Friday, April 13, 2012

Subhanallah... - Part 1

Belajar bila tak tahu.

Luasnya Ilmu Allah... jika dikaji diteliti, betapa kerdilnya aku selaku hamba. Sering alpa dan terlupa bahawa masih banyak liku-liku yang harus ditempuh dalam mencari keredhaanNYA. Masih banyak manusia-manusia yang sama sekali akan mencabar kewarasan aku dalam mencari kasihNYA. 

Firstly, 
All the sweetest memory is starting on January 18, 2012. Which is I'm starting to close totally of my aurat. Alhamdulillah. Kerana ada sahabat-sahabat yang turut sama menadah tangan memanjatkan syukur diatas perubahan yang berlaku. Sahabat-sahabat yang selalu memperdengarkan alunan zikir munajat didalam jiwaku. Alhamdulillah. 

2nd,
Aku juga manusia. Manusia yang peka dan perlu buka mata pada alam sekeliling. Ada kerlingan-kerlingan ketidakselesaan diatas berubahnya penampilan diri aku. Kata sahabat, Aku perlu kuat dalam menahan tamparan dari orang-orang TERDEKAT yang sememangnya akan rasa tercabar dan tercalar dek tindakan aku. Itu tanggungjawab aku pada Agama. Tanggungjawab aku pada suami. Bukankan menutup aurat itu sesuatu yang wajib? Salahkah aku berstokin berhijap labuh bersarung tangan dengan sewajarnya? sehingga perlian demi perlian dipamer dalam Facebook? Ya.. aku jahil.... Kalam Allah sendiri masih merangkak-rangkak. Salah siapa dulu? Bukan salah siapa-siapa untuk aku nyatakan disini. Tak perlu diungkit kesilapan orang tua kerana itu kelemahan mereka selaku hamba.  Cuma, fahamilah. Aku masih dalam proses untuk mencari redhaNYA. Aku bersyukur. Amat-amat bersyukur bilamana kenikmatan itu datang mengetuk pintu hati, tatkala usia belum mencecah 35 tahun. Cukup-cukuplah dengan segala dosa dan kealpaan yang mengelilingi aku. Bukan berlagak alim sepertimana yang dicanang oleh segelintir darah dagingku sendiri... cuma, perempuan itu tak tahu betapa manisnya rasa yang aku alami. Betapa sempurnanya rasa yang Allah pinjamkan padaku. Baru belajar Ilmu Agama sikit, dah berlagak pandai.... itu sebahagian dari kata-kata nista yang segelintir darah dagingku tujukan padaku. Walaupun secara halus, namun, Allah menganugerahkan akal untuk kita menilai dan berfikir. kenapa? perlu sakit hati sangat? Jika arwah abah masih hidup, Arwah abah tentunya akan merasa bangga dengan along. Along dah jumpa apa yang dicari selama ini. 

3rd,
Hina sangatkah perubahan yang aku alami? Jahil sangatkah aku sehingga tidak layak mencari Ilmu Allah sehingga kata-kata nista dilemparkan padaku oleh perempuan itu? Doa sudah sering aku tujukan agar dia berubah. Tidak perlu memperli segala bagai... tidak perlu menghina dalam pujian. Namun sia-sia. Cukuplah setakat itu sahaja namanya berada didalam doaku. Akan aku buang jauh-jauh namanya agar segala perlian, sindiran serta jelinganya tidak menjadi kudis pada amalan-amalan ku yang akan datang. Biar aku terus buang agar namanya tidak menjadi penghalang pada niat tujuanku. 

4th,
Aku tahu, sejak dari hari yang bertarikh 18 Januari, ada yang akan mula jauh. Ada yang akan mula memandang dengan kerlingan tidak selesa. Dan sudah pasti ada yang akan mengeluarkan kata-kata nista segala bagai. Kalau you nak bukak, nak tayang apa yang tak sepatutnya ditayang, aku tak pernah kisah sebab bukan aku yang menanggung. Arwah abah yang kena tempias. Fikir-fikirkan. Tak perlu menilai sejauh mana tahap iman aku, sejauh mana tahap arifnya aku tentang ilmu Allah. Sehingga apa yang berlaku padaku dipandang keji. Dipandang bagaikan aku berpura-pura alim dan beriman. Itu urusan aku dengan pencipta. Dia maha mengetahui isi rasa hatiku. Ikhlasnya aku, tawaduknya aku... hanya Hak dia. Bukan kamu. Walhal suami serta anak gadisku bersyukur dan gembira bilamana aku berhijrah. Itu sudah cukup memadai. Indahnya rasa serta perasaan itu. Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya. 

To be continue.
May Allah Bless...












LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...