Thursday, May 19, 2011

NUR KASIH THE MOVIE....

Hhuhuhuhhuuhuh... sedey...sedey...sedey bangat citernyer..... huhuhuhuhuu

Tapi kan... aku tak la sampai tangkap leleh lagi.... aku kan tabah emosinyer....
Kome tengok ler sendiri yer... tak der kuasa teman nak cerita2... sob...sob...sob....
(sedey tak abeh lagi daaaaaa)

Thanks a lot to baby yang sponsor ticket Nur Kasih The Movie....



P/S : Baby... citer KARAK next week... sponsor eh...???? muahahahah....

May Allah Bless....

Tuesday, May 17, 2011

Benarkah Mak Ayah boleh dibeli?

Kepada yang membaca entry ni, fikir-fikirkan dan renung, kaji serta ambil sebagai satu pendapat supaya ianya tidak terus kekal dari generasi ke generasi.... Think...!!! Aku menulis berdasarkan pemerhatian dan pemikiran aku sendiri. Lihat, Kaji & Fikir... You'll find the answer.


BENARKAH MAK AYAH BOLEH DIBELI...??
Dulu memang mustahil... but sekarang... tak ada yang mustahil lagi dah....
You ada duit... Mak Bapak pun you boleh beli. That is true. Maksud aku... you boleh beli jiwa mak bapak you dengan duit. Bukan pegi beli kat Jusco ataupun Tesco.... Gila ke hapa....

Tak percaya? hahahaha... tengok sekeliling dan kaji. Anak mana yang bagi lebih banyak RM.... anak mana yang senang lenang...Anak mana yang naik keta mewah kehulu kehilir... Haaa.... anak itulah yang akan diberikan perhatian yang lebih.... eventho apa yg anak itu kata tak berapa nak betul pun, mak bapak yang jiwanya dah dibeli tadi akan angguk angguk jer... no geleng geleng.... sebab apa no geleng-geleng? sebab mak ayah tadi dah dicurahkan dengan duit ringgit....So.. condition ni tak sama ke macam 'Mak Bapak Yang Boleh Dibeli'??

Pada anak yang tak berapa nak 'lepas bernafas' pulak.... mak bapak yang jiwa serta maruahnya boleh dijual beli ini tadi akan buat endah tak endah... just gitu-gitu je. Maklumlah, naik keta buruk (tunggu masa nak di let go kat keling botol jer...), kerja gitu-gitu ja... makan pakai ala kadar....mak bapak tadi pun layanlah ala kadar ja... sebab, nak ovious layan gitu-gitu sgt pun, segan kot org keliling yang memandang dan dah jadi resam... dalam dunia ni mak bapak manalah yang tak sayang kat anak kan... (tolak kes yg dok buang2 bayi tu wokay... itu lain cerita...) Just manis mulut sebab tak nak lah orang keliling nampak sangat yang they'll ignore this kind of kids. Tak percaya? Tengok sekeliling anda... kawan-kawan, saudara mara, sepupu sepapat.... ada terjadi benda-benda ni. Sebab apa... ni zaman DUIT... maruah manusia dah boleh dijual beli dengan DUIT. tak percaya? ko tajamkan sedikit je deria penglihatan, kaji sikit dan FIKIR...!!

Please, please. please & please... dont ever we do the sama thing to our kids. Jadilah orang yang cerdik walaupun anda tidaklah sepandai mana.... sebab... anak itu adalah AMANAH.... Bukan untuk dibeza-bezakan. Bukan juga untuk dibuat perbandingan...

Kita boleh tahu ke, anak yang kaya raya tu akan hadiahkan Al-Fatihah kat kita bila kita dah tak ada lagi nanti? Ataupun Anak yang papa kedana tu jugak ke yang sanggup berulang-alik membersihkan kubur kita dan menghadiahkan surah Yasin untuk kita nanti?? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Macamana anak nak menghormati diri anda sekiranya anda sendiri tidak pernah menghormati dirinya sebagai seorang anak??? Bagaimana anak akan bertutur sebaik mungkin terhadap anda sekiranya anda sendiri sering menghamburkan kata-kata kesat serta nista kepada anak anda? 

May Allah Show You The Way... Insyaallah....



Sunday, May 08, 2011

Moh ke Secret Recipe kiter

Peristiwa ni berlaku on 1st April, 2011...

Aku jenjalan di Jusco. Not with my hubby means ALONE. Cari apa? Mr. Hubby nak makan Sizling curry & the rest aku memang kaki merayap. Bukan lipas bukan juga cicak woman. Aku ke Jusco hari tu sebab nak kena amik signature ketot. Siapa ketot? hahahah... about this person aku akan publish bila aku dah ready. Sshhhh... ada gossip panas weih....


Usai buying sizzling curry for Mr. Hubby, aku merayap again, melangkah ke dihadapan secret recipe menjadikan anak tekak ku minta diisi dengan sesuatu yang dinamakan Chocolate Indulgence. Sedap gilerrrrr...
Ater....dari lunch tadi tak makan apa-apa sampai ke petang, ko ingat perut aku leh tahan? kereta pun kalau tak isi minyak... maunya mampus koma semua cukup, tambahan pulak manusia macam aku nih. Sendiri mau hingat la yer.... heheheheheh

Chocolate Indulgence & Black Pepper Chicken Rice menjadi rezekiku untuk hari itu. Alhamdulillah...

May Allah Bless...



Saturday, May 07, 2011

Kenapa Aku Suka Make Up...??? - Part 1

KENAPA AKU SUKA MEKAP....???

Jangan ko bagi soklan-soklan bodo macam ni kat aku. Soklan-soklan bingai macam ni memang aku malas bebenor ler nak melayan.

Dah nama pun perempuan kan... ater... Perempuan pemalas je malas nak layan muka belai wajah dengan make up. Sometimes... or we can say 'always'.. people will judge you from the face. Orang akan pandang muka dulu. Kalau muka berjelaga, pucat lesi, tak berseri... apa orang yang memandang tu akan cakap..??? dia akan cakap...eeeiiii... pemalasnya perempuan nih.... bedak pun tak pakai...sengkek sangat ke hubby dia nak beli bedak kat dia??

Aku sering bermekap bukan sebab apa... cuba bayangkan ko keluar somewhere & terjumpa dengan kawan-kawan hubby ko... muka ko pulak macam baru bangun tidur... tak fresh langsung... tak termasuk lagi dengan jerawat jeragat yang setia menemani....sapa yang malu? ko memang la tak malu... tapi laki ko?? memang la dia tak kisah... sebab dia tak kisahlah... ko pun buat tak kisah ngan muka ko?? macam tu?? Eeeiiii.... please la...

Bukan ko kena beli mekap mahal-mahal...cukuplah sekadar yang ko termampu.... Jangan nak tiru orang sana sini... orang pakai Dior... kita nak pakai Dior... orang pakai Lancome... kita nak pakai jugak.... be yourself... Jangan pulak ko tengok aku dok publish entry mekap aku yang dibeli di counter ... ko pun meruntun-runtun laki ko suruh beli.... weh... aku beli pun use my own money wokay.... untuk laki aku jugak.... muahahahaah....

Yes... I'm using a branded mekap. Itu aku tak nafi. Beza memang la berbeza dengan mekap kat watson or Guardians...sometimes aku tenyeh jugak Elianto punya brands... but..depends on ur budget la... Aku beli pun atas izin hubby aku and use my own money. Dulu memang tak mimpi pun nak pakai semua ni... but as we already know... rezeki Allah nak bagi...sapa kita nak pertikai....?? Bukan membazir... but I prefer for the quality. Ko beli barang rega 10 hengget... ko nak harap quality macam barang 200 hengget.... tak dapat la chek oiiii...

To Be Continue.....

May Allah Bless....


Tanda Isteri Yang Durhaka...

Sharing Is Caring....

Tanda
ISTERI DERHAKA
Kita jangan keliru, apabila wanita disebut sebagai isteri, bukanlah untuk merendahkan taraf wanita itu. Ia adalah sebagai suatu jaminan hak supaya mereka itu dipelihara, dilindungi dan dibela dengan baik oleh suami.
Seorang isteri tentulah mempunyai tugas dan tanggungjawab terhadap suami. Tanggungjawab ini adalah suatu perkara yang serius dan tidak boleh diabai-abaikan. Isteri yang mengabaikannya senang mendapat laknat dan dikhuatiri termasuk ke dalam kategori isteri derhaka.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh ‘Aisyah Radhiallahu ‘Anha bermaksud:
"Aku pernah bertanya kepada Baginda: "Siapakah orang yang paling berhak ke atas isteri ?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak kepada isteri ialah suaminya". Kemudian aku bertanya lagi :"Dan siapakah orang yang paling berhak ke atas suami?" Baginda menjawab:"Orang yang paling berhak ke atas seorang suami ialah ibu kandungnya."
(Riwayat Bazar dan al-Hakim)
Dalam sebuah hadis yang lain pula Baginda bersabda bermaksud: "Sekiranya aku dibenarkan untuk memerintahkan seseorang bersujud kepada orang lain nescaya aku perintahkan seorang isteri bersujud kepada suaminya."
(Riwayat Tirmizi dab Ibnu Hibban)

Jika ada para isteri yang tidak menunaikan tanggungjawabnya kepada suami dengan sebaik-baiknya, dan menganggap tanggungjawab terhadap suami itu hanya membebankan dan menyusahkan dirinya, maka isteri yang sedemikian itu dikhuatiri termasuk di dalam kategori isteri yang menderhaka atau nusyuz.
Apakah ciri atau tanda isteri yang derhaka itu? Ini perlu diketahui semata-mata untuk dijadikan langkah waspada agar para isteri terhindar daripadanya. Berikut diketengahkan antara ciri atau tanda isteri derhaka:
Tidak mensyukuri kebaikan yang dilakukan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud: "Aku lihat api neraka, tidak pernah aku melihatnya seperti hari ini, kerana ada pemandangan yang dahsyat di dalamnya. Telah aku saksikan kebanyakan ahli neraka ialah wanita. Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam ditanya: "Mengapa demikian ya Rasulullah?" Baginda menjawab: "Wanita mengkufurkan suaminya dan mangkufurkan ihsannya. Jikalau engkau berbuat baik kepadanya seberapa banyak pun dia masih belum merasa berpuas hati dan merasa cukup."
(Riwayat al-Bukhari)
Dalam hadis yang lain Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda bermaksud:
"Kebanyakan ahli neraka adalah terdiri daripada kaum wanita." Maka menangislah mereka dan bertanya salah seorang daripada mereka: "Mengapa terjadi demikian, adakah kerana mereka berzina atau membunuh anak atau kafir ?" Baginda menjawab : "Tidak, mereka ini ialah mereka yang menggunakan lidah menyakiti hati suami dan tidak bersyukur akan nikmat yang disediakan oleh suaminya."
(Riwayat Muslim)
Ibnu ‘Asakir pula menyebut: "Apabila seorang isteri berkata kepada suaminya, aku belum pun melihat atau merasa nikmat pemberian daripadamu, maka ketika itu gugurlah segala pahala amalan kebajikannya."
Menyakiti hati suami
Isteri yang suka menyakiti hati suami akan menerima balasan buruk sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: " Seorang wanita menyakiti suaminya, maka isterinya yang bidadari itu berkata: Janganlah kamu menyakitinya semoga Allah mengutukmu, kerana dia (suami) itu disampingmu hanyalah sebagai orang asing yang akan berpisah denganmu menuju kami."
(Riwayat Ibnu Majah)
Puasa sunat tanpa keizinan suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam: "Tidak boleh seorang isteri mengerjakan puasa sunat, jika suaminya ada dirumah, serta tidak dengan izinnya dan tidak boleh memasukkan seorang lelaki ke rumahnya dengan tidak izin suaminya."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Keluar rumah tanpa izin suami
"Apabila perempuan keluar rumah, sedangkan suaminya membencinya, dia dilaknat oleh semua malaikat di langit, dan semua apa yang dilaluinya selain daripada jin dan manusia sehingga dia kembali."
(Diriwayatkan oleh Thabarani di dalam al-Awsat)
Meminta cerai daripada suami
Sabda Rasulallah sallallahu ‘Alaihi Wasallam bermaksud:
"Mana-mana isteri yang meminta suaminya menceraikannya dengan tiada sebab yang dibenarkan oleh syara’ haram baginya bau syurga."
(Riwayat Abu Daud dan Tirmizi)
Isteri yang tidak menunaikan hajat suami
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam:
"Apabila memanggil suami akan isterinya ke tempat tidur, tetapi ditolaknya sehingga marahlah suaminya, maka akan tidurlah wanita itu di dalam laknat malaikat sehingga ke pagi."
(Riwayat Bukhari dan Muslim)
Demikian sebahagian daripada ciri-ciri atau tanda isteri derhaka dan balasan buruk yang akan diterima di akhirat nanti. Semoga ianya akan memberikan manfaat dan kesedaran bagi kita semua, khususnya kaum isteri.




May Allah Bless...



Anak Ulat...

Thanks A Lots...


May Allah Bless... for both life....

Gaya Orang Merajuk Tak Dapat Slipar.....

Lorrr.....
Inilah ghopa orang merajuk... asyik layan game kat Xperia je la... kahahahahaha.... monyok je muka sebelum masuk cinema hari tu... nengok cita Red Riding Hood @ GSC Sunway Carnival.


Cenggini puncanya...

"Abang nak cari slipar la yang..." Kata Mr. Hubby padaku.
"Ok... slipar macam mana?"
"Slipar nak pakai hari-hari la..."

Dia merajuk bukan sebab tak ada slipar yang dia berkenan...cuma kualiti not so good... adidas lak dah ado 2 pasang...Nike dia tak minat...so nak buat apa banyak-banyak pasang brand yang sama kan..?? So, len kali je la tengok slipar baby.. lagipun, baby mana pakai slipar kalau keluar, kebanyakkan acara kan baby suka pakai kasut..?? So, kita boli selipar jepun udah ler yer.... muahahahaha....

You have to know that... I'll always LOVE u....


May Allah Bless.... for both of us...



Estee Lauder

Moh citer pasal make up....
Bulan May dah nak masuk tengah-tengah dah... ni 1st entry aku untuk bulan May 2011... boleh sangat la kalu korang imagine betapa malasnya aku lately nih.... Sampai Oya gemuk dah merungut... jemu baca entry yang samaaaa jerrrr....

So, last 2 week aku redeem coupon Bonuslink, dapat la RM50 hengget. Dicampur pulak dengan coupon RM20 yang aku dapat masa beli Bedak Lancome Maqui Blanc Mircle aritu... so, inilah yang aku dapat rembat.... eyeshadow grey colour from Estee Lauder (RM70)

Nice colour. Long lasting. Casing yang cantikkkkk bangat. Kecik comey....
Actually... Brand Estee Lauder ni yang aku boleh tahan pakai pun eyeshadow & blusher dia sahaja. The rest macam lipstick, gloss, hampessss... tak sesuai langsung ngan bibirku. mengelupas beb...

Kalau terasa nak meminjam, nak menerai..... boleh jer... but, I'll put to ur eye by myself... sebab aku ni kan cermat.... bukan main asal tengeh dan gonyoh jer.... ukiran kat surface dia pun tak luak sama sekali walaupun hari-hari aku buat smokey eyes.... heheheheh....

Nak pinjam?? do call my PA yor.... muahahahahah...

May Allah Bless...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...