Tuesday, January 17, 2012

TESORO

Maaf Maaf Maaf.... 

Lama tak update blog. Malas, frust, resah, semua aura-aura yang negatif sedang bercampur baur dalam kotak fikiran. Bukan sebab siapa-siapa, bukan sebab apa-apa.... cuma disebabkan oleh kelemahan dan kealpaanku selaku hambaNYA. 

Kenikmatan rasa disayangi, dicintai serta dikasihi dulu dan kini cukup-cukup berbeza. Aku sebenarnya merasakan bahawa  aku sudah terlalu hampir untuk 'bertemu' dengan apa yang aku cari selama ini. Biarlah ianya menjadi rahsia buat sementara waktu. Rahsia hati tak siapa yang tahu. 

Blog baru sedang dalam proses pembinaan yang mana ianya aku taburi dengan 'bunga-bunga cinta' berpandukan paksi yang diredhai. Usai dengan ketenangan hati yang hadir walaupun dikala ini pelbagai dugaan yang meruntun kewarasan yang bukan sedikit. Allah sama sekali tak akan menzalimi hambanya. Itu aku cukup-cukup yakin dan pasti. 
Setiap perkara yang berlaku itu ada sebab yang tertentu mengapa ianya berlaku. 

Sekurang-kurangnya aku masih berpeluang untuk 'kembali' di usia sebegini. Mujurlah kesempatan itu masih ada untukku. Yang nyata, cinta hatiku dan rindu jiwaku ini sesungguhnya benar dan ada. Wujud dan sentiasa di'situ'. DIA sentiasa mengasihi, menyayangi dan menyintai, cuma aku sahaja yang tidak pernah ambil tahu lantaran bergelumang dengan kealpaan.
Maafkan aku.
Subhanallah.

Sampai disini dulu lukisan jiwa yang sudah pastinya perlu kutinggalkan seketika. For a  few week or maybe more..... Mungkin aku sedang berada di satu perjalanan yang baru untuk bertemu 'aku'. Biarkan Aku bertemu 'aku' dengan izinNYA. Biarlah kasih sayang serta cinta ini terus berkembang mekar dengan rahmat dan izinMU.

Salam Dari Sekeping Hati Yang Sarat Dengan Rasa Cinta.









LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...