Tuesday, November 16, 2010

Bantuan Mangsa Banjir

SKUAD BANTUAN BANJIR....
Janganlah dok sibuk kisahkan parti apa yang membantu... jangan dikirakan sangat dengan kuantiti atau jenis bantuan yang kita nak hulurkan...tinggalkan seketika perbezaan agama....warna kulit serta taraf hidup...

Kita perlu fikirkan PERIKEMANUSIAAN tatkala rakan taulan senegara yang dilanda musibah. Dan sewaktu aku balik dari 'The Rain City' menuju ke 'Pearl Island'....aku terpandangkan satu kenderaan yang cukup menyentuh perasaan dihadapanku. Jangan ko tengok lambang parti dikenderaan itu kerana aku pasti...itu hanyalah sekadar lambang. Dan mungkin parti-parti yang lain juga sedang bertungkus lumus membantu mangsa-mangsa banjir demi sebuah hubungan yang dinamakan 'KEMANUSIAAN'.... 

Bersamalah kita berdoa supaya kita semua dilindungi dari sebarang kecelakaan dan musibah sepanjang perjalanan kita menuju padaNYA....

Cara Memikat Bakal Mertua - Part 1

Ada request from my little sister from Shah Alam...minta aku buat entry nih...
Ko pernah berchenta? sedah berchenta atau tengah frust menonggeng sebab putus chenta?
Cinta tu subjektif...bukan semua manusia mampu untuk merasakan indahnya sesuatu yang kita namakan CINTA...

Bila ko berchenta...sure ko terfikirkan untuk mengukuhkan tali percintaan itu dengan satu ikatan yang diredhai kan? lain la kalau ko bercinta tu semata-mata nak mengambil kesempatan, mengikis harta benda atau ada agenda-agenda lain yang tersembunyi. Allah maha mengetahui segala tiap sesuatu yang terlintas dihati kecil ko. Oleh itu, betulkan niat serta berserahlah segalanya kepada Allah.

Ok.... bercakap pasal mertua....
Family In Law ni pulak ada banyak jenis dan spesis. Ada yang boleh menerima ko dengan seadanya...ada jenis yang tengopk ko dengan 'hujung-hujung mata', ada yang jenis memilih, ada yang jenis mementingkan pendapat sendiri, dan ada juga mertua yang jenisnya suka mengontrol anak menantu sehingga ke cucu.

Tak kurang juga yang jenis menerima menantu lebih dari anak sendiri, jenis yang memang betul-betul mahukan kebahagiaan untuk anak menantu...ish ish ish...manusia ni ada bermacam jenis. Yang penting ko tahu siapa ko dan dimana ko berdiri. Jadilah diri sendiri tak kira setinggi mana kedudukan atau serendah mana kedudukan bakal mertua ko tu nanti. Just Be Yourself. Kerana kebahagiaan ko tu datangnya dari diri ko sendiri. Kalau mertua tak suka/tak berkenan kat ko....ko kena muhasabah diri, tanya pendapat orang tentang diri ko. Dan bila jawapan dah ada....& kalau sikap mertua tu sendiri yang terlalu memilih, terlalu pentingkan diri sendiri....then u should say..."ADA AKU KISAH???"

Ingatlah....mertua atau bakal mertua juga MANUSIA BIASA yang serba kekurangan. Serba lemah. Sama saja macam kita. Cuma mereka perlu lebih dihormati kerana mereka lebih tua tambahan pula memegang gelaran 'mertua'...Dan tak semestinya orang yang lebih berusia dan berumur ni tak melakukan kesilapan...aterrr....dah namanya manusia kan???

ADA AKU KISAH...????

To be Continue....

Keselesaan - Part 1

Let talk about 'Keselesaan'...
Kita akan rasa selesa bila dalam hati ada satu rasa 'menerima' yang ikhlas. kita juga akan rasa selesa bilamana kita rasa diri kita diterima dngan seadanya.

Aku akan kupaskan frasa 'keselesaan' menurut pemahaman aku yang tak seberapa ini. Otak ko secara otomatiknya akan dapat detect setiap keadaan yang sedang berlaku pada diri ko. Detect keadaan samaada ko selesa atau tidak dengan sesuatu perkara pada satu-satu masa. Bila ko rasa selesa, ko akan rasa tenang, keterbukaan serta rasa penerimaan ko juga akan timbul secara tak langsung.

Bila ko rasa selesaa untuk bercakap dengan seseorang walaupun orang itu baru ko kenali tak sampaipun setengah jam, ko akan bersedia untuk terus bercerita ataupun menjadi pendengar yang setia walaupun waktu itu perut ko dah menyanyi lagu 'keroncong untuk ana...', walaupun waktu iu genap 2 hari ko tak makan apa-apa.... ko akan sanggup tunggu dan terus mendengar walaupun topic yang dibincangkan itu dah lari dari tajuk or topic yang budak2 pun tanak dengor....

Jap weh....aku nak wat minute meeting jap...nanti aku sambung haaa...dont angry2 lol.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...