Sunday, October 17, 2010

Cerita Rindu Seorang Lelaki

Cerita Rindu Seorang Lelaki
Kerana hari itu
Dia hadir, merenung dan tersenyum…bukan senyum yang biasa
Yang ada hanya segaris sendu yang menikam kalbu
Kerana hari itu
Aku terkedu, kaku dan bisu
Diwajahnya penuh ceria, suka dan duka
Di hatinya penuh cinta, rindu  dan luka
Akukah yang terjerat dengan lukisan di kanvas waktu
Akukah yang terdampar dihalaman keliru,  kerana sering merindu
Bicaranya, sering merindukan tawanya
 sedangkan dia tidak pernah tahu
Akukah pengemis gila
Yang  sering mencuri haruman kuntuman bunga di taman larangan
Dia adalah seorang isteri dan ibu
Akukah yang tercepat dalam mengayam rindu?
Akukah yang terlewat dalam meniti putaran waktu?
Hanya dia yang yang mampu menentu
Bercerita tentang murninya sebuah persahabatan
Antara dia dan aku… jalannya semakin buntu
Kerana hari itu
Dia berjalan menghampiri, tersenyum dan bercerita
Bercerita tentang keindahan sebuah syurga dunia
Bercerita akan keagungan sebuah cinta
Bercerita tentang sayangnya, tentang kasihnya, tentang rindunya
Pada kamu dan bukannya aku
Dia tak mampu untuk mengecewakanmu
Maafkan dia… itu pintanya sebelum berlalu dan meninggalkanku

Hasil Nukilan…
Sal Tesoro
December, 2004.

Friendship Yang Punah dan Musnah

Dah baper kali aku berpesan pada sahabat handai dan rakan taulan....jangan campur adukkan semua rasa dalam satu persahabatan. Friendship ni kalau nak dicacamerbakan oleh feeling...lingkup dik non oii...
Dan begitulah yang pernah terjadi pada satu kumpulan sahabat suatu waktu ketika dulu...cite lama la niii....Saja aku publishkan untuk dijadikan iktibar dan pengajaran.


Inilah tempat dimana sekumpulan sahabat ini pernah berjalan-jalan dan bercerita. Pada mulanya memang persahabatan itu berlandaskan persahabatan yang sebenarnya...


Disini juga mereka kerap bersama. menikmati erti persahabatan yang berlandaskan keikhlasan, kejujuran dan persefahaman.



Slurrpppp...sedap oi air Hazelnut ni... (selingan semata-mata yoooo...tadak kaitan dengan sapa-sapa yer...)

Dan persahabatan itu kian retak dan saat ni dah hancusss dah aku rasa. Sebabnya? ada diantara mereka yang includ the love feeling inside the friendship....jahanam habis... Yelah....susah bila ada feeling ni. Tadak orang lain ke ko nak berchenta?? Kenapa perli mengganggu kebahagiaan orang lain...??

Bukan salah nak berchenta...but biarlah ianya menyenangkan kedua-dua belah pihak dan tak ada hati yang terluka mahupun masjid yang terpaksa diruntuhkan demi untuk membina masjid yang baru? Lain la kalau menambahkan masjid...dapat gak pahala...

Ingatlah bahawa cinta itu indah sekiranya ianya berjalan seiring dengan keredhaanNYA...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...