Knowing SalTesoro

Salam Perkenalan....

Dilahirkan pada 16hb Julai, 1977 dan telah diikat dengan lafazan IJAB & KABUL dengan seorang lelaki yang dinamakan 'BABY' didalam blog ini dan telah dianugerahkan gelaran seorang isteri pada tahun 1998 ketika berusia 21 tahun. Bertemu dengan cinta hatinya pada lewat 2006 sewaktu melanjutkan pelajaran dalam bidang Mould & Dies Design. 

Beliau telah dikurniakan dengan seorang puteri tunggal yang kini berusia sebelas tahun yang digelarkan sebagai 'KAKAK' didalam blog ini. Segala lakaran pahit manis kakak sewaktu membesar dari seorang bayi sehingga dewasa akan berada didalam blog ini sebagai tanda ingatan serta kenangan hidup beliau.


Anak sulung dari tiga beradik yang mana telah kehilangan ayah tercinta pada tahun 2006 akibat pendarahan dalam otak dan kini, masih mempunyai seorang ibu yang disayangi sepenuh jiwa dan raga.


Disclaimer: 
Semua entries telah disiapkan dan diset ke auto publish setiap malam, entries yang anda baca di siang hari, adalah kejadian yang berlaku sehari atau beberapa hari sebelum dipublishkan
Sekurang-kurangnya 3-4 entries telah disetkan ke auto publish dari malam hari ataupun bila SalTesoro ada kelapangan, untuk publishing setiap siang hari. AutoPublish SalTesoro tidak bertanggungjawab atas mana-mana pihak yang menggunakan intipati dan setiap isi kandung di dalam setiap entries, baik untuk kegunaan peribadi mahupun awam.
Saltesoro.blogspot.com adalah sebuah blog peribadi, tidak melibatkan hal politik, mahupun individu. Sekiranya ada yang terasa hati, terguris rasa, SalTesoro ingin memohon ampun dan maaf. 
Blog ini adalah blog milik seorang anak, isteri dan ibu. Hormatilah hak Saltesoro sebagai seorang manusia dan hambaNYA. Yang baik itu datanganya daripada ALLAH dan yang buruk itu sudah pastinya datang dari kita selaku manusia.




Salam Sayang & Salam Ukhwah


SalTesoro
http://saltesoro.blogspot.com
diormiracle@gmail.com



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...