Tuesday, October 12, 2010

Bagaimana Malaysia Nak Maju...Jika Pemikiran Rakyatnya Masih Mundur??

Ekekekekek..... Salam ceria SATU MALAYSIA.... Fuhh...semangat patriotik aku hari ni. Apa salahnya sesekali berjiwa SATU MALAYSIA....

Bercakap tentang satu Malaysia yang sering kita laungkan... pernah tak kita terfikir bahawa level pemikiran rakyat malaysia hari ni masih berada di takuk lama? a.k.a mundur.....

Bolehkah kita maju seiring dengan perubahan kemajuan pada negara yang pesat dibangunkan? Sebagai contoh... Tengok cara pemandu di Malaysia, di Penang amnya (Penang la...sebab aku duduk kat Penang....) Bawak keta berdesup desap... tidak menghormati pemandu lain. Kalau bagi signal nak masuk kanan....ko boleh tarik handbreak dulu,,,rehat-rehat kejap & baru boleh masuk jalan.... Dimanakah sifat bertolak ansur serta perikemanusiaan manusia yang 'nak maju' itu tadi? Penunggang motor pulak bersimpang siur...mentang-mentanglah dia kecik...ikut suka tokwan dia ja nak mencelah... Kalau dah jatuh satgi, ha...mulalah tunding sana sini menyalahkan orang lain....

Satu lagi ni ha....kat shopping-shopping kompleks....trolley bersepah-sepah di lot-lot parking. Walhal yang bershopping tu 99% orang yang cerdik-cerdik...orang yang bersekolah...orang bijak pandai... ada pernah ko tengok orang kureng siuman bershopping kat Tesco? Carrefour? Jusco? Ada ko tengok orang 3 suku dok membayor satu trolley penuh barang-barang dapur kat kaunter pembayaran??  Tadakkkkkkkkk..... Lepas bayor sesuka hati tokwan jer nak humban trolley kat lot-lot parking. Susah sangat ke eh nak letak trolley kat tempat yang sepatutnya?


So kesimpulannya.... kategori manusia yang bagaimanakah yang 'bertindak ikut suka tokwan' sebegini?? Fikir-fikirkan..... Dan bagaimanakah Malaysia nak maju jika pemikiran rakyatnya masih di takuk 'kurang cerdik'???

Bai Bai NV.....

Haaaa....Selamat Jalan Nouvelles Visages... bukan tak sudi, bukan dah membenci & bukan tak nak sokong perniagaan anak bangsa sendiri....cuma aku sedang bertransformasi...ekekekekeke..


Sebab-Sebab transformasi ini berlaku adalah :-
1) Muka aku dah naik 'weird' dan dah tak nampak 'natural' sejak dua menjak nih....before this aku dok guna dah 3 tahun, dan kulit muka aku rasa nipissssss semedang. Nipis & cerah semacam, tak match dengan kulit aku kat part lain....exspecially kat tangan dan kaki....

2) Bila aku blend dengan foundation, a few tompok2 still there...aiyooooo...time meeting la segan...orang tengok muka kita...bukan kaki or tangan....

3) Mukaku pedihhhhhh lately nih bila tonyoh toner A dan B Nouvelles Visages - adakah disebabkan hydrokinon???



Dan.....yang sebenarnya, aku rasa budget bulanan maintenance aku agak 'OK' dan 'terkawal' since pakai CLINIQUE...

sebab-sebabnya adalah:-
1) Botol dia gedabak-gedabak...400ml tonernya baru RM120, manakala 60ml untuk toner NV reganya dah RM60...untungkan CLINIQUE?

2) Sabun Mild CLINIQUE mesra alam...botolnya comel....rega RM78....dan aku leh pakai dekat 5-6 month.....aku sukerrrrrrrrr....

3) DERMATOLOGY TESTED !!! itu yang paling pentinggggggggggggg....

Korang tak nak menrai ke? singgah je kat mana-mana kaunte CLINIQUE, mintak sample & try it! But...depends on your skin jugak weih...aku dulu masa mula-mula pakai jerawat naik la jugak...but now, alhamdulillah....problem solved! Maybe sementara kulit nak menerima new product kot? 
Picture ni aku crop dri pic yang aku ada...almaklumlah, update blog time rehat kat opis...mana nak gagau botol tu kat opis nih...hihihi...itu yang picture panjang semacam tuh....asal korang dapat tengok macam mana Cleanser CLINIQUE tu ok lah iyo dok??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...