Sunday, August 26, 2012

Aidilfitri 2012 - Part 2 - Bertudung Labuh??

Bertudung Labuh...

Moh sambung citer tadi...
Haa... pelik sangat ke bila aku bertudung labuh? Ish... tak ada yang pelik aku rasa. Nak kata kolot? Mungkin pada sesetengah orang ianya memang nampak kolot, tak up to date bagai. But ada aku kisah??? Aku semakin selesa dengan cara yang sebegini. Jangan kita ingat yang orang bertudung labuh ni semuanya baik... dan yang bertudung biasa-biasa itu tak baik... Masing-masing mempunyai kelebihan masing2 yang perlu diteliti. Aku sendiri tak rasa iman didalam diri sudah sempurna dengan bertudung labuh. Masih banyak kelemahan yang perlu aku tampung sedikit demi sedikit, Insyaallah.

Dan aku cukup-cukup tak selesa bila ada sahaja soalan2 cepumas yang bertandang di gegendang telinga aku pada 1 Syawal yang lalu. Bertanya bilakah hidayah ini mengetuk diri dan bertandang didalam hati? Aku tak ada jawapan untuk soalan itu kerana padaku, ini mungkin hidayah, dan mungkin jaga dugaan dan ujian yang Allah turunkan padaku. 

Menutup aurat dengan sempurna adalah satu tuntutan. Benda yang wajib untuk dilaksanakan. Bukan  satu perkara yang perlu dibuat pertimbangan mahupun pilihan. Dah kalam Allah memaktubkan menutup aurat itu suatu perkara yang wajib, untuk apa lagi persoalan demi persoalan itu tadi? Cukuplah sekadar ucapan kalimah 'Alhamdulillah' dan mendoakan agar aku istiqomah dalam melaksanakan perkara yang dituntut ini. Itu sudah memadai. Itu sudah cukup membahagiakan aku.

Aku bertudung labuh kini, bukan bermakna aku tidak boleh kembali untuk bertudung seperti sebelum  ini. Selagi aku pasti ianya masih menutup aurat dan mengikut syariat yang digariskan, tidak ada dalil yang menyatakan  si bertudung labuh tidak boleh mengenakan tudung bawal atau tudung indon yang ada 'awning' macam kebanyakkan orang pakai. Selagi ianya menutupi bahagian dada, tak ada salahnya utnuk bertukar-tukar penampilan. Ada sesetengah pendapat menyatakan bahawa, si bertudung labuh sudah tidak boleh mengenakan tudung bawal or tudung indon itu kembali... perlu terus memakai tudung labuh bidang 60 buat selamanya. Atau diri akan di cop sebagai tidak istiqomah dalam bertudung. Ish ish ish.... jangan cetekkan pemikiran. Kaji semula apa fungsi hijab dan tudung sebagaimanakah yang mengikuti syariat. 

Apa jua yang kita pakai, banyak mana yang kita belit lilit kepala dengan tudung, rujuklah pada syariat yang telah digariskan. Pedulikkan dengan kata-kata orang. Asalkan kita tahu apa yang kita pakai itu betul dan menepati syarat-syarat menutup aurat.... go on. Tak kiralah tudung yang kita pakai tu bidang 60 ke... bidang 50 ke... tudung indon ke... tudung jawa ke... tudung siam ke.... JANJI MENUTUP AURAT !! itu yang perlu diutamakan.

Continue to part 3 :-)
May Allah Bless.


p/s : Part 3 maybe a little bit late because aku perlu menaip melalui PDA. Mata tak betah tengok lappy lama-lama.... Mokcik kan dah tua.... hahahahahah....















No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...