Saturday, October 29, 2011

The Walking Dead


Patutlah ASTRO promo cita ni merata-rata. Memang besh ghupanya. Citer zombie. Aku pun tengok secara tak sengaja last week. Siri terkini episod 2 musim ke 2 aku tak sempat tengok malam tadi sebab Mr.Hubby conquer tv tengok Dragon Balls. Hadoiiii... So, kena tunggu tayangan ulangan after lunch nanti. Berdebar-debar  yunk sebab tengok cita zombie sorang-sorang. kalau kat cinema feel dia lain.... kat umah sengsorang feel dia lain....



CSI aku dah stop follow dah. Makin mengarut-ngarut jalan cerita dia. Dan dah terlalu lama rasanya SCI's on the AXN. Asyik muka yang sama jer... nak la jugak tangok muka hero lain kat CSI tu.

Zombie Kampung Pisang? ke Wlking Dead? :-)




Friday, October 28, 2011

Haiyohhhh...Sangat Stress Woihhhh....

Eeeeeeee......
Nasib baik baking chocolate moist petang tadi menjadi. Terubat la sikit hati. Bila stress... aku ngap ngap ngap. Mr. Hubby kata sedap.... DRC kata nak order masa dia balik raya haji nanti...Hoi... tengok gambo je boleh tau ke sedap ke idok? ampehssss la you.... hak hak hak... mana bleh buat jual lagi... baru 1st time buat lol....

Hadoiiii....
Kadang-kala manusia terlupa untuk membezakan yang mana penting, yang mana sunat, yang mana wajib, yang mana keperluan, yang mana harus, yang mana TAK PENTING sama sekali... Ayat pun dah tunggang terbalik dah...memanmg aku stress...

Dia aku perlu dulukan dari semua-semua.... Dia aku perlu merujuk dari segala segi... Dia berada dihadapan pada setiap gerak langkahku. Tolonglah. Fahami dan mengertilah bahawa Dia mempunyai kuasa mutlak keatas diriku, keatas seluruh jiwa ragaku. Bukannya payah pun untuk memahami. Belajar untuk bertoleransi. Belajar untuk memahami dan belajar untuk berfikiran secara TERBUKA! Itu sahaja. Kerana aku mahu keredhaanNYA melalui DIA. Jangan selalu sangat letakkan aku dalam dilema serba salah. Kerana kesabaran manusia ada batas. Penerimaan manusia juga ada batas. Manis masin pahit hati manusia juga ada batas sebelum ianya menjadi tawar. Susah untuk aku berkata-kata. Bersuara salah, tak bersuara pun salah, Bersuara aku tetap nampak salah, tak bersuara pun aku juga yang nampak salah.... lantaran, apa tindakan yang perlu aku ambil ??

Perlu ke diutamakan pada sesuatu yang kurang penting berbanding dengan periuk nasi kita sendiri? Cuba cerita... things happen with a reason wokay..... tak luak tak bertambah kalau aku ada atau tak ada..... periuk nasi itu lebih penting untuk diutamakan disebabkan deadline yang menghimpit kerana December hanya tinggal sebulan sahaja lagi.... Bukan sengaja atau suka suka untuk menghindari Walimatul Urus.... tanggungjawab sudah terpikul dibahu untuk merealisasikan deadline yang berkait rapat dengan kepercayaan serta amanah yang diberikan pada Mr.Hubby...Arahan untuk menyiapakan dateline dah keluar sebulan yang lalu...Iaitu 2 minggu sebelum undangan walimatul urus itu aku terima. Yang pasti, bukan aku sengaja.... Tolonglah faham pada yang nak faham.... Pada yang tak pernah cuba untuk faham... aku tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak....

May Allah Bless....





Thursday, October 27, 2011

Tak Nak Anak???

"Emm... tak nak tambah anak lagi ke?"
"Planning ke?"
"Tak try berubat ke?"
"Memang tak nak anak lagi dah ke?"
"Ada problem kesuburan ke?"

Hah... kadang-kala soalan-soalan ni yang membuatkan aku sedikit panazzzzz..... Mentang-mentang la kakak dah nak masuk 13 tahun on 2012... adakalanya masih ada soalan bodoh ni diutarakan pada aku. Apa punya bodoh bangang punya soalan pun aku tak tahu la. Biasanya soalan-soalan ni orang yang tak cerdik tak pandai dan tertutup pemikirannya sahaja yang selalu dok tanya bab-bab anak ni.... Tak pun jenis yang tak der kojer dok amik tahu pasal hal rumahtangga orang lain.... ampehsssss....

Yeap... mungkin juga yang dok sibuk bertanya tu tujuan dia ikhlas, nak ambil berat. But... this is sensitive issue for some people. Kena tengok pada keadaan, masa dan tempat untuk bertanya. Sebab bab ni aku kira dah masuk bab personal individu beb...

We back to the point sebab apa entry ni aku publish :-
Sapa la yang menikah dan kawin secara sah yang tak nak anak? cer bagitahu aku. Sapa? Sapa? Dari 100 kapel.... mungkin ada la 1 atau 2 yang kahwin atas sebab nak teman sekatil tapi tak nak anak. Lagi 99 atau 98 orang tentu nakkan zuriat sebagai pengambung waris keturunan. Apa dema ingat bila 'bersama' 24 jam 7 hari seminggu lepas tu coih... terbit sorang... balun hujung tahun coih bulan August terbit sorang...balun minggu ni bulan depan kompom pegnen. Soalan bodoh dan soalan bangang sangat-sangat bodoh dan bangang sangat sangat sangat !!!

Orang yang bertanya tu lupa atau tak gheti gamaknya.... soal anak tu urusan Allah. Sapa la kita nak pertikai kenapa Allah tak bagi kita anak... kenapa anak dia sorang ja... kenapa sipolan tu lambat benau nak lekatnya...kenapa ya.. air mani suami dia tak subur ker? atau isteri dia mandul?.kenapa itu kenapa ini.... dan bila anak sipolan tu berderet macam gerabak keretapi... kondem pulak...eeee...ramainya anak dia..  boleh ke bela anak berduyun-duyun dengan gaji ciput? ha...ramai2 tu nanti, berterabur la jawabnya....hah... macam tu pulak dah?

Dah sah sah kalau kapel tu menikah cara SAH... memang la salah satu tujuan depa menikah tu nakkan zuriat... tak payah la sibuk sibuk nak tanya 'eh... sipolan ni tak lekat lagi ke?' , 'eh...depa tu memang  tak nak anak lagi dah ke?' , 'eh...dema tu dok merancang ke?' .... aku kan... semakin hari semakin pantang bila orang tanya bab anak nih... silap haribulan... mau jer bagi penampor laju laju 20 das kat muka orang yang bertanya tu...

Dah bukan rezeki aku untuk dikurniakan dengan anak yang berduyun-duyun... Allah dah bagi sorang tu pun dah cukup syukur rahmat, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku dan Mr.Hubby. So... kalau kita nak tanya orang lain tentang soalan-soalan bodoh seperti diatas, berfikirlah banyak kali dulu sebab soalan-soalan tu mungkin mengguris perasaan mereka yang dah bertahun kahwin, namun belum dikurniakan zuriat. Perasaan mereka yang hanya ada seorang sahaja permata hati, perasaan mereka-mereka yang teringin sangat merasa denyut nadi sikecil dalam rahim mereka...sebab segalanya terletak pada rezeki masing-masing. Terletak pada kuasa Allah segalanya. Siapa kita nak mempersoalkan ketentuan Allah? 
Fikir-fikirkan....

May Allah Bless...







Monday, October 24, 2011

Facebook Account

It's DONE !!!
:-)...^__^

Really need to seperate the Facebook Account. Bila dah seperate account ni, baru I feel free to download all my personal picture, family picture, family activity to Facebook. Yelah... mana tahu kot-kot ada terlepas picture tak bertudung ke... haaaaa... at least it was among the family member only. Senang nak monitor sebab adik beradik aku, kazen-kazen aku, ipar-ipar duai... idak ler ramai mana.... less than 50 in total. Kan senang nak manage tu.... Kalau in main account... gilos! beratus2 manusia dalam tu... dan kalau diteliti... picture aku dalam main account is less than 10 pcs ! hahahaha... mana besh kan kan kan???

Lagi satu, aku tak rasa yang Facebook ni bagus sangat-sangat.. yes.. it's was a good tools. A good communication medium, ONLY to whom that really know how to manage it with proper attitude. Dari gambar-gambar, post yang ditulis kat wall, tag photo, all people can see. can judge. Can go through to our personal life.  Ha.... nilah beza antara kita ngan artis... hak hak hak... PRIVACY masih lagi menjadi milik kita yang mutlak. cer perasan jap jadi orang gelemer konon-kononnya.... hak hak hak...

Well well well...
Proses meng-upload photo-photo yang terperam lama dalam external hard dics ke dalam my new Facebook Account sedang berlangsung. yey yey.... Pearl lake City hujan daaaa.... need to stop internet connection for a while... ^__^

Ha... Angah gumok... Yan... Oya...dan kazen-kazen ku... kindly accept my friend request ya.... ^__^

May Allah Bless...



Sunday, October 23, 2011

RnR Tapah

Perbualan antara seorang mak sedara dan seorang anak menakan....

Oya     :  Adik... Cuya lapaq ler....
Kakak :  Ha.. nak makan apa?
Oya     : Entahlah.... Adik lapaq dak...
Kakak : On diet la... Ha..gigit ja tiang kat RnR Tapah ni Oya oiiii...gigit lah... bior patah suma gigi... rongak cam gigi orang tua, leh pakai gigi palsu...bila dah pakai gigi palsu.... leh ler pakai POLIDENT !!!!


Hahahahaha...
Along blur... jumpa gambo Oya dengan muka lapaq....
Publish je la....
Hak Hak Hak....





Tuesday, October 18, 2011

SimplySity Eyeshadow

Ha.... ni lah sebab aku malas/serba salah/ bengang / buhsan benar nak beli make up cokia brands...
Bukan aku nak berlagak... pandang rendah or menghina cokia brands... tapi... eeeeeee..... low quality....
Not on the product... but on the packaging.... %$%%^(*))&%$#@!@#$%

Last 2 month aku berfoya-foya seorang diri @ Sunway Carnival. SimplySiti ada sale @ Watson. Eyeshadow RM12 hengget, beli satu percuma satu. Ok... nice colour. Beli & sampai terlupa nak pakai sebab duduk dalam almari.... Worth to try sebab murah dan quality not so bad. Yes...I consider Eyeshadow SimplySiti is cokia on packaging. So so cokia....

Thennnnn.... 
Semalam aku kemas la make up poach aku.... tup tup.....makkk aiiii... padeheiiii lakkkkk both of my SimplySity eyeshadow tercabut dari casing???? Hah.... ini yang buat aku serba tak berkenan.... In 2 It walaupun murah jugak...lagi murah dari SimplySity..  takder pulak nak tercabut bagai...bertahun aku dok guna. SimplySity baru seminggu dah tercabut???? adoiaiiiii..... 

Both tercabut serentak.. kalau satu je tu mungkin logic la jugak.. maybe gam tak kuat ker... tapi BOTH. That means memang kualiti on the packaging is cokia la kan kan kan? Texture eyeshadow dia ok... kalau markah penuh sepuluh, yag ni aku bagi la 6.5. Tok Ti kena improve ler packaging... Next time, memang aku befikir banyak kali ler sebelum beli eyeshadow cenggini....

I love my Estee Lauder..... Tahan bertahun.....







Bukannya Murah....

Dear Someone that far-far away....

Yes... I tak nafikan yang you perlu bayar harga yang amat mahal untuk bahagia. Tapi, tak perlulah sehingga diri you diperkotak katikkan demi untuk sebuah kebahagiaan yang belum tentu tulin. Tak perlu sehingga maruah you sebagai seorang suami sering tercabar dengan seribu satu sifat dan sikap yang tak seharusnya ada pada seorang wanita yang bergelar isteri. Tak perlulah sehingga airmata lelaki you sering sahaja mengalir lewat dinihari dek rasa terguris dan terkilan. Wake up dear... wake up!!

Kebahagiaan itu terlalu subjektif. Banyak definasi tentang bahagia yang perlu kita kupaskan satu persatu. Bohonglah jika I kata yang suami isteri tak pernah bergaduh, tak pernah bermasam muka dan tak pernah terkilan terguris. Memang semuanya itu amat melemaskan. The important thing is the way you recover... Honestly, I can't live without him. Lelaki yang serba serbinya sederhana itu menjadi nadi pada kehidupan I. Tidak boleh tidak. Bahagia itu terletak pada kita sendiri you...

You kena fikir, cara yang macam mana yang boleh buat you merasa bahagia, walaupun deep into your heart I tahu ada luka yang amat dalam. Ada rasa terkilan yang dah sebati dalam setiap titisan darah dan denyut nadi. You berakad nikah pada seorang perempuan yang bukan perempuan biasa. Jumpa di oversea lagi. Dan I cukup pasti cinta yang terjalin amat kuat sehingga kalian mampu untuk membina masjid di tanahair. Cuba ulang saat-saat sewaktu kalian masih bergelar penuntut... bukan Proffesor Madya .Dr.... Tentu masih ada sisa-sisa yang boleh dicantumkan dan menjadi sebuah arca yang indah.

Think out of the box ! You pandai bagi kata-kata semangat pada I untuk menyiapkan manuscript... but not for your own.... I have to wrote this before continuing my writing... really blurr.....

May Allah Bless....





Monday, October 10, 2011

Thanks a lots....

Event dah lepas sepuluh hari... baru aku berkesempatan untuk buat N3. Cerita dah basi daaaaaaa.....
Thanks to all te supporters. Special thanks to my lovely mom... angah, Oya, Yan & my sweet daughter, kakak yang bertungkus lumus menjayakan event do istana chenta baru-baru ni. Walaupun masing-masing tak cukup tidur, along dan abang ucapkan jutaan terima kasih diatas setiap bantuan dan sokongan. :-)

Yeaps.... 
After the event, entah kenapa aku rasakan istana chenta makin indah... makin berseri. Mungkin dengan kehadiran 3 ekor Si Red yang baru di kolam ikan kesayangan aku dan Mr.Hubby. Dan mungkin juga dengan adanya 2 pasu pokok gantung yang baru :-) I love my little castle soooo much. Alhamdulillah. Aku bersyukur dengan apa yang ada.... Dan aku bahagia... Kakak pulak nak balik stay here next year... insyaallah... semoga semuanya dipermudahkan. 

One of local uni again offer me to market their programme... but masih dalam peringkat perbincangan.... 
Amount dalam Nuffnang juga makin bertambah... Alhamdulillah... 

Syukur Ya Allah diatas setiap limpahan kasih sayangmu.... amin....

May Allah Bless... :-)









Tutup Blog? or Lock it?

Which one is better? Terminate the blog or lock it? Nantilah aku fikirkan... kepala pening & mata berpinar-pinar sebab dari pagi tadi mengadap lappy.... idea tengah banyak... need to pulun....

Jeles lagi???
Ish... sudah sudahlah....
Tak penat ker dengan sikap dengki dan iri hati tu? Kaki busuk punya worang....!!!!






Up to me lah.... Mengongsssss!!!

Dah 10 hari aku tak update blog. Bukan tak ada masa... bukan juga malas. Cuma buhsan dengan a 'few' person yang masuk blog aku... then pot pet pot pet mulut jamban dia bercerita kesana sini... kat orang tu kat orang ni... eeeee.... menci betul dengan mulut selipar jamban dia tu....

Ni ni ni... dengaq sini yer mulut slipar jamban.... tak ada sapa pun suruh baca kan? awak tu yang buta IT buta segala serbi jangan ler nak jeles.... hak hak hak... aku sukerrrr sangat dengan orang jeles-jeles nih... lagi aku nak tunjukkkk... lagi aku nak tayang.... you know... best tau tayang-tayang nih... and you know what.... my BLACKBERRY a.k.a new SMARTPHONE is on the way.... jeles? hahahaha.. pegi geget slipar jamban kasi putus.... ^__^

Lagi satu... aku cukup tak suka dengan manusia hipokrit yang suka sangat berlakon ngalahkan pemenang Grammy Awards... eeee... tak sesuai you.... depan kita punyalah baik...lemah lembut... amanah... jujur... ikhlas.... belakang kita... tuihhhh.... mulut slipar jamban dah sebesar perigi buta dah nampak gayanya.... hahahhaaha

Enough of stress....
I'll do the marketing for the Local Uni like before. Alhamdulillah.... :-)
You cemburu again??? hahahahahah....

Senyum ler.... jangan jeles2... sebab aura jeles tu terpancar diwajah mu... jangan ler nampak tua sebelum waktu..... :-)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...