Inilah 2 rakan baikku sejak hari Isnin yang lepas. sakit perut yang memulas-mulas. Diserikan lagi dengan cirit birit yang tak henti. Tali perut macam dipulas-pulas bagaikan tuala basah. Memang best punya la feel dia. Kat office sahaja hari tu aku 'melaburkan' saham ada la kot 23 kali. Semua ni penangan char kuew teaw yang hubby aku makan malam tu. Aku cuma makan saki bakinya sahaja. Bukan bersungguh pun makan. & Nahhhhh... hamik ko.... 23 kali !!! tak termasuk saham-saham yang dilaburkan kat rumah lagi. Makin meningkat tua ni makin sensetif la pulak perut aku.
Ko kalau nak makan char kueh teaw ke.... kerang rebus ke... kalau kat kedai tu tengok-tengok sama. aku rasa kerang dia hari tu tak berapa masak or tak berapa fresh rasanya. Sebab tu perut aku rejectttt.... Hadoi