Wednesday, October 27, 2010

Berebut Anak... Anak Yang Jadi Mangsa...!!!

Aidil - Rita....Apa dah jadi?

Masa nikah dulu pernah tak berebut itu ini? Janji sehidup semati... bersumpah setia... makan pun kalau boleh nak sepinggan...nak berkongsi straw...bila dah tak sehaluan, anak pulak yang jadi mangsa dan perasaannya perlu dikorbankan kerana keegoan mak ayah? Tak fikir ke perasaan ibu yang mengandungkan sembilan bulan sepuluh hari? Kehulu kehilir mengusung perut yang memboyot? tak terfikir ke perasaan sang ayah yang bersengakang mata mencari rezeki??

Si suami ni janganlah dok mengikut telunjuk mak bapak lagi dah... awak tu dah berkeluarga, dah ada tanggunjawab pada anak isteri. Mereka tu amanah dari tuhan tahu?? Kahwinlah sepuluh kali pun...tapi kalau pemikiran tu masih dibawah ketiak mak...hancur lebur rumahtangga...

Si isteri pulak, jangan sebab awak tu celebriti, sesedap mulut sesuka hati je exposed cerita rumahtangga kat newpapers...orang newspaper ni suka sangat la cita hot-hot rumahtangga yang tunggu masa nak runtuh... bukan sebab kesiankan awak yang mengadu, nak lakukan akhbar mereka adalah...sendiri mau ingat la wei...

Pada kita-kita yang bukan sapa-sapa melainkan hambaNYA yang cukup kerdil dan lemah... pandai-pandailah menjadi nakhoda pada rumahtangga dan jadilah seorang isteri yang menerima suami kita dengan seadanya. Dan berfikirlah bahawa kita ni siapa yang hendak complaint itu ini tentang anugerah serta pinjaman yang ALLAH dah berikan pada kita? Nyawa kita sendiri pun hanya pinjaman semata-mata...

LU PIKIRLAH SENDIRI BEB....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...