Friday, September 23, 2011

Khalwat @ bersekedudukan @ 12 years old???

Subhanalllah....  
Apa la nak jadi dengan remaja zaman sekarang nih. Mudah sangat nak menyerahkan sesuatu yang paling berharga pada orang yang tidak layak. Kecik-kecik mak bapak selimut la dengan lampin, pakaikan seluar baju... bila dah besar sikit, (besar sikit je...) dah pandai nak bersekedudukan... dah pandai nak buat kerja haram... dah pandai bab-bab sexual...

Seorang sahabat menceritakan tentang pengalaman beliau 'mencekup' remaja belasan tahun yang ntah buat apa dalam rumah bila time parents bekerja dan tak ada dirumah. Gila.... 2 perempuan dan 4 lelaki.... one of that girl dah macam lunyai dah time sahabat aku tu ketuk pintu umah... punya la pulun dok buat kerja gamaknya.... aku tak nampak dengan mata kepala aku sendiri... so, I can;t judge. But, kalau ikut fikiran logiknya, ikut fikiran manusia... dah lunyai tu... sendiri mau faham la.... both of the girl tu 12 tahun... the boys is 13 tahun.. which is baru akil baligh la usia tu... usia nak menerai itu ini hatta bab-bab sexual, yang of course, yang haram tu memang sedap, memang best... natijahnya? ada depa nak fikir? 

Memang bab-bab sexual ni budak-budak yang baru nak akil baligh dan yang sudah akil baligh perlu diberikan pendedahan yang sebanyak mungkin. Apa kesan dari persetubuhan haram, apa akibat baik dan buruk pergaulan bebas antara remaja. Parents/teachers perlu explain tentang hubungan sexual, bila sepatutnya dan kenapa perlunya hubungan sexual HANYA boleh dilakukan selepas nikah. Apa implikasinya dari pandangan agama, bangsa dan masyarakat.  Sekali buat silap bab persetubuhan haram ni, of course kesan dia akan remaja itu tanggung sepanjang hayat.

Kesedaran hubungan terlarang ni perlu ditanam di peringkat awal. Bukan sewaktu usia belasan tahun. Memang kebanyakkan dari kita akan ambil ringan bab-bab ini lantaran susur galur adat serta kelompok masyarakat yang masih terkongkong. Kalau cerita bab sex jer... haaaa... mulalah mak bapak jengil-jengil mato... silap haribulan rotan naik atas belakang.... but, wake up... zaman dah berubah. Dan kita perlu mengikut perubahan zaman itu dengan sewajarnya tanpa mengenepikan agama dan adat. 

Salah siapa bila anak-anak ini terjerumus pada permasaalahan sebegini rupa? Bukan hendak menunding jari.... semua pihak ada bahagian, ada sahamnya... mak ayah, cikgu, masyarakat sekeliling.... Perhatikan, adakah wujudnya ruang peluang yang terbuka untuk budak-budak hingusan ini membuat onar. Sebab apa mereka berani bertindak sedemikian?

Fikir-fikirkan....

May Allah Bless....




Thanks to Budak Gemokkkk

Done. I've printed the application form this morning. Itupun mujurlah budak gemok yang tolong fiil in the form from KK. Aku isi 1 stage, dia isi 4 stage. Gilos punya server... jenuh-jenuh nak masuk website tu. Hangin satu badan aku dibuatnya.  Hampehhhh...

Thanks ngah, because ur kind concern to kakak. Along dah print that form...6 copy walaupun yang wajib hanya 3 pcs.... phobia betul aku dengan website yang dok hang memanjang nih...

Kita hanya berusaha dan bertawakal.... selainnya berserahlah kepada Allah SWT. Moga kakak mendapat yang terbaik untuk UPSR... :-)

May Allah Bless...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...