Wednesday, September 14, 2011

Cinta

CINTA -

Ayat keramat yang sering membuatkan kita tersenyum. Kehadiran CINTA merupakan frasa yang terindah dalam kamus kehidupan kita yang bernama manusia. CINTA melambangkan kasih sayang, pengorbanan, kerinduan serta keinginan untuk memiliki dan dimiliki.

CINTA juga sering dikaitkan dengan tidak bermata. CINTA tak pernah mengenal siapa, bila, dimana, mengapa. CINTA juga seringkali menjadikan kita alpa dan leka dengan keindahan perasaan. Lupa pada alam sekeliling. Kenapa CINTA itu hadir tatkala tidak diundang dan pergi tatkala hadirnya membawa bahagia? Ceritera CINTA adakalanya tak masuk diakal. Mengapa perlu dikejar CINTA yang bukan milik kita? Mengapa sering meratap hiba tatkala CINTA itu sememangnya terlalu payah untuk dizahirkan lantaran perbezaan agama, darjat serta status diri? Mungkin juga CINTA yang hadir itu sekadar ujian untuk melihat sehebat mana CINTA yang sedia ada itu bertahta dihati?

Perlukah, wajarkah, berbaloikah memusnahkan dua CINTA yang sedia ada semata-mata mahu membina sebuah CINTA yang belum tentu ada bahagianya? belum tentu ada keikhlasannya? Belum tentu CINTA itu hingga kehujung nyawa...?

Pada aku, cukuplah disini. Menyintai dan dicintai oleh seorang khalifah yang menjadi nadi pada kehidupanku, sudah cukup untuk mendefinasikan pengertian CINTA pada diriku. Jatuh CINTA itu mudah, namun untuk mempertahankan CINTA itu adalah sesuatu yang bukan mudah.... memerlukan pengertian, adunan serta timbang tara yang betul dan seimbang...

CINTA - Hiduplah dihati kami suami isteri diiringi dengan keredhaanNYA....





Nasi Ayam For Mr.Hubby

Pepagi hari... @ 7.15am aku dah merempit dengan moto Honda Cup lama milik Mr.Hubby. Hoi... terketaq-ketaq weih bawak moto... udah ler tadak lesen moto... jalan raya pulak humak aiiiii... sibuk ngalahkan highway PLUS time raya....

Tujuanku dengan ikhlas sepenuh hati bahkan melimpah ruah... memboli ayam untuk dibuat nasi ayam pada Mr.Hubby. heheheheh... apa punya ayat derrrr.... @ 8.00am aku selamat tiba kembali di rumah bersama seekor ayam yang telah disembelih... hahahahah... takkan balik dengan ayam yang kena langgor pulak kan?

Sambil masak nasi ayam, sambil aku dok update segala mak neka cerpen yang aku nak email kat Karangkraf petang sat lagi. Dok terperap dalam lappy pun tadak guna jugak... hahahhah... Sotong sekilo masih setia menanti dalam singki.. malehnyerrrrrr.....

Nak load gambo sotong ker gambo ayam? Ker gambo aku? Ker gambo DRC? hahahah... Gulp... Gambo DRC? huiks..... nak mampos lima nam kali? ker nak kena flying kick laju-laju pat belas kali???? tak bleh...tak bleh....apa pun tak boleh !!!! hahahahahah

Btw... DRC dah selamat kembali ke tanahair.... touchdown bumi Malaysia terchenta jer terus text aku kata dah selamat mendarat... apadeheiiii.... Souvernier nyer mana??? hahahahah....

Hamik koooo...gambo sotong yang menunggu dengan penuh setia untuk dibersihkan.....






Benda tu ada @ Parkson Sunway Carnival

Yes....
Aku dah tahu dah.. memang confirm benda alah tu ado kat Parkson  Sunway Carnival.... hish hish hish... yang aku risaukan sangat-sangat.... figure dia tak sama..... tak sama sama sekali.... huwaaaaa

Nanti nak kena gi sekali lagi ngan Mr. Hubby... senang sikit nak choose which one.... benda dah nak jadik... what can I do? Itu je yang termampu... semoga segalanya dipermudahkan....

Apa dia? Tak abeh-abeh berahsia...
Kena la berahsia sikit... nak bukak nak citer suma... apa yang tinggal kat aku???
hahahahah...

Photo dah ado...
Tinggal nak donlod jer... tungguuuuuuuu.....


Frozen

Ha... Frozen...

Cita ni aku cakap ko.... berbulan-bulan aku mencari DVD nyer. Gila ko...penang tak masuk cita ni. Takkanlah aku nak mencerapak gi KLCC semata-mata nak tengok cita nih. Aku tengok trailer dia best gilerrrrr....

Dah memang pun aku minat ngan genre cita-cita suspen cenggini.
Ha..... puas mencari disana sini. last-last member office aku ajar aku cara-cara nak donlod....
jeng jeng jeng....dah jadik sawan mendonlod la pulak. - ni early last year punya cerita derrrr....

Pastu pulak last month dah kuar kat HBO weih... best best best.... Ko check ler sendiri timetable HBO for this movie.... takkanlah aku nak kena semak satu-satu timetable HBO then publish kat sini ye dak?

Happy HBO @ Home Box Office... - siap leh promote ASTRO ko..... hahahahah

One Bad Human Behaviour...

Lately Sometimes...
A coffee talk with someone @ Subway Autocity this evening.... Dia akan mengeluarkan soalan-soalan yang mewakili ujian.... hahahahha... UPSR? PMR? SPM? 1119?
Noooo lah....

Topic untuk meeting kali ni adalah ... Bab Cret-Cret...
A part of our discussion :
Kekadang, kita nak tahu seseorang tu jujur atau tidak dengan kita... just ask them a simple question or just create one fake situation which is yang menampakkan a little bit of our naive side...yang menampakkan seolah-olah kita ni tak pandai itu dan ini. Yang membayangkan kita ni ngong-ngong sket... Yang membayangkan kita ni tak tahu langsung perihal semasa kununnyer & hal ehwal dunia am-nya.... muahahahaha

Then... u will know... seseorang tu boleh dipercayai atau tak. Jenis yang tikam belakang atau tak... jenis yang lidah bercabang atau tak... or... jenis yang kita perlu 'more more more' careful bila berdepan dengan mereka-mereka ini atau tak.... - berapa banyak jenis manusia daaaaaaa.... :-)

I'm glad because aku dah jumpa bermacam-macam jenis manusia. Thanks for the valuable experience. So, setakat nak cret-cret kencing sama aku tu.... aku dah boleh tahu dah. So simple. Take it or leave it. Life is short & dont ever miserable our life with those yang suka sangat la cret-cret orang.... 

Moral of the story is.... Jangan suker Cret-cret... sebab bila cret-cret terbongkar.... manusia mana la nak percaya sama ko lagi.... tenggiling pon lom tentu nak percaya... hahahahah....

Well well well... thanks for the Sandwich yer.... sesekali lepaks dengan manusia yang sekepala, memang happening.....

May Allah Bless....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...