Wednesday, October 13, 2010

MIL vs Menantu - Part 1

Fuh....topic panas beb....


Ntah kenapa lepas makan tadi aku terfikir nak buat entry ni. Dan terlintas difikiran aku beberapa MIL kengkawan yang aku kenal secara langsung dan tak langsung yang berperangai agak 'kureng'...
Aku tahu ramai diluar sana yang 'not so close' with MIL. Anyway... sebab nak jaga hati para suamilah, setiap onar yang ditimbulkan oleh MIL yang 'kureng' itu ditelan oleh isteri-isteri. Cuba kita renungkan beberapa perkara seperti berikut untuk diambil sebagai iktibar agar kita tidak lakukan perkara yang sama terhadap anak menantu kita dimasa akan datang:-


1) MIL takut hartanya atau tanahnya yang sekangkang kera jatuh ketangan menantu. Walhal mak bapak menantu tu sendiri pun berlonggok harta tak habis makan tujuh keturunan!

2) MIL jenis kolot yang masih nak sibuk-sibuk menentukan jodoh anak-anak. Dia seakan terlupa bahawa jodoh pertemuan itu ketentuan Allah...bukan ketentuannya. Dan cuma tahu nak  meracuni rumahtangga anak menantu dengan menyatakan hajatnya yang tidak kesampaian. Dan memaklumkan pulak kepada menantu itu tadi yang dia sendiri sudah ada pilihan untuk anaknya....(Tak ke terluka & terhiris hati menantu tadi? )


3) MIL yang sering berpura-pura baik terhadap menantu bila berhadapan dengan anaknya pada satu masa. Menyembunyikan sifat buruk seorang MIL terhadap menantu.

4) Isu perbezaan negeri kelahiran serta asal usul mungkin menjadi punca perbalahan diantara MIL dan menantu. Cara hidup MIL dan menantu yang berbeza era dan zaman juga mungkin menjadi isu perbalahan.

5) MIL yang mengongkong anak lelakinya walaupun sudah bertahun anaknya mendirikan rumahtangga.

6) MIL yang tanpa sedar akan sikap buruknya itulah yang bakal meyumbang kepada kehancuran sebuah cinta..!!!



Enam perkara diatas sekadar pendapat peribadi berdasarkan cerita-cerita yang aku dengar, tengok dan teliti terhadap kehidupan insan-insan disekelilingku. Tapi harus diingat bahawa masih ramai lagi MIL yang menyayangi menantu lebih daripada anaknya sendiri. ( Like my mum...heheheheh)

Terpulanglah pada seorang MIL samaada nak membantu anak menantu agar memiliki rumahtangga yang bahagia ataupun tersenyum gumbira melihat keruntuhan rumahtangga anak menantunya..

To be continue....



BB Cream Etude House

Heboh tentang keunikan BB Cream. Aku nerai la jugak beberapa BB Cream yang ada dipasaran. Ada yang ok dan ada yang kureng. well....however, it's depends on your skin range actually.

BB Cream yang aku pernah nerai seperti Ettude House, The Face Shop & Silky Girl. Aku tengok yang Silky Girl a bit ok then the other 2 brand. Semalam aku jenjajan kat watson, nampak BB Cream Maybelline. Macam ok but aku belum ada keberanian nak nerai memandangkan muka aku dah sebati dengan Clinique product.



Anak Tak Guna

Inikah yang dikatakan anak tak mengenang budi? Atau Si Tanggang moden versi terbaharu? Cuba bayangkan manalah tahu ibunya nak ke Mekah dengan duit KWSP tu? Tak ke hancur hati seorang ibu? Kok iya pun nak sangat dengan duit tu... nak bayor hutang ke, bayor Along ke...walhal nak shopping sekalipun....mintaklah elok-elok dengan orang tua...tak banyak, sikit sure dia hulur.....ibu mana yang nak tengok anaknya sengsara? Cuba cari seluruh pelusok dunia... satu ibu yang nak biar tengok anakanya menderita. Takkkkkkkkann jumpa punya...

Dahlah anak tunggal kesayangan...menantu pulak yang turut sama bersekongkol... itu bukan menantu...tapi HANTU !!!!


Anak Tunggal Kebas Duit KWSP (Rujukan dari Harian METRO - 13/10/2010)
KUALA LUMPUR: Hancur luluh hati seorang ibu tunggal apabila mendapati wang caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) berjumlah ratusan ribu ringgit yang baru diperoleh apabila bersara selepas puluhan tahun bekerja lesap dari akaun banknya.
Lebih menyedihkan apabila pesara kilang elektronik berusia lewat 50-an itu mendapat tahu orang yang melesapkan wang RM117,000 itu ialah anak lelaki tunggal kesayangannya selepas melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di sebuah bank, di sini. 

Mangsa yang hanya menyedari kad mesin juruwang automatik (ATM) miliknya hilang baru-baru ini, membuat dua laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya dan Balai Polis Jinjang, dekat sini. 

Menurut sumber, sebaik melihat wajah anak lelaki dan menantunya bergembira mengeluarkan wang menggunakan kad ATM miliknya, wanita terbabit menangis teresak-esak, menggeletar seluruh tubuhnya dan hampir pengsan. 

“Wanita itu beristighfar panjang dan menjadi tidak keruan apabila rakaman terbabit menunjukkan anak dan menantunya berulang kali mengeluarkan wang simpanannya menerusi ATM daripada RM117,000 hingga tinggal RM15.44 sen,” katanya. 

Sumber itu berkata, mangsa sedih dan kecewa dengan perbuatan anak serta menantunya dan hasratnya untuk membeli rumah menggunakan wang KWSP itu tidak kesampaian. 

“Ketika mangsa membuat laporan, polis sudah mengesyaki kemungkinan keluarga terdekat melakukan perbuatan itu.

“Ini disebabkan dia kehilangan kad ATM yang disimpan di dalam tas tangannya. Bagaimanapun, wanita terbabit enggan menerima kemungkinan itu kerana menganggap anak tunggal kesayangannya itu tidak akan mengkhianatinya ,” katanya.

The Rain City Of Perak - Part 1

The Rain City Of Perak...
Bukan tempat aku berchenta...bukan tempat aku dibesarkan... ianya tempat aku dilahirkan...


Kat Taiping a.k.a 'the Rain City' (memandangkan selalu sangatttttt lah hujan mencurah di taiping) ada satu kedai makan yang cukup-cukup famos di amos... bertentangan dengan kedai makan ni merupakan Pasar Besar Taiping yang terbahagi dengan 2 bahagian... market ikan & market daging.


Kedai makan yang aku maksudkan adalah kedai makan 'Bismillah' yang mana dah bertapak di situ pada awal tahun 50-an lagi. Zaman mak aku budak-budak lagi dia dah dok pi makan kat sini. Uikhh.... roti canai dia memang ada classsss gitu.... kalau pergi makan kat sana, jangan lupa amik daging masak hitam dia, dicicah pulak dengan roti canai panas-panas dan garing. Phewittttt terangkat beb....




Cuba ko tengok dalam besen dia...abeh dah.... cepat betul weh...orang berduyun-duyun dok beratur tunggu meja kosong. Tunggu turn nak duduk... memang famos giler kedai ni.






Haa...yang ni pulak gambar jam besar Taiping dan dibelakang tu pasar ikan. Pasar daging tak nampak sebab  kedudukannya selari dan dipisahkan dengan jalan besar. Keta proton wira tu bukan untuk dijual yer.... cuma nak numpang glamer di blog aku kui kui kui...

Inilah diantara wajah-wajah insan-insan kesayanganku yang sedang menunggu turn untuk duduk makan di kedai 'Bismillah' ni. The blue shirt is my 'Baby a.k.a lovely hubby... & the yellow shirt is my angah a.k.a pak ngah Gumuk....hua hua hua....

Ko kena terai... alah...Taiping bukan jauh mana pun kan kan kan??? Naik kapai kebang lagi cepat kan kan? SO? tunggu apa lagik? makannnnn timeeeeeeee @ bismillah restaurant lol.....




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...