Sunday, August 26, 2012

Aidilfitri 2012 - Part 2 - Bertudung Labuh??

Bertudung Labuh...

Moh sambung citer tadi...
Haa... pelik sangat ke bila aku bertudung labuh? Ish... tak ada yang pelik aku rasa. Nak kata kolot? Mungkin pada sesetengah orang ianya memang nampak kolot, tak up to date bagai. But ada aku kisah??? Aku semakin selesa dengan cara yang sebegini. Jangan kita ingat yang orang bertudung labuh ni semuanya baik... dan yang bertudung biasa-biasa itu tak baik... Masing-masing mempunyai kelebihan masing2 yang perlu diteliti. Aku sendiri tak rasa iman didalam diri sudah sempurna dengan bertudung labuh. Masih banyak kelemahan yang perlu aku tampung sedikit demi sedikit, Insyaallah.

Dan aku cukup-cukup tak selesa bila ada sahaja soalan2 cepumas yang bertandang di gegendang telinga aku pada 1 Syawal yang lalu. Bertanya bilakah hidayah ini mengetuk diri dan bertandang didalam hati? Aku tak ada jawapan untuk soalan itu kerana padaku, ini mungkin hidayah, dan mungkin jaga dugaan dan ujian yang Allah turunkan padaku. 

Menutup aurat dengan sempurna adalah satu tuntutan. Benda yang wajib untuk dilaksanakan. Bukan  satu perkara yang perlu dibuat pertimbangan mahupun pilihan. Dah kalam Allah memaktubkan menutup aurat itu suatu perkara yang wajib, untuk apa lagi persoalan demi persoalan itu tadi? Cukuplah sekadar ucapan kalimah 'Alhamdulillah' dan mendoakan agar aku istiqomah dalam melaksanakan perkara yang dituntut ini. Itu sudah memadai. Itu sudah cukup membahagiakan aku.

Aku bertudung labuh kini, bukan bermakna aku tidak boleh kembali untuk bertudung seperti sebelum  ini. Selagi aku pasti ianya masih menutup aurat dan mengikut syariat yang digariskan, tidak ada dalil yang menyatakan  si bertudung labuh tidak boleh mengenakan tudung bawal atau tudung indon yang ada 'awning' macam kebanyakkan orang pakai. Selagi ianya menutupi bahagian dada, tak ada salahnya utnuk bertukar-tukar penampilan. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa, si bertudung labuh sudah tidak boleh mengenakan tudung bawal or tudung indon itu kembali... perlu terus memakai tudung labuh bidang 60 buat selamanya. Atau diri akan di cop sebagai tidak istiqomah dalam bertudung. Ish ish ish.... jangan cetekkan pemikiran. Kaji semula apa fungsi hijab dan tudung sebagaimanakah yang mengikuti syariat. 

Apa jua yang kita pakai, banyak mana yang kita belit lilit kepala dengan tudung, rujuklah pada syariat yang telah digariskan. Pedulikkan dengan kata-kata orang. Asalkan kita tahu apa yang kita pakai itu betul dan menepati syarat-syarat menutup aurat.... go on. Tak kiralah tudung yang kita pakai tu bidang 60 ke... bidang 50 ke... tudung indon ke... tudung jawa ke... tudung siam ke.... JANJI MENUTUP AURAT !! itu yang perlu diutamakan.

Continue to part 3 :-)
May Allah Bless.


p/s : Part 3 maybe a little bit late because aku perlu menaip melalui PDA. Mata tak betah tengok lappy lama-lama.... Mokcik kan dah tua.... hahahahahah....















Aidilfitri 2012 - Part 1 - Bertudung Labuh

Salam Aidilfitri...

Masih dalam mood raya, dan hati aku tergerak-gerak meronta bagai untuk mencoret kembali di laman blogging yang sudah agak lama aku biarkan sepi sesepi yang mungkin.

Tak ada apa yang menarik, cuma lembaran-lembaran memory dalam hard disc otakku ini sudah semakin penuh, Full memory beb... perlu ditransfer ke dalam blog yang sudah pastinya dipenuhi dengan sarang labah-labah yang bukan sedikit dek kemalasan untuk menaip.

Raya yang baru. For new me actually. Aku yang baru. Bagaikan baru sahaja dilahirkan atau lebih tepat dengan perkataan 'bagaikan dilahirkan semula'? Wajar ke guna perkataan sedemikian?? A new me? yes... maybe so.... rasa tenang yang bukan sedikit walaupun aku tidak nafikan masih wujud satu perasaan berbolak balik yang bukan sedikit, Yang bukan mudah untuk aku tepis memandangkan aku juga manusia, dan tetap manusia biasa yang terlalu banyak kekurangan yang perlu aku perbaiki hari demi hari,

Ada yang kelihatan terkejut macam nampak hantu, dan ada pula yang buat muka selemba which is sikap selamba itu yang amat menyenangkan aku. Ada juga yang peluk seerat mungkin tanpa sepatah kata... No question for me to answer... no reason for me to make it as answer. Payah untuk aku menjawab persoalan demi persoalan yang sepatutnya tidak dikemukakan padaku. Walhal soalan2 yang tidak berapa nak cerdik itu perlu aku jawab dengan secerdik yang mungkin... aduhhhh....mana adil kan???

"Laaa.... ingatkan hajah mana tadi... bila balik umrah?"
(Insyaallah... mudah-mudahan makbul niatku untuk kesana)

"Kenapa pakai macam ni? Orang tua tak marah ke?"
(Mereka adalah mereka, dan aku adalah aku....masing2 punya perspektif masing2 dalam hal ini dan sememangnya... sebagaimanapun mereka, mereka tetap orang tuaku)

"Suami tak kata apa ke pakai macam ni?"
(He's happy and always said - ALHAMDULILLAH, cantik isteri abang)

"Biar betul along dah berhijab labuh ni... ingatkan pelakon mana tadi..".
(Tak layak ke aku untuk berhijrah?")

"Apa rasa bila dah bertudung labuh? bila dapat hidayah ni?"
(Hidayah itu milik serta rahsia Allah... tak siapa yang tahu bila dan bagaimana...)

A part of stupid question or statement yang perlu aku tepis dengan sebaik mungkin. Hello.... menutup aurat itukan syariat yang dituntut dalam ISLAM. Rasanya tak perlulah ditanya, or nampak tekejut dengan the new of me. Hidayah tak perlu ditunggu... ianya perlu dicari. Kalau dok tunggu semata-mata.... kita tak tahu, mungkin ajal yang datang dulu nanti. A new me ini mungkin juga ujian dan alhamdulillah jika ianya hidayah dari Allah swt. Kita tak akan tahu bila hidayah itu akan mengetuk.

Continue to part 2....
May Allah Bless...







Friday, April 13, 2012

Subhanallah... - Part 1

Belajar bila tak tahu.

Luasnya Ilmu Allah... jika dikaji diteliti, betapa kerdilnya aku selaku hamba. Sering alpa dan terlupa bahawa masih banyak liku-liku yang harus ditempuh dalam mencari keredhaanNYA. Masih banyak manusia-manusia yang sama sekali akan mencabar kewarasan aku dalam mencari kasihNYA. 

Firstly, 
All the sweetest memory is starting on January 18, 2012. Which is I'm starting to close totally of my aurat. Alhamdulillah. Kerana ada sahabat-sahabat yang turut sama menadah tangan memanjatkan syukur diatas perubahan yang berlaku. Sahabat-sahabat yang selalu memperdengarkan alunan zikir munajat didalam jiwaku. Alhamdulillah. 

2nd,
Aku juga manusia. Manusia yang peka dan perlu buka mata pada alam sekeliling. Ada kerlingan-kerlingan ketidakselesaan diatas berubahnya penampilan diri aku. Kata sahabat, Aku perlu kuat dalam menahan tamparan dari orang-orang TERDEKAT yang sememangnya akan rasa tercabar dan tercalar dek tindakan aku. Itu tanggungjawab aku pada Agama. Tanggungjawab aku pada suami. Bukankan menutup aurat itu sesuatu yang wajib? Salahkah aku berstokin berhijap labuh bersarung tangan dengan sewajarnya? sehingga perlian demi perlian dipamer dalam Facebook? Ya.. aku jahil.... Kalam Allah sendiri masih merangkak-rangkak. Salah siapa dulu? Bukan salah siapa-siapa untuk aku nyatakan disini. Tak perlu diungkit kesilapan orang tua kerana itu kelemahan mereka selaku hamba.  Cuma, fahamilah. Aku masih dalam proses untuk mencari redhaNYA. Aku bersyukur. Amat-amat bersyukur bilamana kenikmatan itu datang mengetuk pintu hati, tatkala usia belum mencecah 35 tahun. Cukup-cukuplah dengan segala dosa dan kealpaan yang mengelilingi aku. Bukan berlagak alim sepertimana yang dicanang oleh segelintir darah dagingku sendiri... cuma, perempuan itu tak tahu betapa manisnya rasa yang aku alami. Betapa sempurnanya rasa yang Allah pinjamkan padaku. Baru belajar Ilmu Agama sikit, dah berlagak pandai.... itu sebahagian dari kata-kata nista yang segelintir darah dagingku tujukan padaku. Walaupun secara halus, namun, Allah menganugerahkan akal untuk kita menilai dan berfikir. kenapa? perlu sakit hati sangat? Jika arwah abah masih hidup, Arwah abah tentunya akan merasa bangga dengan along. Along dah jumpa apa yang dicari selama ini. 

3rd,
Hina sangatkah perubahan yang aku alami? Jahil sangatkah aku sehingga tidak layak mencari Ilmu Allah sehingga kata-kata nista dilemparkan padaku oleh perempuan itu? Doa sudah sering aku tujukan agar dia berubah. Tidak perlu memperli segala bagai... tidak perlu menghina dalam pujian. Namun sia-sia. Cukuplah setakat itu sahaja namanya berada didalam doaku. Akan aku buang jauh-jauh namanya agar segala perlian, sindiran serta jelinganya tidak menjadi kudis pada amalan-amalan ku yang akan datang. Biar aku terus buang agar namanya tidak menjadi penghalang pada niat tujuanku. 

4th,
Aku tahu, sejak dari hari yang bertarikh 18 Januari, ada yang akan mula jauh. Ada yang akan mula memandang dengan kerlingan tidak selesa. Dan sudah pasti ada yang akan mengeluarkan kata-kata nista segala bagai. Kalau you nak bukak, nak tayang apa yang tak sepatutnya ditayang, aku tak pernah kisah sebab bukan aku yang menanggung. Arwah abah yang kena tempias. Fikir-fikirkan. Tak perlu menilai sejauh mana tahap iman aku, sejauh mana tahap arifnya aku tentang ilmu Allah. Sehingga apa yang berlaku padaku dipandang keji. Dipandang bagaikan aku berpura-pura alim dan beriman. Itu urusan aku dengan pencipta. Dia maha mengetahui isi rasa hatiku. Ikhlasnya aku, tawaduknya aku... hanya Hak dia. Bukan kamu. Walhal suami serta anak gadisku bersyukur dan gembira bilamana aku berhijrah. Itu sudah cukup memadai. Indahnya rasa serta perasaan itu. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. 

To be continue.
May Allah Bless...












Sunday, February 26, 2012

Awak Nih.....

Awak ni kan.... soalan tu dah ertahun-tahun awak tanya saya.... dah naik menanah telinga ni dengo. Buhsan la yunk... hahahahaha.... aper... awak ingat, nak perah otak tu senang macam nak perah kain batik? Adoiiii...
Stress la yunk....

Buhsan dengan soalan-soalan yang sama bertahun-tahun, nih ado news untuk awak yang far far away.... ater.... dah teringin sangat nak membaca hasil nukilan minda saya. Awak beli je la magazine tu sampai nampak nama pena "IMAN KASANUN" kuor. Sebab, publisher company tak akan inform bila hasil perahan minda saya tu akan diterbitkan. Bila awak dah baca.... awak koyakkan page tu, pastu masukkan dalam gelas, campur ngan air suam, add gula pasir or nak sedap lagi, awak letak gula melaka, then minum 7 hari 7 malam.... gerenti, comfirm & sudah pasti... hak hak hak... sendiri mau hengat yer....

by the way....
FB apa cer? asyik gambo poyo tu jer yang ado... cer tuko gambo ABU DHABI ker????

Smile from far far away...

Sunday, January 29, 2012

Berhijrahlah....

Salam di pagi Ahad...
Insiden minggu lepas menjadikan Mr. Hubby mengutarakan tazkirah yang panjang lebar untukku. 

Aku baru terfikir. Untuk apa kita memperbodohkan diri dengan bersikap 'angin tak tentu hala', membuang masa melayan karenah-karenah bodoh yang berlaku, menyemakkan minda dengan anasir-anasir yang tak ada kebaikkan langsung. Jika manusia itu sendiri sudah memilih untuk bergelumang dengan satu situasi dan sikap yang amat-amat merugikan, untuk apa kita perlu terjebak sama? tak perlulah terlalu melutut sembah merayu-rayu pada sesuatu yang tidak sepatutnya. Bertindaklah dengan sewajarnya, dan jika manusia-manusia dalam kerugian itu masih bersikap bodoh sombong, biarkan sahaja. Yang penting, kita tahu apa yang kita buat dan sentiasalah berdoa agar Allah membuka hati mereka-mereka ini untuk berubah ke arah yang lebih baik (walaupun waktu itu makin suntuk). Hanya dengan doa sahaja yang mampu untuk kita lakukan, kerana, bukan mudah untuk mengikis daki-daki kekotoran dari hati manusia jika manusia itu sendiri tidak berusaha untuk berubah. Berdoalah. Kerana adakalanya, Allah mengizinkan sesuatu itu berlaku dihadapan mata kita untuk kita berfikir dan berfikir, agar, jika diberikan kesempatan untuk mengecap umur yang panjang, adakah kita ingin berada di dalam 'keadaan' yang sama? bergelumang dengan cara hidup yang sama? Berfikiran pada tahap yang sama? mempunya hati keras dan beku yang sama? Itu yang perlu kita renung dan berfikir. Bukan menjuihkan bibir dan berkata nista pada sesuatu yang kita sendiri tak pasti dimana letaknya diri kita disisi Allah swt.

Alhamdulillah, aku semakin tenang kini dengan tanggungjawab seharian. Tanpa perlu membebankan fikiran dengan permasalahan manusia lain yang  sepatutnya dari dulu lagi tak perlu aku ambil pusing sama sekali. Aku bukan siapa-siapa jika nak dibandingkan dengan yang lain. Hanya manusia yang amat kerdil dan lemah yang mana masih mencari-cari jalan yang diredhai. Sepertimana kata Mr.Hubby, jangan biarkan manusia lain 'memancing' kemarahan kita, kerana bila kita marah, berangin, emo tak tentu hala, ruang kelemahan kita akan terbuka seluas-luasnya. Dan hati kita semakin hari semakin mati dan beku. Syaitan dan Iblis amat gemar bersahabat dengan manusia-manusia lemah sebegini. Jadi, berusahalah untuk lebih sabar dan tersenyum bila sesekali diri di'usik' oleh golongan sebegini. Belajarlah untuk redha dan menggangap bahawa mereka itu masih amat-amat mentah dan masih perlu dibimbing.

Silaturahim sudah aku cuba untuk pulihkan. Walaupun maklumbalas yang aku terima amat amat amat mendukacitakan. Biarlah. Itu yang mereka mahu. Aku tak nak memiliki sekeping hati yang mati dan beku. Aku juga sedang mencuba untuk tidak tergolong didalam golongan manusia-manusia yang rugi. Hidup tak lama mana lagi dah. Anytime je nyawa boleh ditarik balik. So, apa bekalan yang dah ada? Fikir-fikiranlah.

May Allah Bless.
For All Of Us.

















Tuesday, January 17, 2012

TESORO

Maaf Maaf Maaf.... 

Lama tak update blog. Malas, frust, resah, semua aura-aura yang negatif sedang bercampur baur dalam kotak fikiran. Bukan sebab siapa-siapa, bukan sebab apa-apa.... cuma disebabkan oleh kelemahan dan kealpaanku selaku hambaNYA. 

Kenikmatan rasa disayangi, dicintai serta dikasihi dulu dan kini cukup-cukup berbeza. Aku sebenarnya merasakan bahawa  aku sudah terlalu hampir untuk 'bertemu' dengan apa yang aku cari selama ini. Biarlah ianya menjadi rahsia buat sementara waktu. Rahsia hati tak siapa yang tahu. 

Blog baru sedang dalam proses pembinaan yang mana ianya aku taburi dengan 'bunga-bunga cinta' berpandukan paksi yang diredhai. Usai dengan ketenangan hati yang hadir walaupun dikala ini pelbagai dugaan yang meruntun kewarasan yang bukan sedikit. Allah sama sekali tak akan menzalimi hambanya. Itu aku cukup-cukup yakin dan pasti. 
Setiap perkara yang berlaku itu ada sebab yang tertentu mengapa ianya berlaku. 

Sekurang-kurangnya aku masih berpeluang untuk 'kembali' di usia sebegini. Mujurlah kesempatan itu masih ada untukku. Yang nyata, cinta hatiku dan rindu jiwaku ini sesungguhnya benar dan ada. Wujud dan sentiasa di'situ'. DIA sentiasa mengasihi, menyayangi dan menyintai, cuma aku sahaja yang tidak pernah ambil tahu lantaran bergelumang dengan kealpaan.
Maafkan aku.
Subhanallah.

Sampai disini dulu lukisan jiwa yang sudah pastinya perlu kutinggalkan seketika. For a  few week or maybe more..... Mungkin aku sedang berada di satu perjalanan yang baru untuk bertemu 'aku'. Biarkan Aku bertemu 'aku' dengan izinNYA. Biarlah kasih sayang serta cinta ini terus berkembang mekar dengan rahmat dan izinMU.

Salam Dari Sekeping Hati Yang Sarat Dengan Rasa Cinta.









Thursday, January 12, 2012

1st Project Mega For 2012

Haaa... tak payah nak stress2... tak perlu nak buang masa fikir benda2 rubbish... moh plan poject mega for year 1012....

Aku nak cat TH dengan kaler pink + putih la.... lawo idok? Tapi tak dapat approval dari Mr. Hubby lagi. hehehehe.... almaklumlah.... moto tu moto kesayangan dia.... hek hek hek.... off jap... nak pick up doter daaaaa.....

Wednesday, January 11, 2012

BFF

Salam dimalam Khamis... ops... dah kol sepuluh ler...

Rasanya lama benar tak update blog. Berminggu dah rasanya. Bukan malas dan bukan juga tak ada masa. Cuma keadaan emosi yang seringkali tidak mengizinkan. Sibuk dengan new & current duty.

So, today, let talk about BFF.
Definasi BFF adalah someone yang kita boleh share anything. Story, happiness, sadness, semuanya. Baik buruk apa cerita sekalipun. Someone yang kita boleh percaya dengan sesulit-sulit perkara sehinggalah ke sebesar-besar issue. Someone yang boleh menjuruskan kita ke arah yang lebih baik dan diredhai. Kepercayaan diantara BFF terbit secara semulajadi dan pure. Bukan main hentam keromo. But...harus diingat bahawasanya nowdays, bukan senang nak cari BFF. Ibarat mencari jarum dalam jerami. BFF tak semestinya duduk berdekatan, tak semestinya perlu bersua muka 5-6 jam sehari. Zaman IT dan Technologies... tekan je HP or notebook or Ipad.... BFF anda akan berada disisi, secara digital atau maya. Habat bukan?

I've a BFF. 4 person of BFF actually. 3 already confirm long-long time ago but the last one ni aku tak yakin 100%. The 1st one, of course My Mr Hubby, my soulmate, my life & my everything and always 'there' when I need an brilliant opinion & to talk to.... 2nd one, my olders sister that I know her since year 1998....the 3rd one, for sure My Smartphone & PDA (hahahaha... I love my gadget sooo much) - erk... boleh dikira as BFF ke???)... sometimes yang banyak menyakitkan hati dengan dok  'hanging' dek full of memory and the 4th one......

Ada sedikit ragu-ragu pada attitudenya yang menjadikan aku agak sukar untuk menganggapnya sebagai BFF. Doesn't matter who it'is. But, sometimes it make me really uncomfortable with her/him. Some issue that I talk about....no matter what,  another person will know the same story a few day later. I've tested this person early and the result is really frustrated. Hmmm..... hard to put your 100% trusted on her/him. Calon BFF ke namanya bila didepan kita cakap macam ni dan bila dibelakang kita cakap macam tu? BFF is always back up each other.... eventho that is a BFF mistake, BFF will always there. Bukan menikam dari belakang. Jangan la cari penyakit dengan menaiktarafkan orang yang tak honest ni as ur BFF.... As my opinion, stop talking or mumbling your personal or valuables story to this kind of person. Be friend and communicate dengan seadanya in a natural way and need to put the tiny boarder in that friendship or relationship.

Sooooo... sorry.... check back ur BFF. And make sure he/she always honest & loyal to you. Jangan bila dah terantuk baru nak tengadah dan sedor2 ada benjol sebesar lesung batu atas dahi... hahahahahaha

May Allah Bless....







Sombong sangat aihhhhhh...!!!

Ambil note aku ini sebagai coretan umum... kalau ada yang nak tersentap terasa hati limpa jantung bagai.... 
ADA AKU KISAH?????

Alahai....ralat....ralat...
Baru je pandai bukak mata celik tengok dunia sikit... dah nak sombong tak kena gaya.... Ala... tak kemana pun dengan sikap angkuh bongkak semua tu. Nak nak kalau kita bersikap angkuh sombong bongkak dengan orang-orang yang sayang pada kita. Tak kemana yunk... toksah dok berlakon baik sangat la... muak aku nengok....

Bila aku usik sikit dan tersentap-sentap. Dah bebal-bebal macam ngan hapa lagi dah.... kalau tak boleh nak bergurau langsung... angkat kain baju pegi duduk dalam hutan kawan dengan ungka or mawas... haaaa... lagi bagus... ini tidak... bila aku call cakap elok-elok...(itupun minah tu nak tak nak ja cakap, aku still dok call lagi... bodoh betul la dok perabih bills hp kat manusia macam tu...) aku tanya elok-elok.... mangkuk hayun 14 tingkat pah bedah jongang tu boleh pulak kata "ADA LAH".....- tak ko sakit hati ke yunk?? kita tanya elok2... dia jawab seghupa haram pah bedah lagi dah...

Ada yang sorang tu... asal aku tanya ja.. haaa.. berjela info yang aku dapat... Thumbs up la atas sifat suci murni yang macam tu. Ilmu dunia ni... kalau kita dok kedekut.... tak sampai kemana pun.... bukan boleh bawak masuk dalam liang lahat pun... Bukan boleh nak selit celah kain kapan pun....

Yelah.... terkadang aku terlupa... ada manusia yang perlu kita salurkan kasih sayang dengan seikhlasnya... ada manusia yang perlu kita layan dengan 'seadanya'.... bukan sekali aku terasa hati. Dah banyak kali... Yang penting sekarang nih... bior je dia macam tu... kubur masing-masing beb... apa nak heran dengan manusia angkuh macam tu.... buang masa ja dok fikir nak jaga hati orang.... aku yang paling tua ni ja yang selalu dok call....nak kekalkan silaturahim yang mesra alam la kononnya.... yang muda tu dok buat acuh tak acuh ja... so.. wtf ? Muak aku tengok dengan cara hidup yang semakin hari semakin ....... bila tegur sentap... sentap...sentap... lepas tu perli perli kat FB....macam haram lagi dah...

Aku tak nak sentuh bab sosial life manusia yang 'baik' macam tu sebab... sebab apa...? Hak individu beb....tengok je la sampai mana.... aku dah tak kisah dah.... lantak ler.... nak berjalan dilorong betul ke.... silap jalan jer... salah lorong ke.... sesat ke... nak tenggelam ke.. nak karam ke...kecundang ke... nak 'kantoi' ker..... lantak lerrrr.... ADO TEMAN KESAH ???



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...