Monday, November 22, 2010

Dia Yang Teristimewa





1.Ini surat cinta dari seorang isteri kepada seorang suami yang dikasihi
2. Ini surat cinta dari kasih tak berbelah bahagi.
3. Ini surat cinta ikhlas dari hati
4. Ini surat cinta untuk baby tahu, istimewanya baby di hari ini, dan juga saban hari saban tahun  ke akhir nyawa.
5. Ini surat cinta tanda baby tetap sayang cintai.
6. Ini surat cinta kerana sememangnya kita sedang, masih & akan tetap bercinta.
7. Ini surat cinta kerana pernikahan kita sudah menjangkau 12 tahun pada hari ni.




8.  Pertama kali dalam sejarah, baby are reading this long entry coz today is our day.
9.  Pertama kali dalam sejarah, hati ini sedikit kecewa kerana tak dapat menyambutnya sehari suntuk dengan baby. Tak dapat balik awal dari office !!!! 
10. Pertama kali secara umum, sayang kongsi bersama dengan yang lain
11. Baby istimewa kerna baby penyayang walaupun adakalanya kurang penyabar
12. Baby istimewa kerna baby pengasih walaupun adakalanya cepat tersalah
13. Baby istimewa kerna baby pendiam walaupun sering galak tertawa
14. Baby istimewa kerna baby pencinta dan pembela isterimu
15. Baby istimewa kerna baby pendukung dan penghulu kepada sebuah pernikahan.


16. Dalam perjalanan kita, baby meredhai setiap langkah isterimu
17. Dalam perjalanan kita, baby merestui kasih sayang tak berbelah bahagi
18. Dalam perjalanan kita, baby memberi segala walaupun dalam hati ada lara
19. Dalam perjalanan kita, baby tidak pernah putus melemparkan benih cinta
20. Dalam perjalanan kita, baby adalah watak utama.


21. Kepada Allah semua mendoakan berpanjangan umurmu
22. Kepada Allah semua mendoakan perkahwinan mu
23. Kepada Allah semua mendoakan redha hidup anak isterimu
24. Kepada Allah semua mendoakan kelimpahan rezeki.
25. Kepada Allah semua mendoakan kamulah yang terbaik di mata keluargamu


26. Bila nama isterimu dibenam, kau bangunkan yang terselut
27. Bila anak-anakmu terluka, kau tangkis memberi semangat
28. Bila keluargamu diracik, kau balas menyalakan azimat
29. Bila jatuh duduk isterimu, kau padamkan tangis yang panjang
30. Bila seringgit duit mu tinggal, berdua kita sesama merasa


31. Kalau bukan kerana suami, tiadalah seorang isteri
32. Kalau bukan kerana baby , tiadalah seorang puteri
33. Kalau bukan kerana ibu mengandungkanmu, tiadalah  kamu di muka bumi
34. Kalau bukan kerana abah, tak mungkin hidup bersengkang mata
35. Kalau bukan kerana cinta, kita tiada dalam ikatan ini.


36. Kau tetap yang teristimewa dihati ini walaupun jiwaku sering terguris.
37. Kau tetap yang teristimewa walaupun rintihan ini tidak pernah kau dengari.
38. Kau tetap yang teristimewa walaupun bukan cintaku yang pertama
39. Kau tetap kukasihi walaupun 'dia' sedang mencuba untuk mencuri hati lelakimu.
40. Kau tetap kukasihi walaupun wujudnya pelbagai ‘kehebatan’ yang hadir dalam kanvas kehidupanku.
41. Kau tetap kukasihi walaupun ‘dia’ disana tidak sama sekali menyenangi.
42. Kau tetap kukasihi walaupun ‘dia’ disana sering membenci.
43. Kau tetap kukasihi walaupun adakalanya kau tidak menyedari.
44. Kau tetap kukasihi walaupun aku seringkali terpaksa menyendiri.
45. Kau tetap kukasihi walaupun dirimu adakalanya ‘jauh’ dari capaian.
46. Kau tetap kukasihi walaupun ‘hujan’ seringkali membanjiri kolam hati.
47. Kau tetap yang teristimewa walau apa jua rintangan yang bakal berlaku
48. Dan kamu istimewa hari ini, kerna kamu disayangi oleh seluruh keluarga di Rain City
49. Dan kamu istimewa kerna hari ini adalah hari ulangtahun pernikahan kita yang ke 12. Semoga pernikahan ini diberkati serta dilindungi.

50. Dan KERANA AKU TELAH KAU PILIH, LANTAS ENGKAU SETIA KUKASIH...

DIA YANG TERLALU ISTIMEWA.... AHMAD KAMAL @ MY BABY



*** Thanks to RM for this idea...Love You :) ***

Dr. Caldina @ Sunway Carnival Mall - Part 2

20th November 2010, 1:45pm@ Sunway Carnival Mall
Again we debate about life...

Dan sebagaimana yang aku maklum...sememangnya dia kini telahpun berbahagia dengan kehidupan bersama keluarganya...Alhamdulillah. Bersyukurlah Dr. diatas setiap limpah kurnia serta kasih sayang Allah pada you. Life must go on kan...whatever happen... kehidupan harus berjalan seperti biasa... :-)

I'm also happy as well. Biasalah. Adakalanya terguris rasa itu sudah lumrah dalam kehidupan. Cuma sesekali kita selaku manusia inginkan satu ruang kecil untuk diri kita sendiri kan? hahahah...you know what I mean. 

Kali ni I nak bercakap pasal MENGANCAM, TERANCAM & TAK CAM.......

Time u explain about this terburai tawa yang bukan sikit. Hahahaha...so funny sebab 1st time I dengar istilah ni... tak sangka you pun kaki lawak jugak weih..... apasal tak masuk raja lawak??? sure ramai student you vote for u Dr... 

1) MANGANCAM... (25 - 30)
Kecantikkan tu very subjektif Dr. Dan ianya tak akan kekal lama mana pun. Dan sesiapa yang mengancam tu jangan la pulak mengambil kesempatan dari mata-mata yang memandang.... sebab pada satu stage, kita akan masuk dalam golongan TERANCAM...

2) TERANCAM... (30 - 45)
Time ni mungkin kita mula rasa terancam dan berusaha dengan susah payah untuk bersaing dengan golongan mengancam itu tadi. What for? kok iya pun Terancam... sentiasalah berfikiran positif dengan memandang jauh kehadapan. Kenapa perlu merasa terancam sedangkan hati dia milik kita berlandaskan satu ikatan yang diredhai? Selagi hatinya masih pada kita, tak perlu kita merasa terancam kerana inilah lumrah kehidupan. Manusia sememangnya bersifat baru.... kenapa perlu mengikat sedangkan ianya tak mahu ditambat? Mengapa perlu merayu jika hati sudah tawar dan layu?

3) TAK CAM...(45-60)
Iyalah...ada pulak golongan suami atau isteri yang tak cam bila suami/isterinya dah berkedut sana sini. Amboi.... time kulit dok lawo menegang dulu bukan main sayang.... kenapa pada usia emas sebegini perlu mencari masalah dengan 'cinta' yang baru? Ada yang nak kena tampor sedas dua ni sebab tak cam suami atau isteri yang dah nak expired.... (ada pulak istilah expired...???)

Sendiri fikirkan...kita mahu bahagia dari tahap yang mana????






Dr. Caldina @ Sunway Carnival Mall - Part 1

20th November 2010, 1:45pm @ Sunway Carnival Mall.

Haaa...after few years aku berjumpa balik dengan sahabat aku yang sorang nih. Aku tunggu dia kat depan Starbucks...dia tunggu aku kat Depan TV Sony...alahai... tunggu sampai minggu depan pun tak akan jumpa punya...Sorang kat ground floor sorang kat 2nd floor...

Last-last aku naik kat atas, cari dia. Rupanya kawan dok asyik melangut kat TV Sony depan GSC. First impression yang aku nampak pasal dia adalah kulitnya yang semakin putih melepak. Oit.... ko baru balik dari London ke hapa Dr? Tersengih memanjang je khojernya... ater....dah namanya jumpa kawan kan? takkan nak nangis pulak kot???

Mula-mula dia merungut yang escalator not function. Camno nak nolak troli barang-barang dapur yang dia nak angkut untuk mak yang duduk kat somewhere in Kulim. Huh....ellooowww... dah not function...awat...tadak lift ke Dr oiiii??? hahahaha.... lawak betul la... ngaji jauh sampai ke US nun.... dah escalator not function...kita cari lift la Dr. weih.... ater....takkan nak ngusung troli yang sarat kat escalator yang mati...tak kuasa teman.

Dalam dok menyopping tu sempat jugak dia tanya pasal kakak. Hah...bab ni buat aku lumpuh. Kalau bab lain tu memang aku ada energy nak debate. Bab ni memang aku kalah. I'm totally lost! you tahu pasal apa Dr? sampai at last you sendiri kata..."I dont know what to say...."

see see see... u as a lecturer yang fasih dan bijak berkata-kata pun you terkelu dengan bab ni... I kalah Dr... kalau you nak debate pasal kakak memang I tak ada kekuatan langsung.... It's hurt me deeply.... 

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...