Tuesday, October 26, 2010

Golongan OKU Yang Perlu Dilindungi

Mereka golongan yang 'terpilih'...sepatutnya dilindungi dan dikasih dengan penuh prihatin, bukan  dianiayai sesuka hati. Dimana nilai kemanusiaan masakini?

PETALING JAYA: Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) mati dipercayai kerana perbuatan aniaya di sebuah rumah kebajikan di Seksyen 18, di sini semalam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun sejurus tiba di PPUM, mangsa disahkan meninggal dunia dan berdasarkan rekod mangsa yang berusia 19 tahun baru lima bulan menetap di rumah kebajikan berkenaan.
“Laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami pendarahan pada anggota badan dan keluarga mangsa mendakwa mangsa dipukul sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Arjunaidi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu tiada individu ditahan.
Beliau berkata, polis mengambil keterangan keluarga mangsa serta rumah kebajikan berkenaan bagi membantu siasatan. Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.


Sumber Rujukan : Harian Metro (26/10/2010)

Shopping Raya 2010

Kebommm!!!

Entry Syawal ni aku akan load dari masa kesemasa memandangkan 'saya budak baru belajor'....dan yang sebenarnya, kemeriahan Syawal masih aku terasa... walaupun dah sebulan berlalu... Mood raya masih tebal lagi ni...kan builan depan kita nak sambut Raya Haji pulak kan kan kan.... So, ko tak leh marah kalau aku masih didalam mood rayerrrrr.... (Walaupun puasa aku tak penuh...hahahahah)



Raya tahun ni agak meriah sikit berbanding tahun-tahun yang lepas. Mungkin kerana semangat nak menerima orang baru dalam keluarga tu dah makin terasa. Anak dara aku pulak dah semakin 'demanding'..
Dah nak masuk usia teenagers, semuanya nak macam remaja... but i'm still monitor those kind of teenagers 'thing'. Ada yang boleh, san consider dan ada yang
NO !!!

This location @ Sunway Carnival Mall. Dok memilih kasut untuk dimatchingkan dengan jeans & Shirt. Hahaha...anak dengan bapak pakai baju merah weih....



Ha...time ni pulak kakak tengah dok membodek pak ngah, to sponsor another kasut raya for her baju kurung pulak... tak pa la kakak weih...ko sorang anak menakan. Pau cukup-cukup la...ngengada ko eh....
Tahun depan ibu lak la kena beli kasut raya kat anak menakan...insyaallah....


Yang kaler putih bunga-bunga tu pilihan kakak... dia dok kuda kasut tu sungguh-sungguh. Tak jejas apa pun lagi. Rega leh tahan...dalam 30 hengget jugak aku rasa.



Baby weih...cantik rambut....


Dalam fitting room dia soh aku amik gambo jugak... sib baik la ibu ni jebis yang suka amik gambo...kalau tak, takder maknanyer... Raya tahun ni banyak tumpuan kat kakak je la. Tak tahu kenapa. Ibu ala kadar ja...abah pun ala kadar ja... but kasut raya ibu tetap DUA !!! hahahahahah


My Baby - Part 1

My first entry for my Lovely Baby....

Seorang HambaNYA...
Alhamdulillah....Semoga menjadi hamba yang soleh dan diberkati. Dan berada di dalam linkungan hamba-hamba yang dikasihi.

Seorang suami...
Untuk aku taati, cintai, kasihi dengan sepenuh jiwa dan raga. Merupakan pinjaman dariNYA yang amat bernilai & bermakna. Ikatan ijab dan kabul ini biarlah sehingga keakhir hayat hendaknya.

Seorang Sahabat...
Tempat aku mengadu, tempat aku bercerita, tempat aku melepaskan amarah, tempat aku mengomel itu ini, tempat aku menangis dan tempat aku berkongsi pendapat.

Seorang Pencinta...
'Tiang lampu' yang kini menjadi pencinta yang adakalanya 'Fragile & Unpredictable'... still remember the moment that you call me 'Puteri Bunga Bakong'???

Seorang Lelaki...
Karisma seorang lelaki pada dirimu menjadikan ianya sering diintip oleh pandangan mata kasar dan rakus kaum hawa di luar sana. Mereka-mereka yang inginkan tempat dihati milikmu. Dan itu seringkali menjadikan aku begitu kerdil dan lemah. Semoga Allah menetapkan hatimu agar menjadi milikku sehingga nafas yang terakhir.

Seorang 'Abah' pada anak gadisku...
Semestinya dirimu seorang Abah yang cukup memahami setiap gerak laku puteri tunggal kita. Dan aku bersyukur kerana kakak banyak mewarisi sikap serta akalmu wahai suami.

AKU TERLALU MENYINTAIMU....

Secret Recepi Autocity

LAPAQQQQ.....

Opis mate aku yang sorang ni...badannya comey...anggun... tapi kalau lapaq.....bergegaq opis dibuatnya...hahahaha...Sorry ya mek....
Hari tu ntah hari apa aku pun dah tak ingat, kami menyerang secret recepi dengan perut yang dam dam dum ngalahkan bunyik mercun hari raya cina....menerpa ke Autocity. Yummy...sedap ko...



Memang sedap kek dia... bila dah masuk dalam mulut...amboi makkkk nikmatnya tak terkata.... perut pulak tengah lapo....sekejap je lenyap satu slice dalam perut aku. Wakakakak.... Rega idak le mahai tera mana pun... RM5 - RM7 / slice. Orait la tu...ater...nak yang sedap berkualiti, takkan depa nak jual RM1.50 kot satu slice....


Caldina - Cerita Sebuah Kehidupan - Part 2

Okeh...aku sambung lagi catatan aku tentang Dr. Caldina ni...(Toyota Caldina was his latest vehicle - aku takut ko pelik la bila aku bubuh namanyha as Dr. Caldina...)
Ko kena baca Caldina - Cerita Sebuah kehidupan - Part 1  then baru faham.....











Dr. Caldina pernah 'menyentuh' tentang kakak....tentang hati aku selaku seorang isteri dan ibu...
I'll write about this on last Part. Not now wokey....
Ada orang menyatakan bahawa kita boleh beli kebahagiaan. Boleh ker? Ada pula yang berkata bahawa kebahagiaan itu akan hadir bila kekayaan berada disekeliling kita. Bercakap tentang Dr. Caldina Aku cukup senang bersahabat dengannya sebab dia ni poyo, selamba dan tak ada ego yang terlalu tinggi untuk seorang yang memegang gelaran 'Prof.Dr' dan dia ada satu 'instinct' yang ntahlah...susah nak aku jelaskan. Yang pastinya dia ni poyo...hahahaha...sorry Dr... Ko tanya la student2 ko detail a.k.a makna poyo tu yer.... :-)

Kekadang Dr... kita tak nampak apa yang orang nampak pada kita. Betapa kecewanya kita...betapa terlukanya kita... betapa tergurisnya kita dengan kehidupan yang ada. Ketahuilah bahawa ALLAH akan menguji hamba-hamba yang dikasihi. Dan you beruntung kerana tela diuji dengan ujian-ujian yang akhirnya mematangkan you.


Begitu juga dengan betapa bahagianya kita...gembiranya kita... semua tu bersebab Dr.. Kalau kita tak membahagiakan diri sendiri...siapa lagi yang nak membahagiakan kita?


Dan kita sering terlupa bahawa bintang tetap setia menemani bulan selagi wujudnya malam. Dan kita juga sering terlupa bahawa Allah menurunkan hujan sewaktu cuaca panas kerana ingin menghadiahkan kita pelangi... dan life must go on Dr...whatever happen. Hidup ni terlalu singkat jika nak dibebankan dengan masalah. Dr. ada segala-galanya. Soal terguris hati, terluka jiwa itu adalah lumrah sebuah kehidupan dan juga sebuah perkahwinan. Anggap saja ianya macam 'perasa tambahan a.k.a Ajinamoto' pada warna-warna kehidupan Dr....


Do u remember.... satu ketika dalam tahun 2006 kita pernah 'bertengkar dalam diam'?? hahahaha...it's so funny bila ada yang tersalah anggap dan tersalah bicara. Almost a few month jugak la rasanya. Ataupun nak dekat setahun jugaklah I think... Then baru in touch balik friendship kita tu, bila dah 'clear' everything.... so so funny... tak pernah jadi lagi insiden 'bodoh' macam tu...


I lost touch about your true & personal life now Dr... Masih 'sama' seperti 3 tahun yang lalu? atau sudah 'berubah' kepada sesuatu yang lebih baik? masih ada yang terluka? terasa? terguris? Ataupun Dr. sedang bahagia? (itu yang I harapkan...) Ada yang menyatakan bahawa 'carilah kebahagiaan untuk diri sendiri walaupun terpaksa merangkak'....u know what i means Dr?? 


To Br Continue @ Part 3...


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...