Friday, July 29, 2011

Lipstick Oh Lipstick

Muah muah muah....

Hahahahaha.... Aku nak share pasal lipstick dengan you all tonite. Kira okehlah. At least aku boleh dan mampu untuk berkata-kata serta memberi pandangan dan pendapat depends on my xperience : 
LIPSTICK !!!!

Bohonglah kalau kata seorang gadis/ wanita tak ada even sebetang lipstick pun dalam handbag. I love lipstick so much. Biasanya, lipstick akan mewakili keseluruhan makeup yang you all kenakan or tempek dimuka. It's true. 

Ada wanita yang suka mengenakan lipstick yang merah menyala. Gosshhhh.... tak sesuai dah trend tu sekarang ni. Aku kalau nampak ada jer yang pakai lipstick kaler merah2 menyala nih... secara tak langsung aku akan tengok mata. Make sure kalau you pakai lipstick merah menyala, mata tu kena buat smokey eyes. Just eyeliner shud be fine. Tak perlu pakai eye shadow segala mak nenek. Blusher pun tolak tepi. Kalau macam tu ok... but, make sure merah tu bukan merah yang macam 'cheap-cheap' one. Please la weh... buruk bebenor nengoknya...merah banyak jenis merah. Red range from Revlon banyak yang cantik-cantik. Survey sendiri yorr.... maleh aku nak upload gambo...

Pinkish... Lembut. The whole of your face will be nice... Akan terpancar sinar kelembutan. Sweet gitu. Pink 
you boleh match dengan banyak kaler baju sebab dia lembut. Tak sharp & sesuai untuk ke pejabat / kuliah. Just put a light one on your lips, a bit of blusher & kohl black colour for ur eyes... walaweiiii... cun abes....
I prefer Pink Range from Dior. Dior banyak kaler lembut2. One of my choice for lipstick in my handbags is Dior. Nice packaging also...

Peach.... Ni nak kena tengok baju apa ko nak pakai. But kalau berani, cuba baju biru dengan lipstick peach range. Soft peach dah cukup. Also nampak sweet cam pink tadi. Senang nak match dengan acara. Peach range from Channel cukup-cukup cantikkkk...

Apapun, kena depends on ur budget jugak. Tak semestinya yang murah itu tak cantik. Yang mahal tu tak semestinya canik. Kena pandai mix & match. Aku pun ada jugak a lot of stock lipstick brand cikai-cikai. Gi market leh la pakai brand cikai-cikai. Dior (4) or Channel (5) or Lancome (4) or Estee Lauder (2) biasanya aku pakai bila time date ngan hubby or ocassion yang melibatkan hubby aku. Kenduri ker, raya ker... haaa.. time tu baru la havoc sikit. Itupun bergantung pada mmod nak bersiap.  

But, for sure.... memang banyakkkk beza diantara lipstick harga RM95 (Channel) RM75 (Lancome) RM89 (Dior) & RM 81 (Estee Lauder) berbanding dengan RM35 (Loreal) RM13-25(Silky Girl) RM 15-30 (Maybelline). Dont ever you mention them like : ' alah....lipstick je pun... buat apa nak beli yang reganya bepuluh-puluh ringgit? bukannya orang tahu'....silap banyak la cik kak oii kalau statement tu yang keluar dari mulut seorang perempuan / wanita / gadis... Aku dah ada a few of them.. a cikai brand & counter brand....so i can say.. YESSS... Memang berbeza.... ingredient dia sure ada beza, kualiti berbeza, so on material of the packaging... I love their packaging for all of them.

Kalau tak ada beza.... taklah counter tu jual dengan harga yang memcecah 70 - 90 ringgit dik non oi... Give something to yourself.... Hargai diri sendiri walaupun dengan hanya sebatang LIPSTICK.... cikai or branded.. u choose.... 


May Allah Bless.




Thursday, July 28, 2011

Sabun Oh Sabun....

Ngendeng-Ngendeng @ Counter Clinique sembang ngan SA dia si Phebee.... 
(silap sebut jangan bunyik Bumbleebee... tu keta tuan si Mojo dalam Transformer....)

Lepas redeem coupon Bonuslink... dapat la 40 hengget yor.... besh...besh...besh.... Memikirkan yang aku sekarang ni tak kojer dah... dok umh makan tido jaga laki jek... aku pun kena la budget2 kan aku punya maintenance... Bukan hapa... tamau la nyusahkan my hubby walaupun itu memang tanggungjawab Mr. Hubby as my hubby.... wahhhhh... berputar lidahku...
Yeahhaaa....
Mencongak-congak.... Facial cleanser aku dah tinggal separuh botol.... kira2 dalam sebulan setengah lagi ok la kot.. baru kena beli lain... tapi... tapi... tapi... 

Memandangkan kecomelan bekas sabun yang disertakan... hadoi.... aku zassssssssss... merembat sabun ketul Clinique pulak... dah 4 botolaku pakai yang liquid... rasa nak jugak mencuba yang ketul nih.. besau ko... Total price is 59 hengget.... disebabkan aku ada coupon bonuslink 40 hengget... so... i just pay 19 hengget for this sabun yor.... kena letak luor bathroom sebab sat lagi Mr. Hubby pi buat sabun mandi lak....meraung aku leh jadik.... hahahahahah...



May Allah Bless....

Tuesday, July 26, 2011

Kakak Nak Balik Duduk Dengan Ibu....


Syaratnya...... 

Pasang Aircond kat bilik kakak...

Hamboi mak... demand ko ye anak oii....
Tak apa... what a small request from my little princess. Untuk keselesaan masa berehat. Bukan ke Rumahku itu Syurgaku? So, aku plan ngan Mr. Hubby, end of November baru pasang. Alhamdulillah.... kakak akan balik menetap dengan aku dan Mr. Hubby by end of this year. Syukur kehadratmu ya ALLAH....

I've to restructure back my schedule for her... hahahahaha... WELCOME HOME HONEY.
Kata Mr. Hubby bila kakak dah confirm nak balik duduk dengan kami :- Alhamdulillah....





Bongkak Sangat Ni...

Entry yang penuh amarah.... please SKIP if u're not comfortable...

Orang Tua itu ditengking. Yeaps... DITENGKING !!!!

Kenapa perlu angkuh sangat? bongkaknya perempuan tu.... Janganlah pandang hina orang yang hidupnya serba sederhana macam mereka sekeluarga. Cepatnya lupa jasa depa to u...jasa orang tua tu pada u since u masih pakai underwear berlari kesana sini...jasa depa sehingga u NIKAH KAHWIN....N.I.K.A.H K.A.H.W.I.N......you Don't remember it at all???? ke sengaja buat tak ingat??? Dulu.... nak makan ayam or ikan pun merayu-rayu kat orang....yelah.. dah hidup senang lenang....bukan nak mengungkit... cuma, pandang-pandanglah rumput dibumi walaupun awak dah menggapai awan. Kalau tak nak ingat jasa depa kat ko pun.... janganlah nak tengking orang tua tu sesuka hati... apa salah dia kat awak???

Listen here OLD LADY....
Ko bongkak sebab laki ko kerja besar, naik keta mewah... silap banyak la pompuan oiii.... laki ko tu aku tengok... anytime je boleh masuk jarum, boleh dirembat oleh wanita2 anggun diluar sana.... sebab apa? sebab laki mana yang tahan dengan mulut kandang vavi awak tu? memang la nampak loving couple... belakang ko? ntah2 dah ada spare sebab ko pun makin berkedut aku tengok..dannn makin selekeh ada la.... Dah la selalu Outstation kan kan kan??? hahahahah.... so? takkanlah ko tak faham? Anytime beb... anytime je laki ko tu boleh berubah... tambahan pulak dengan sikap ko yang macam sampah ni... aku dah byk tengok... a success man (maybe not all...) like ur hubby.... 50% daripada they all takkan simpan satu.... hahahaha.... so so so???? kalau laki ko tak ada spare pun... sure laki ko dah 'kena'... sebab aku tahu sangat history family ko... tahu sgt2...

yang aku sakit hati sangat-sangat ni... sebab mulut kurang ajar ko tu... ikut sedap mulut je nak tengking orang... lain kali, belajar berbahasa la sikit... walaupun ko dari kecik mungkin tak diajar untuk beradab... tapikan, otak ada.. kenapa tak guna dengan sebaiknya. Takkanlah SALAM pun ko tak gheti nak bagi bila memulakan conversation as a muslim?

Kenapa sikap riak dan bongkak ko tu tak pernah pudar?  Berdoalah... agar ko diberi kesempatan untuk berubah sebelum segala kemewahan yang dipinjamkan itu ditarik balik. Sebelum laki ko again shake hand with tok kadi with others... hahaha.. time tu.. ko nak menyesal pun x guna dah...  janganlah ko banggakan sangat dengan kedudukan ko yang sementara tu.... 

Sebab apa anak lelaki perempuan tua yang ko herdik tu tak tengking ko balik? sebab... mereka dididik supaya tak bersikap kurang ajar dengan orang.... lagipun.... what the hell nak layan sikap bingai ko ni pompuan oi???? aku nak tengok je.... setakat mana ko boleh bertahan...selama mana laki ko boleh senyap dengan perangai ko ni....hahahaha... 

Sure 'ada lain' punya lah.... zaman sekarang... ko sorang je yang dok bangga... yes.. laki aku kaya...laki aku naik keta besor.... hahahah... tak nampak ke??? tak nampak yang ada ikan2 kat luar yang dok cuit-cuit manja laki ko???? hahahahaha.....

I'm waiting for that moment.... nak tengok sangat-sangat-sangat ko meraung sebab laki ko kena kebas dek sikap riak dan bongkak ko tu.... yes yes yes...... bila ni.... hahahaha... nak tengok sambil makan popcorn dengan air Ice Lemon Tea lagi.... hahahahahah....

Kroihhh,,,, tuihhh...tuih...






Thursday, July 21, 2011

Salam Dari Laut Biru

'Maybe it's a part of 'Syurgaku Padanya' or maybe.. it's a true story....

Icon Mobile Manager di screen smart phone aku buka setelah hampir seminggu lebih tak berusik. Hahahah... kenapa? ntahlah. Sibuk dengan urusan harian gamaknya. Bertubi-tubi message yang tersenarai dari Blocking Number.... All coming from the same number....

"I've to conduct KD 'something' ship start on Monday. For 2 Weeks. Got tactical training on the ship"
KD 'Something'... I've to hide the actual name atas sbb2 tertentu... demi kebaikan semua pihak.
"I've tried to call you soooo many times... but my call cannot get through.."
Aku belek senarai panggilan masuk dari Blocking Number... 57 misscall from Blocking Number since last week. Patut ke aku gelak? Atau patut ke aku terus mendiamkan diri seperti biasa?. 

"Where are you?"
"Please...please...please.... misscall to my number, & I'll return call to you as soon as I can"
"2 hrs before I departure... from Kota Kinabalu."
"Need to brief all the units this morning. Where are you?"
"Another 1 hour to go. Where have you been?"

Satu satu text message dari blocking number aku buka. 
"On my way to the ship now. No personal call when the ship is on tactical mission. If anything important need my attention, email me. Be safe. Always take care urself & I'll let you know as soon as I'am back. Insyaallah. Another 2 week time. Cheers...."

AKU TERKEDU... salam dari laut biru. Semoga dilindungi Allah hendaknya...


May Allah Bless...



Thursday, July 14, 2011

Gesel-gesel, raba-raba... Hampes

Entry ni berdasarkan pengamatan aku pada satu keadaan di 'somewhere' sewaktu aku collect birthday present last few days. Take it as sempadan... dan semoga kita, anak-anak, family serta sahabat handai terhindar dari gejala yang memalukan ini.

I'm alone. Makan lol... Hubby aku kojer that day. Bertentang dengan tempat aku duduk, Restoran KFC yang mana aku terpandangkan satu situasi yang amat memualkan. Ish... Haiyohhhh.... ada selera ker???
Dari jauh lagi mata aku dah dapat tangkap action this couple. Tergesel-gesel... terpegang sana sini.... hello....get a room please... So, pandai-pandai la korang fahami maksud aku 'get a room please'....

This couple,' BOTH ARE MALAY'....  yang ladynya muda belia... maybe early of 20th... or middle. Anggun, cantik dan pendek kata lelaki akan toleh 2 kali kalau dia lalu. Yang si lelakinya pulak maybe early 50th. Or maybe late 40th. Ntah.. aku main agak je umurnya. Rupa si lelaki? alahai... cukup la aku cakap... ish... bangla kat pasar malam tu lagi lawa la.... but that guy aku tengok ada gaya. Ntah lawyer mana ntah manager company mana... gitu la gayanya... dengan long sleeve...kasut kulit... slack... harap kesitu je yang okeh pada mata aku. Dan sure poket tebal sebab takkanlah perempuan tu terpikat sebab rupa, memandangkan lelaki tu dia boleh panggil ayah atau uncle.... hahahahah. Akrab anak dengan bapak... taklah sampai bapak gesel-gesel tangan kat peha sianak. Gila namanya.... young lady tu bini dia? SURE NOT...!!!

Tergesel-gesel... tangan atas peha that lady...raba-raba sana sini sambil gelak-gelak... adoi... yang nyata... mereka bukan suami isteri sebab... couple2 ni.. ada beza yang ada 'lesen' atau yang tak ada 'lesen' tapi buat gaya macam ada lesen.  Kita boleh beza, pasangan tu masih berchenta mahupun sudah diikat secara sah.
By the way, The point here is :-

SI LELAKI :-

1) Tak cukup ke dosa zaman muda sampai nak tambah dosa lagi ketika umur dah menjelang maghrib?
2) Tak kesian kat anak bini kat rumah ke? Kat rumah ada daging halal... yang haram dan busuk tu jugak yang dicari.
3) Cuba fikir... kalau anak dara awak yang muda belia diratah di khalayak ramai oleh seorang lelaki tua yang tak sedar diri? Rasa terhibur gamaknya ya....
4) Tak malu ke bila segala serba serbi dah kendur menggelebeh, dok sauk tangan perempuan muda yang bergetah mcm chewing gum?

SI PEREMPUAN :-

1) Dah patah selera pada orang sebaya ke? Hebat sangat gamaknya penangan situa bangka tak sedor diri eh?
2) Just Imagine kalau awak dah tua, suami awak pulak buat perangai macam tu... best eh?
3) Jangan la jadi lauk yang boleh diratah diludah sesuka hati.... Kat rumah dia dah ada anak-anak yang menunggu... cuba imagine ayah awak yang buat perangai macam tu... tergesel-gesel macam kena miang buluh.
4) Kalau setakat tengok poket dia penuh berkepuk-kepuk...muka lak macam pendatang asing tanpa izin kat pusat tahan... tak guna jugak... sebab... bila dia boleh gesel-gesel awak kat public, sure dia boleh gesel-gesel others lady jugak kan kan kan? ada logic jugak kan kan kan? lelaki macm tu ke awak nak buat suami???

Pada sesiapa yang baca entry ni, ianya hasil dari pandangan mata kasarku selaku manusia. Bukan bermaksud mempamerkan aib orang. Sekadar berkongsi apa yang aku rasa. Sebab time makan tu aku dah mual tengok drame free... Hero tua dengan awek muda.... buekkkkk...

Elakkan diri anda dari terjebak ke lembah maksiat... bukan untuk bersyarah, tetapi ambillah sebagai satu renungan dan iktibar kerana hidup ni terlalu singkat. Singkat sangat-sangat. Ya Allah, jauhkanlah aku, suamiku, anak-anakku, adik-adik ku, saudara-saudaraku serta sahabat handaiku dari segala sesuatu yang mengundang kemurkaan mu. Amin....

May Allah Bless...









Monday, July 11, 2011

The Whiten Carlo Rino

Yes....

Lama bebanar aku tak update entry. Sibuk gila tahap ninja turtle dah aku rasa. But now... my 2 huge mission complete 100%. Alhamdulillah.... Life back to normal yoooo.... as usual but a different track. Hahahahaha.... nantilah aku citer...

Aku dah let go dah handbags carlo Rino aku. Sapa yang dapat? Oya yang dapat sebab a few times dia dok kenen2 hangbags aku yang tu. Tu besday present tahun 2009 from someone yang sangat-sangat tak patut aku appearkan namanya disini atas faktor-faktor yang melibatkan status, pangkat serta 'National Security'... Hahahahaha.... National Security tu kooo.... Yes... It's true because that person was a 'key person' in one of 'Huge Gov Instituition.' Wah.. berterabur English aku.... Thanks for the nice present but... enough is enough.... hahahahah... Ada satu lagi yang nak di let go... biru putih, also from Carlo Rino. But not now sebab aku sayang beg tu ....dia besor... senang aku nak menyumbat segala mak nenek. 

Nantilah... kalau aku rasa aku nak let go.... aku let go je.... but for sure... kasut raya Bonia & handbags raya Guess dah standby... aku borong sesiap sebelum aku change my track..tu hadiah untuk diri sendiri yer... lepas ni no more shopping, no more previous life... no more that or this... no more...

Kerana, aku mahu mencariNYA... Mencari sesuatu yang amat membahagiakan... bila kita dekat padaNYA... Bila kita sentiasa mencari rahmatNYA... insyaallah... bahagia yang sukar untuk aku gambarkan akan tercipta.... kerana, disaat ini... aku dapat meresakan kebahagiaan itu. Sedikit demi sedikit...






LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...