Sunday, January 29, 2012

Berhijrahlah....

Salam di pagi Ahad...
Insiden minggu lepas menjadikan Mr. Hubby mengutarakan tazkirah yang panjang lebar untukku. 

Aku baru terfikir. Untuk apa kita memperbodohkan diri dengan bersikap 'angin tak tentu hala', membuang masa melayan karenah-karenah bodoh yang berlaku, menyemakkan minda dengan anasir-anasir yang tak ada kebaikkan langsung. Jika manusia itu sendiri sudah memilih untuk bergelumang dengan satu situasi dan sikap yang amat-amat merugikan, untuk apa kita perlu terjebak sama? tak perlulah terlalu melutut sembah merayu-rayu pada sesuatu yang tidak sepatutnya. Bertindaklah dengan sewajarnya, dan jika manusia-manusia dalam kerugian itu masih bersikap bodoh sombong, biarkan sahaja. Yang penting, kita tahu apa yang kita buat dan sentiasalah berdoa agar Allah membuka hati mereka-mereka ini untuk berubah ke arah yang lebih baik (walaupun waktu itu makin suntuk). Hanya dengan doa sahaja yang mampu untuk kita lakukan, kerana, bukan mudah untuk mengikis daki-daki kekotoran dari hati manusia jika manusia itu sendiri tidak berusaha untuk berubah. Berdoalah. Kerana adakalanya, Allah mengizinkan sesuatu itu berlaku dihadapan mata kita untuk kita berfikir dan berfikir, agar, jika diberikan kesempatan untuk mengecap umur yang panjang, adakah kita ingin berada di dalam 'keadaan' yang sama? bergelumang dengan cara hidup yang sama? Berfikiran pada tahap yang sama? mempunya hati keras dan beku yang sama? Itu yang perlu kita renung dan berfikir. Bukan menjuihkan bibir dan berkata nista pada sesuatu yang kita sendiri tak pasti dimana letaknya diri kita disisi Allah swt.

Alhamdulillah, aku semakin tenang kini dengan tanggungjawab seharian. Tanpa perlu membebankan fikiran dengan permasalahan manusia lain yang  sepatutnya dari dulu lagi tak perlu aku ambil pusing sama sekali. Aku bukan siapa-siapa jika nak dibandingkan dengan yang lain. Hanya manusia yang amat kerdil dan lemah yang mana masih mencari-cari jalan yang diredhai. Sepertimana kata Mr.Hubby, jangan biarkan manusia lain 'memancing' kemarahan kita, kerana bila kita marah, berangin, emo tak tentu hala, ruang kelemahan kita akan terbuka seluas-luasnya. Dan hati kita semakin hari semakin mati dan beku. Syaitan dan Iblis amat gemar bersahabat dengan manusia-manusia lemah sebegini. Jadi, berusahalah untuk lebih sabar dan tersenyum bila sesekali diri di'usik' oleh golongan sebegini. Belajarlah untuk redha dan menggangap bahawa mereka itu masih amat-amat mentah dan masih perlu dibimbing.

Silaturahim sudah aku cuba untuk pulihkan. Walaupun maklumbalas yang aku terima amat amat amat mendukacitakan. Biarlah. Itu yang mereka mahu. Aku tak nak memiliki sekeping hati yang mati dan beku. Aku juga sedang mencuba untuk tidak tergolong didalam golongan manusia-manusia yang rugi. Hidup tak lama mana lagi dah. Anytime je nyawa boleh ditarik balik. So, apa bekalan yang dah ada? Fikir-fikiranlah.

May Allah Bless.
For All Of Us.

















LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...