Monday, November 22, 2010

Dia Yang Teristimewa





1.Ini surat cinta dari seorang isteri kepada seorang suami yang dikasihi
2. Ini surat cinta dari kasih tak berbelah bahagi.
3. Ini surat cinta ikhlas dari hati
4. Ini surat cinta untuk baby tahu, istimewanya baby di hari ini, dan juga saban hari saban tahun  ke akhir nyawa.
5. Ini surat cinta tanda baby tetap sayang cintai.
6. Ini surat cinta kerana sememangnya kita sedang, masih & akan tetap bercinta.
7. Ini surat cinta kerana pernikahan kita sudah menjangkau 12 tahun pada hari ni.




8.  Pertama kali dalam sejarah, baby are reading this long entry coz today is our day.
9.  Pertama kali dalam sejarah, hati ini sedikit kecewa kerana tak dapat menyambutnya sehari suntuk dengan baby. Tak dapat balik awal dari office !!!! 
10. Pertama kali secara umum, sayang kongsi bersama dengan yang lain
11. Baby istimewa kerna baby penyayang walaupun adakalanya kurang penyabar
12. Baby istimewa kerna baby pengasih walaupun adakalanya cepat tersalah
13. Baby istimewa kerna baby pendiam walaupun sering galak tertawa
14. Baby istimewa kerna baby pencinta dan pembela isterimu
15. Baby istimewa kerna baby pendukung dan penghulu kepada sebuah pernikahan.


16. Dalam perjalanan kita, baby meredhai setiap langkah isterimu
17. Dalam perjalanan kita, baby merestui kasih sayang tak berbelah bahagi
18. Dalam perjalanan kita, baby memberi segala walaupun dalam hati ada lara
19. Dalam perjalanan kita, baby tidak pernah putus melemparkan benih cinta
20. Dalam perjalanan kita, baby adalah watak utama.


21. Kepada Allah semua mendoakan berpanjangan umurmu
22. Kepada Allah semua mendoakan perkahwinan mu
23. Kepada Allah semua mendoakan redha hidup anak isterimu
24. Kepada Allah semua mendoakan kelimpahan rezeki.
25. Kepada Allah semua mendoakan kamulah yang terbaik di mata keluargamu


26. Bila nama isterimu dibenam, kau bangunkan yang terselut
27. Bila anak-anakmu terluka, kau tangkis memberi semangat
28. Bila keluargamu diracik, kau balas menyalakan azimat
29. Bila jatuh duduk isterimu, kau padamkan tangis yang panjang
30. Bila seringgit duit mu tinggal, berdua kita sesama merasa


31. Kalau bukan kerana suami, tiadalah seorang isteri
32. Kalau bukan kerana baby , tiadalah seorang puteri
33. Kalau bukan kerana ibu mengandungkanmu, tiadalah  kamu di muka bumi
34. Kalau bukan kerana abah, tak mungkin hidup bersengkang mata
35. Kalau bukan kerana cinta, kita tiada dalam ikatan ini.


36. Kau tetap yang teristimewa dihati ini walaupun jiwaku sering terguris.
37. Kau tetap yang teristimewa walaupun rintihan ini tidak pernah kau dengari.
38. Kau tetap yang teristimewa walaupun bukan cintaku yang pertama
39. Kau tetap kukasihi walaupun 'dia' sedang mencuba untuk mencuri hati lelakimu.
40. Kau tetap kukasihi walaupun wujudnya pelbagai ‘kehebatan’ yang hadir dalam kanvas kehidupanku.
41. Kau tetap kukasihi walaupun ‘dia’ disana tidak sama sekali menyenangi.
42. Kau tetap kukasihi walaupun ‘dia’ disana sering membenci.
43. Kau tetap kukasihi walaupun adakalanya kau tidak menyedari.
44. Kau tetap kukasihi walaupun aku seringkali terpaksa menyendiri.
45. Kau tetap kukasihi walaupun dirimu adakalanya ‘jauh’ dari capaian.
46. Kau tetap kukasihi walaupun ‘hujan’ seringkali membanjiri kolam hati.
47. Kau tetap yang teristimewa walau apa jua rintangan yang bakal berlaku
48. Dan kamu istimewa hari ini, kerna kamu disayangi oleh seluruh keluarga di Rain City
49. Dan kamu istimewa kerna hari ini adalah hari ulangtahun pernikahan kita yang ke 12. Semoga pernikahan ini diberkati serta dilindungi.

50. Dan KERANA AKU TELAH KAU PILIH, LANTAS ENGKAU SETIA KUKASIH...

DIA YANG TERLALU ISTIMEWA.... AHMAD KAMAL @ MY BABY



*** Thanks to RM for this idea...Love You :) ***

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...