Wednesday, October 27, 2010

Berebut Anak... Anak Yang Jadi Mangsa...!!!

Aidil - Rita....Apa dah jadi?

Masa nikah dulu pernah tak berebut itu ini? Janji sehidup semati... bersumpah setia... makan pun kalau boleh nak sepinggan...nak berkongsi straw...bila dah tak sehaluan, anak pulak yang jadi mangsa dan perasaannya perlu dikorbankan kerana keegoan mak ayah? Tak fikir ke perasaan ibu yang mengandungkan sembilan bulan sepuluh hari? Kehulu kehilir mengusung perut yang memboyot? tak terfikir ke perasaan sang ayah yang bersengakang mata mencari rezeki??

Si suami ni janganlah dok mengikut telunjuk mak bapak lagi dah... awak tu dah berkeluarga, dah ada tanggunjawab pada anak isteri. Mereka tu amanah dari tuhan tahu?? Kahwinlah sepuluh kali pun...tapi kalau pemikiran tu masih dibawah ketiak mak...hancur lebur rumahtangga...

Si isteri pulak, jangan sebab awak tu celebriti, sesedap mulut sesuka hati je exposed cerita rumahtangga kat newpapers...orang newspaper ni suka sangat la cita hot-hot rumahtangga yang tunggu masa nak runtuh... bukan sebab kesiankan awak yang mengadu, nak lakukan akhbar mereka adalah...sendiri mau ingat la wei...

Pada kita-kita yang bukan sapa-sapa melainkan hambaNYA yang cukup kerdil dan lemah... pandai-pandailah menjadi nakhoda pada rumahtangga dan jadilah seorang isteri yang menerima suami kita dengan seadanya. Dan berfikirlah bahawa kita ni siapa yang hendak complaint itu ini tentang anugerah serta pinjaman yang ALLAH dah berikan pada kita? Nyawa kita sendiri pun hanya pinjaman semata-mata...

LU PIKIRLAH SENDIRI BEB....

Western Food @ Pacific Prai

MAKAN TIMEEEEEEEEEEEEE....

Uish....gila ko...punya la berlemak tepunya food aku for lunch hari jumaat lepas. Tak tahu la kenapa aku ngan Anum (member opis aku - bujang lagi but dah ada orang booking dah...heheheheh a.k.a nak kahwin dah....eppy for her) boleh makan chiken chop lak tengah hari tu. Bigggggggggggg quantity lol....

Kenyang sampai ke petang. Aku baru je 1st time makan western food kat Pacific ni. kalau idok....makan sizzling ja. Simple food but still heavy I think.... What do u think...??


Sekali sekala makan cenggini oklah...but tak boleh makan selalu. Itu mentekedarah namanya. Kalau ko nak body jadik macam anak dinasour...ha...boleh la makan ni 44 hari berturut-turut...

Kot ya pun tak jadi anak dinasour...ko jadi tetamu kehormat kat IJN....ko tak tahu IJN tu apo? ish.... Institut Jantung Negara la.... Sebulan sekali ko nak makan benda2 cenggini, aku rasa orait la kot...but jangan selalu. Not so good....

Bila makan benda-benda mewah camni aku teringat kat orang-orang yang kurang mampu dan tak berupaya... jangankan nak makan chiken chop, nak makan ayam goreng kunyit pun berfikir banyak kali. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada... Kalau kita fikir kita susah...ramai lagi yang lebih susah diluar sana.

Caldina - Cerita Sebuah Kehidupan - Part 3

We continue again about Dr. Caldina punya al-kisah...

Kaum Lelaki ni kalau korang nak tahu, dari pandangan matanya ko leh agak apa yang ada dalam hatinya. Suka ke, ceria ke, duka atau pilu. It's transparent. kan aku ada cakap yang lelaki atau suami ni macam baby...macam budak kecik. So, kalau emosi si anak ko macam mana ketika itu, sure ko dapat baca kan??

Belajarlah untuk menghargai apa juga yang diberikan oleh suami atau isteri anda. Bukan harga yang menjadi ukuran, tetapi 'ingatan' serta 'kasih sayang' yang terzahir melalui setiap pemberian itulah yang patut dinikmati dan disyukuri dengan sewajarnya...

I tahu you pernah 'kecil hati', pernah 'terluka'... tapi you perlu ingat Dr... anggaplah kebahagian itu akan datang pada you dalam waktu yang terdekat walaupun kita tak tahu bila. Then baru you boleh mengubati hati lelaki you yang pernah retak dek peristiwa yang lalu. Tapi you juga perlu ingat, bahawa isteri itu bukanlah hak milik, tetapi anugerah yang diberikan oleh Allah pada you. Bentuklah ia, pujuklah ia serta didiklah ia sepertimana yang you mahu. Sepertima yang sepatutnya seorang suami mendidik, membentuk serta memujuk seorang isteri. Tidak kiralah setinggi mana pangkat, kedudukan serta taraf seorang isteri, SYURGANYA TETAP PADA SEORANG SUAMI....

Kerana I cukup pasti, 'dia' memerlukan sedikit peluang dan ruang. Sepertimana yang I pernah kata, kita perlu membahagiakan diri kita terlebih dahulu, sebelum membahagiakan orang lain. Are u?
I tak pasti samaada you membaca blog I, sebab I juga tidak pasti apa ekspresi wajah u tatkala kisah ini i loretkan. Just wanna share something with others untuk dijadikan panduan serta rujukan dalam mengharungi bahtera rumahtangga yang tidak selalunya indah dan tidak pula selalunya kelam.

Perkahwinan itu datang secara pakej Dr.... you nak ya 'B' tetapi sometimes u get 'A'... Tak semua yang kita nak tu kita akan dapat. Allah maha mengetahui segala sesuatu. Dan i cukup pasti, waktu you mungkin membaca coretan ini, you sudah bahagia dengan kehidupan you sekarang. Mungkin faktor usia, anak-anak yang menjadi tunggak kepada kebahagian you itu Dr...

Dan faktor umur juga bukanlah penentu kepada kematangan seseorang manusia. Ianya banyak bergantung kepada pengalaman, pergaulan serta taraf pemikiran seseorang manusia. This story will be continue @ caldina - Cerita Sebuah Kehidupan - Part 4.... Insyaallah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...