Friday, August 05, 2011

Penjawat Awam Dapat Bonus 2 Bulan...????

Hahahahaha.... Raya sakan ler dema....
Tapi... bior le apa yang bakal diperolehi itu berpatutan dengan kualiti kerja yang disalurkan kepada rakyat. Jangan la buat kerja dengan konsep " Kerja ke... tak kerja ker... cukup bulan on 25hb dapat gaji " .... 

Kalau penjawat awam yang berkaitan dengan isu KESIHATAN (Kementerian Kesihatan Malaysia) & KESELAMATAN (Polis, Bomba, Air Force, Navy... )  worth it la kalau 5 - 6 bulan sekalipun. Sebab tugas-tugas mereka melibatkan NYAWA manusia dan KESELAMATAN rakyat... tak kira la apa condition sekalipun. Ni just kalau 'supporting staff' contohnya macam kerani, perunding, Pembantu Tadbir, Customer services....layak ke dapat imbuhan yang sama macam mereka-mereka yang memang rakyat tak boleh hidup aman tanpanya? Aku menulis bukan kerana aku tak dapat bonus tersebut ataupun bukan sebab aku apply kerja gomen tak dapat-dapat... hahahah...(apasal la gomen tak offer aku kerja ngan dema? sure boleh jadik pekerja paling berdedikasi...  hikhihhihkhk) 

Ianya berdasarkan fakta mengikut logic akal... Tengok macam pekerja swasta... bonus diberikan mengikut kualiti kerja serta level tanggungjawab. Bukan main pukul rata... itu baru adil. Sebab yang bekerja itu manusia... ada tinggi rendah... bukan mesin yang kita boleh setkan bila nak start bila nak stop.

Sepatutnya memang kena ada beza. Tak boleh main pukul rata memandangkan risiko kerja yang berbeza serta knowledge yang berbeza diantara Jabatan-Jabatan yang tersenarai. Banyak lagi pihak-pihak yang memerlukan bantuan kewangan yang sepatutnya kita lebih prihatin. 

Renung-renungkan.

Rujuk kepada akhbar untuk maklumat lanjut dengan clik :-
Disclaimer :
Entry diatas adalah berdasarkan pendapat peribadi. Tidak bertujuan untuk menyokong mahupun membantah mana-mana pihak. Merujuk kepada Berita Sinar pada 8am, 5/8/2011 - Berkenaan proposal Ceupacs untuk 2 bulan bonus untuk penjawat awam. Mana-mana pihak yang tersinggung, penulis memohon maaf.

May Allah Bless...


Kasut Raya.... yeh yeh.. nak raya....

Bersemangat benau aku nak menyambut raya tahun ni. Bestnya... Minggu depan baru nak tengok kasut raya kakak...sebelum tu kasut raya ibu dah standby lama dah.... Since a few month ago... :-)
Kasut raya baby? tak payahlah sebab kasut baby dah ada 2 pasang yang still new... Camel & Adidas... mamat tu memang jarang beli membeli nih... tapi sekali beli... 'membunuh'.... hahahahaha... So, tahun ni kasut raya sayang ngan kakak udah ler...

High Heel.
Salah satu jenis kasut yang amat-amat menyenangkan kaki aku untuk menapak. It's a signal for your confident eventho akan menyebabkan kita sakit belakang kalau memakainya dalam jangkamasa yang lama. Aku tak kata yang berkasut rata itu tak ada keyakinan. It's depends on individu actually. Ikut keselesaan masing-masing. Sometimes berselipar itu lebih baik untuk kesihatan tulang belakang. But now we are talking about high heel . Definasi yang berbeza. 

Jenis high heel, brand, structure, material, shape. Semua memainkan element penting dalam menjadikan high heel itu selesa untuk dipakai. Biasanya dan lazimnya, high heel di counter-counter like Vincci, NYC, Bonia, Sembonia merupakan sebahagian daripada brand yang memasarkan high heel yang berkualiti dan selesa. Mungkin a bit pricey... but untuk diri sendiri rasanya itu tak menjadi isu besar. Kalau ko tengok high heel yang dijual dipasar2 malam. Harga beza la dalam 20 - 30 ringgit, tapi kualiti mak datuk..... kedaung. Pakai sebulan dua  ko kena let go kat Majlis Bandaran dah.... Bukan aku menghina high heel pasar malam..terpulang pada diri sendiri nak yang mana.... just wanna to compare the quality berdasarkan pengalaman dan pendapat aku... Sometimes harga high heel yang branded ni lebih murah dari pasar malam. Itu ko Kena tunggu mega sales, then beli. Barulah worth it. For the examples, kasut Bonia ni aku ada 2 pasang, same type, same design. Satu aku dah balun cukup2... still ok lagi kasut tu. Dan satu lagi simpan untuk raya. Harga sepasang after less is RM76.00. Mahal? Wei... Bonia beb... Bonia... Bukan Bosnia. Itu after less 60%.... Aku beli yang 1st pada bulan February 2011 & the 2nd one aku angkut on April 2011. Sodap giler pakai kasut tu... 

VINCCI.... Aku tak banyak kasut brand ni. Ada la 4-5 pasang aku rasa campur dengan 2 pasang yang dah berhabuk dalam almari kasut. Ada sepasang aku beli ngan harga RM15 ja... yang itu Oya nak mengorat pakai time raya. :-) Tinggi wooooo.... tutup depan lagik. Vinnci raya ni ni aku nak match ngan handbag Guess aku yang gedabak tu. Also for raya... :-) - RM 49.95 after less 50%..

Haa.... jangan pulak ko mengamuk kat sugar daddy, sugar mummy, suami orang, isteri orang or anak-anak ikan... atau kekasih gelap ko dengan hentak-hentak kaki nak benda-benda branded... beli guna duit sendiri la wei... baru berkat. :-) ...  Jangan pulak nak kikis orang sana sini yer.... Ataupun.. pujuk-pujuklah Mr. Hubby sendiri untuk belikan....  Bukan pujuk hubby orang..... kah kah kah....

Walaupun their colour a bit different... hentam sajalah labu.... janji RAYA ...!!! Baju raya aku masih kat tailor lagi...hadoiiii....
SALAM LEBARAN.....

May Allah Bless....







LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...