Thursday, October 21, 2010

The Canyon

Good Movie....
Aku menonton film ni on 19/10/2010 @ 10.34pm... itupun aku amik dari notebook angah, transfer dalam external hard disc aku.
Interesting movie. Berkisar pada sepasang suami isteri yang berbulan madu di 'Canyon'. Disitu keakraban, pengorbanan si isteri terpamer dengan begitu nyata tatkala suaminya mengalamai kecederaan sewaktu mereka mencari jalan keluar dari canyon.



Movie tahun 2009 ni banyak adegan suspen dan romantik yang membuatkan jalan ceritanya lebih menarik. Si isteri terpaksa memotong kaki suami yang buruk akibat tidak mendapat rawatan perubatan setelah jatuh dari cenuram di Canyon. Dan terpaksa membunuh suami yang sudah terlalu nazak untuk meneruskan perjalanan. Dan tak sampai lima minit selepas membunuh suaminya, helicopter bantuan pun tiba.



Moral Of The Story is :-

1) Perlu berfikir panjang sebelum mengambil sebarang keputusan dalam  apa jua situasi.
2) Nyawa adalah hak ALLAH dan hanya dia yang berhak untuk menghidup dan mematikan.
3) Selidik dahulu tempat yang anda akan tuju / bercuti. Kaji tentang faktor keselamatan, bantuan yang ada jika berlakunya kecemasan.

To Be Continue on the NEXT Movie....

Walls & New Zealand Ice Cream....

AISKRIM...!!!!


Sedapnyer....bila time-time tengahari kita dok panas-panas kat opis tu...dapat lak makan aiskrim...Mak aiiii..nikmatnya... 
That day aku pergi jenjalan lat Tesco Bukit Mertajam, aku terpandangkan tong aiskrim unik milik Walls. Cantik dan attractive to who those yang sukerrrr pada aiskrim & menikmati aiskrim dengan sepenuh jiwa raga,,,ahaksss...


Cantik tong dia. Bertingkat-tingkat ko. Memang attractive sangat. Bari 1st time aku nengok tong cenggini. Yang selalunya tong style biasa-biasa jer.. empat segi... 




Ko tengok lak susunan aiskrim dia....walawei... menggoda. Macam memandang batu permata kat Habib je gamaknya... Bijak betul marketing team dia buat style ni untuk tarik pelanggan. Orang berkenan tengok kat kotak, then belek-belek aiskrim...




Yang macam agak trendy la kan? menarik perhatian customer. Good idea Walls...creative & unique to put your delicious aiscream there... menjadikan aku nak rembat aiskrim yang ada dalam freezer office....milik officemate aku....hahahahahah ....


Kat sini aku nak share some info about aiskrim yang aku jumpa dalam internet ni masa merayau-rayau dialam cyber....chewahhhh....share it because 'Sharing is Caring'....


“Adik jangan menangis ya, nanti mama bagi aiskrim”. Petikan di atas merupakan salah satu dialog biasa yang kerap digunakan untuk memujuk seorang anak supaya berhenti menangis.

Kakak dok menikmati aiskrim New Zealnd @ Sunway Carnival
Sedar atau tidak aiskrim sering kali dijadikan objek sejak zaman berzaman untuk menarik perhatian seorang kanak-kanak. Tidak kira apa jenis aiskrim sekalipun asal rasanya manis, sejuk dan bercirikan ais, ia menjadi satu agen pemujuk yang paling berkesan untuk semua kanak-kanak di seluruh dunia.
Seperti kebanyakan perkara di dunia ini, aiskrim turut mengalami evolusinya sendiri daripada sebagai ‘umpan’ untuk kanak-kanak, kini menjadi sebahagian daripada ‘pemanis’ dalam gaya hidup bagi orang dewasa.
Sebagai contoh, jika dulu bunga dan coklat sering dikaitkan dengan Hari Kekasih, tetapi peredaran masa telah merubah trend tersebut di mana pasangan tidak kira sama ada kekasih mahupun sahabat, menzahirkan perasaan kasih sayang mereka dengan menikmati aiskrim.
Ini kerana keunikan aiskrim itu sendiri yang rasanya manis, warna menarik serta cara ia dihidangkan dengan eksklusif telah menjadikan ia simbol baru pada pesta menyambut Hari Kekasih.
Tambahan pula, terdapat pelbagai perisa aiskrim yang dicipta khas untuk golongan dewasa sesuai dengan cita rasa terkini seperti tiramisu, cappucino, kopi, pudina, teh hijau serta beberapa perasa lain yang menepati selera orang dewasa. Kenikmatan aiskrim bukan sekadar dapat dirasai dengan lidah, malah ia juga turut dirasai oleh mata.
Ini kerana, pelbagai aiskrim telah banyak digubah daripada konsep asalnya yang dilengkapi dengan hiasan atas atau topping , biskut coklat, kon, coklat bersalut (seperti Smarties dan M&M), perahan pati pekat buah-buahan yang berwarna-warna, cip coklat serta lain-lain lagi aksesori untuk menaikkan lagi seri sesebuah aiskrim tersebut bagi menepati cita rasa penggemarnya yang pelbagai serta mood yang berlainan.
Maka amat sesuai ungkapan dari mata turun ke hati, iaitu menggunakan aiskrim sebagai umpan untuk memikat hati wanita. Percaya atau tidak, terdapat aiskrim yang mencecah harga puluhan ringgit untuk menikmatinya sekadar tiga atau empat ceduk (scoops).
Ini kerana ia mengandungi khasiat-khasiat tertentu yang berkualiti dan direka untuk golongan-golongan tertentu. Ada juga aiskrim yang telah diadun khas dengan aroma dan perisa tertentu serta dilengkapi pelbagai aksesori di bawah jenama terkenal dan mempunyai nilai yang tinggi.
Aiskrim bukan sahaja terasa lebih ‘enak’ dinikmati berdua ketika memadu cinta, malah ia juga amat sesuai untuk dinikmati oleh seisi keluarga. Aiskrim yang didatangkan dalam bentuk mangkuk yang besar serta mudah disimpan dalam peti sejuk sering menjadi pilihan utama untuk dinikmati bersama keluarga terutama ketika waktu senggang.
Penyediaannya yang ringkas, cepat dan mudah sering menjadikan ia menu utama pilihan kaum ibu. Kiosk yang menawarkan produk-produk berunsurkan aiskrim ini sudah mula tumbuh bak cendawan di pusat membeli belah terkemuka di bandar-bandar besar, menepati gaya hidup warga kota yang ringkas dan bercita rasa tinggi.
Sesuai dengan cuaca panas di Malaysia, maka kiosk aiskrim seperti New Zealand Natural, Baskin Robbin, Lecka-Lecka, Haagen Daaz (sekadar menyebut beberapa nama) menampilkan bukan sahaja rasa ais krim yang unik, malah konsep dekorasi yang moden khas untuk semua peringkat ahli keluarga bersantai.
Bagi pasangan yang meraikan Hari Kekasih, pasti lokasi sebegini menjadi pilihan kerana lifestlye yang ditonjolkan. Hakikat tersebut turut diakui dua anak muda ini yang merupakan sahabat karib, Wai M. Nur, 26, dan Natasya Roslan, 24.Menurut mereka, sifat semula jadi aiskrim yang lembut, manis dan berwarna-warni amat sesuai untuk dijadikan perantara tatkala pasangan berjumpa untuk memperingati Hari Kekasih.
Lazimnya, pada hari tersebut, bunga dan coklat merupakan elemen wajib yang mesti ada bagi pasangan yang sedang bercinta sebagai menunjukkan bahawa mereka sedang meraikan hari tersebut.
Namun, bagi Natasya untuk menambah kelainan serta lari daripada tema yang terlalu konservatif itu, maka aiskrim pula dijadikan perantara sebagai pelengkap pada hari memperingati kekasih.
“Ini kerana, ketika kami berdua duduk berhadapan antara satu sama lain, sudah tentulah kami memerlukan sesuatu untuk dilakukan dan bukan sekadar berpeluk tubuh atau saling memandang antara satu sama lain dan kemudian tunduk malu,” ujarnya.
“Maka aiskrim inilah yang menjadi perantara antara satu sama lain kerana ia mudah dinikmati, merupakan diet yang tidak terlalu berat, tidak berkecah serta tidak jemu untuk lidah kita menikmatinya kerana rasanya yang manis,” kata Wai M. Nur pula. Seperti diketahui umum, aiskrim juga dapat menaikkan mood serta mewarnai kehidupan seseorang bergantung kepada rasa dan aromanya.
Sementara itu, Pengarah Pemasaran NZ Natural, Khong Yao Han berkata, aiskrim New Zealand Natural telah dikomersialkan bermula pada tahun 1984 istimewa untuk penciptanya sendiri yang mengalami alahan pada sebarang pewarna mahupun perasa tiruan.
“Ia 100 peratus semula jadi diimport dari New Zealand menggunakan susu yang berkualiti tinggi dari negara yang terkenal dengan pengeluar susu dunia itu,” ujarnya ketika ditemui di kiosk New Zealand Natural di The Curve, Mutiara Damansara, baru-baru ini.
Dengan lebih 200 cawangan di seluruh dunia, New Zealand Natural menepati cita rasa penggemar aiskrim yang mementingkan kesihatan. “New Zealand Natural mengadakan potongan harga sebanyak 30 peratus pada 30 hari bulan setiap bulan, jadi jangan lepaskan peluang menikmati ais krim yang penuh kesegaran ini”.
Sumber Rujukan :-
Oleh NOOR FAZRINA KAMAL

BBQ Ciken @ Sunway Carnival...Hebat Kedai Dari Makanan Nyer...

Huik.....Hampesss & terhempessss...
Huik.....Hampesss & terhempassss....

itulah the 1st & the last time aku menapak masuk ke kedai ni...BBQ Chiken @ 2nd Floor Sunway Carnival Mall... kalau ko tak perasan jugak...kedai tu bertentang betul-betul dengan Golden Screen Cinemas.

Presentation kedai tu...okeh...cantik dan lawo dah. Kebersihan...tip top.... but their meal...??? HAMPESSSSS....Kenapa aku kata hampesss??? Sebab-sebabnya adalah :-



1) Makanan NOT so GOOD as kedai punya appearance...
2) Makanan MAHAL (pada aku la) tak padan ngan size + presentation + RASA ...(both thumb down...)
3) Ayam mentah !!!

Gila ko...ingat aku dengan kawan aku ni orang Jepun ke makan benda mentah? yekssss..... Time amik order tu tak pulak dia tanya nak 'well cook' ke 'half cook'....grrrrr....





Kedai kira cantik la jugak berbanding ngan kedai nasik kandar kat area umah aku...






Makanan yang aku order.... My pren order benda lain...apa tah namanya....







Hamik ko.....RM 23.98 untuk ayam seketul....nasi satu senduk ngan coleslow + ayor mangga....gila mahal ko...patut la kedai dia lengang.... sunyi sepi tadak worang.... aku bab makan ni tak kisah sangat...tapi biarlah berpadanan dengan rega & rasa.... ni...dah lah mahal...kureng pulak tu... 

Dan instinct aku kuat menyatakan bahawa tak lama lagi kedai ni akan 'lenyap' la dari level 2 Sunway Carnival Mall... We just wait & see... i'll publish about this bila kedai tu dah tak wujud disitu...

Macamanapun....aku bersyukur...masih diberi kesempatan untuk makan pada malam tu & inilah rezeki aku for dinner that nite....

Bai-bai BBQ Ciken.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...