Wednesday, December 08, 2010

The Next Three Days

TOUCHING !!!

Setelah berminggu-minggu aku langsung tak berkesempatan nak menjenguk GSC... last week aku cilok sat kesana. Tengok 'The Next Three Days.

Memang berbaloi-baloi weh...2 jam lebih movie dia. Kisah keluarga yang cukup menyentuh perasaan. Sayangnya si suami pada isteri tidak dapat digambarkan dengan kata-kata...

You should watch this movie.... sikit jer lagi nak tangkap leleh beb.....

Ko nak sentap?? ada aku kisah???

Ko rasa ko kayo...ada berjuta lagi manusia yang kayo dari ko
Ko naik keta mewah... ada beribu-ribu lagi manusia yang ada keta lebih canggih manggih dari ko
Ko rasa ko lawo... berjuta lagi manusia yang lebih lawo dari ko
ko rasa laki ko hensem.... ramai lagi laki laki orang lain yang hensem dari laki ko....

Aku bukan apa...cuma a bit meluat dengan sorang 'pompuan gegeh' ni yang aku jumpa a few time minggu lepas. mak aiii...cakap dia....Ya Rabbi.... sungguh bongkak, angkuh & riaknya.... Walhal rasanya tak la sekaya mana sangat pun. Hubby dia aku rasa tak la riak macam tu... Biasa-biasa saja. Agaknya itulah contoh manusia yang boleh dikatakan 'lupa daratan'.... 

Kita nak hidup tak lama... jangan asyik memandang bintang dilangit...rumput dibumi kita tak pandang langsung. Jangan sebab dah selalu makan western food... daging cincang RM6 sekilo kita tengok dengan penuh jijik... jangan sebab dah selalu sangat makan healty food... perut lembu kita tengok kotor...

Hidup ni bagaikan roda yang berputar...tak esok lusa mesti sampai turn kita berada dibawah. Muhasabahlah diri dengan sebaiknya. Tak mustahil sekarang kita pakai baju RM150 sehelai, jangan tiba suatu masa, kita terpaksa menyarungkan baju RM 2.00 dek kerana keangkuhan, sikap bongkak serta riak kita memakan diri sendiri....

Sama-samalh kita renung dan fikirkan...
Wallahualam....





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...