ni... I kalah Dr... kalau you nak debate pasal kakak memang I tak ada kekuatan langsung.... It's hurt me deeply.... 

Saturday, November 20, 2010

Aku Tak Pasti

Hari ni penuh dengan kekeliruan dan ketidakpastian...
Aku rindukan sesuatu yang aku sendiri tak tahu apa. ketidakpastian mengenai apa aku tak tahu...

Tapi yang aku tahu hanyalah satu rasa rindu yang menggebu dan menggunung. pada siapa? untuk apa? aku tak ada jawapan pada setiap persoalan yang telah seharian berlegar-legar dalam fikiranku. Aku tak tahu aku rindukan apa...???

Aku rasa ingin bercinta. Tapi pada siapa?

Mungkin aku sedikit 'jauh' dariNYA... 
sebab tu mungkin aku terpaksa menanggung rasa rindu yang amat sarat. 
Sesungguhnya, hidupku dan matiku hanya untukNYA. Hanya untuk DIA. Dan mungkin inilah rindu yang abadi. Cinta yang setulusnya pada DIA yang maha mengetahui tiap sesuatu. 

Hanya DIA yang tahu betapa di dadaku terlalu sarat dengan satu perasaan yang dinamakan cinta. Bukan cinta yang membahagiakan...bukan juga rasa cinta yang suram...sekadar cinta yang amat memeritkan. Perasaan aku berkecamuk kini. Buntu dan keliru dengan keadaan...

Suami Kita Adakah Milik Kita...?? [Part 1]

Buat tatapan para isteri diluar sana....

Sungguhpun suami kita tu milik kita, hak kita, harta peribadi kita... jangan sesekali kita lupa yang suami kita tu juga manusia biasa. Lagi kuat kita 'mengikat'....lagi kuat mereka akan meronta-ronta untuk melepaskan diri. Yang terbaik yang harus kita lakukan adalah 'memegang' mereka macam kita memegang tali layang-layang. Kita lepas sikit-sikit, then kita tarik balik pelan-pelan.

Jangan sesekali direntap sebab tali layang-layang tu akan putus dan kita akan kehilangan. Manusia ni kalau lagi kita kongkong, lagi la mereka dengan sedaya upaya akan  cuba untuk melarikan diri dari kita. Itukah yang korang mahu?

Lets say husband kita ni ada spare part kat luar...
Ok...ko kena cool...jangan sesekali loncat. Baik buruk si suami ko dah tahu. So... be professional beb... Tak guna ko terus makan hati dengan segala kecurangan yang suami ko dah buat. Tengok pulak dengan perempuan yang macam mana dia dok mengayat tu. Kalau la jenis perempuan tu a very the very low class..... apa ko nak heran? ko tak rugi apa pun... suami ko yang punya... dan cuba ko tanya suami ko.... sakit demam dia siapa yang jaga... susah senang duit ringgit sapa yang sama-sama tanggung.... then...he should know siapa yang dia patut berikan sepenuh perhatian. Bukan a very very the low class punya perempuan.

As long as they all belum buat perkara-perkara yang dilarang agama.... u still need to be patient. Berdoa agar perkahwinan kalian dilindungi. Kalau dah terlajak segala serbi... aii... ko tak gheti2 nak angkat kaki??

btw.... kalau dia bertemu dengan perempuan yang high high class... mungkin ko perlu muhasabah diri ko... mungkin dia sudah berjumpa dengan seseorang yang mungkin juga terbaik baginya... lepaskanlah dia.. tak guna ko menahan sedangkan dalam hati cintanya sudah mati. 

Memang ko Sayang... tapi sayang tak semestinya bersama...

Friday, November 19, 2010

Kakak - Part 3

Again about my doter kakak....

Baby kan demam raya haji baru ni... amboi...dengan selamba badak dia berpesan kat abah dia masa aku nak gerak balik ke Penang pagi semalam ....


"Abah jangan lupa makan ubat.... minum air masak banyak-banyak..."
  
Amboi.... sungguh mencuit hati ko.... ingatan ikhlas dari seorang anak kepada seorang ayahnya. Sebak jugak aku...but aku maintain beb.... 

Kalau dia yang kena makan ubat....huh...lari satu kampung pun belum tentu dia nak makan...LIAT BEBENOR.... kalau orang lain yang kena makan ubat...humak aiiii...lajuuuuuuuuuu je dia berpesan...

Kakak banyak ikut karektor baby. Pangai pun banyak ikut baby. 
Figure badan pun ikut baby.
kalau ikut aku..haaaa a bit 'comey'.... :-)

See see see...dalam picture ni baju pon pakai same colour with her daddy.... anak abah la katakan.... Lembut pun macam abah... tertib pun macam abah...

Cuma bab 'panas baran' & 'auta' jer ikut aku kot...hahahah..(itu yang baby & family aku perasan la...)
ko tak tahu auta tu mende? bukak kamus dewan & cari sendiri....

Eh...aku ni panas baran ker? hahahaha.... kalau ada yang tak kena dimata aku...aku just shout it loudly... tadak nak simpan2 punyer....

lantak la orang nak rasa apa... but aku cepat jer sejuk.... aterrrr...

dah namanya wanita melayu terakhir iyo dok???  Betul tak kakak???  ;-)

Titanic 2010

Disuatu malam di Rain City Castle....

"ala...mu donlod cite apa gemok..?" Soal angah gumuk padaku
"Cita antuuu..." Mengerekot muka angah...hok aloh...dia kan penakut sket...
"Donlod la cita Titanic..."

Udah banyak kali gak dia suruh aku donlod cita Titanic 1997 tu. Tapi dek kerana aku lebih berkenan kat cita-cita yang bercorak serammmm...aku abaikan seketika permintaan angah gumuk....waakakakaka... & minggu lepas baru aku donlod cita tu...tak tahu la camna ghupanya...hahahah

Aku donlod pun cita-cita lama yang dah tak main kat panggung dah...tengok la cita apa pulak... kalau best recomended...aku donlod...kalau idok...tak kuasa teman...

well...well well.... Bukan niat nak menghancurkan industri perfileman negara...aku donlod pong cita-cita omputih yorrr.... cita-cita luar negera... aku bab-bab cita melayu ni agak kureng sikit nak nengok... depends pada pengarah jugak la... sebab ada hari tu aku ngan geng opis pegi la tengok wayang satu cita ni...aduhai.....rasa mcm nak hempuk2 tiket tu ke muka pengarah... cita bodo.... pasal 'beach boy'... aduhaiii....siap ada scene lari setempat gituuuu

Sedih betul tengok cita tu...macam tu punya ngok ngek punya cita pun depa boleh buat filem??? aterrr.... macam mana industri perfileman negara nak berkembang ke negara-negara luar kalau otak pengarah pun dah ala-ala kembang semangkuk buat cerita...??? sendiri pikiaq okey....

Thursday, November 18, 2010

Dr. Caldina & Sebuah Lagu?

Dr. Caldina... 
IS THAT YOU??? or someone else? I really don't have the answer....
Life must go on.....





Yang tulus ikhlas

Ingin sekali sekala dirinya dibalas

Walau hanya dengan dakapan di angin lalu



Yang selalu memberi

Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa



Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta

Dan leburkan saja serpihan calar derita....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...