Monday, October 11, 2010

MIL vs Menantu - Part 2

Aku ingin berkongsi satu cerita bersama seorang kenalan yang namanya perlu aku rahsiakan. Sahabat ini aku namakan sebagai Alia. Ambil kisah ini sebagai pengajaran. Bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Fikirkan apa yang terbaik untuk hari tua kita selaku 'Future Mother In Law'....

Perkahwinan yang Alia bina bersama lelaki yang dicintainya hanya bahagia pada 2 tahun pertama perkahwinan. Cukup bahagia tambahan pula dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Namun, bahagia yang Alia rasa semakin pudar dek mulut mertua yang bagaikan tuba dalam perkahwinan mereka. Mertua Alia cukup sinis dan mengundang kebencian Alia hari demi hari.

Yang menyedihkan, MIL Alia ni pandai sangat-sangat berlakon. Depan anaknya, amboi mak...cakap sikit punya lembut dengan Alia. Dibelakang anaknya, siap tersenyum-senyum sinis lagi kat menantu. So...nak salahkan menantu yang kurang menghormati MIL atau MIL yang macam ntah apa-apa tu? Siapa yang patut dipersalahkan?

Oleh yang demikian, kita yang sedar akan akibat daripada berbisanya mulut, perlu mengambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita. Terimalah pilihan anak lelaki/perempuan kita dengan seadanya. Yang lepas biarlah lepas kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat anak kita. Siapa kita nak menyangkal jodoh yang Allah sudah tetapkan? Dan siapa kita yang cuba nak merobohkan rumahtangga anak menantu?

Memang kita boleh menggunakan kuasa veto kita sebagai ibu, tapi sanggup ke kita tidak dihormati dan dikasihi oleh menantu sepanjang sisa-sisa hayat kita yang tak seberapa ini nanti? Nak ke habiskan masa tua kita dengan tersenyum sinis pernuh lakonan terhadap menantu? Well... you choose...!!!

Exfloating Scrub Part 1

Last Saturday yang bersamaan dengan 03hb October, pagi tu aku dengan sengaja melepak sengsorang di Pacific Prai. Pepagi lagi dah menonong kat Pacific....eakakakakaka.... Huiks...dah seminggu baru aku load entry nih....sebagaimana yang korang tahu....aku kan masih baru disini.............

Alkisahnya nak mencari kain baju kurung untuk dipakai pada majlis bertandang ke rumah mertua adik aku pada 4/12/2010 nanti. Punyalah banyak baju kat nagoya Pacific tu. naik juling mata dok nengok. Cari punya cari....jumpalah dengan kain yang reganya semeter 7 hengget... aku rembat 5 meter memandangakan shape bodyku yang ala-ala Ziana Zain gituuuuuu....(sendiri mau paham yer....) dannnn...zapppppppppppp...aku menyambar lagi 2 pasang kain yang reganya 2 hengget semeter...again 5 meter + 5 meterlah.....

Selesai sudah acara memotong kain di Nagoya, aku bergerak laju je menuju ke kaunter CLINIQUE... haaa...ada pun si Yumi, amoi cina yang senang dibawak berunding.... sembang punya sembang mengabihkan air liur dan tanpa mengeluarkan sesen pun cash money, Yumi bagi sample untuk Exfloating Scrub. Mak datuk....nak kata sikit tak jugak dan nak kata banyak tak jugak...tapi pada aku banyak la jugak si amoi ni bekalkan untuk aku try kat umah. Gilo ko nak nerai kat situ? aku ni bertudung...susah la jugak nak nerai kat situ yang mana opennn tu public.... nak suruh baby aku ganyang? dok buka tudung sesuka hati...mana ngan hubby aku marah...mana ngan tuhan marah.....so...sample itu kubawak balik dengan gumbiranya..... Yumi pesan..........kalau scar pimple kat muka aku ni dah pudar....gitau kat dia.....okeh amoiiiiiiiiiii. Kataku dengan penuh senyuman....


Inilah ghupa nyer sample scrub yang Yumi bagi kat aku...banyak jugak...leh la pakai dalam 3 minggu macam tu. Pakai 2 kali jek dalam seminggu...jangan ko dok tonyoh hari-hari pulak.... hilang muko kalu dok tenyih hari-hari...but scrub dia memang best... ada mint-mint gitu....rega yang beso aku dah survey dah...RM90 hengget mcm tu.... Tunggu ko scrub...(bukan getah sekerap yerrr....) Ada budget aku zapppppppppppppp......

Ferrero Rocher & Coklat Chenta? - Part 1

Sewaktu berjalan-jalan di Tesco Bukit Mertajam minggu lepas, aku terpandangkan coklat Ferrero Rocher yang satu waktu dulunya mempunya satu kisah yang cukup memedihkan dan perlu diambil iktibar. Bukan kisah aku, but kisah seorang lecturer UTM Skudai yang aku kenal dengan agak rapat satu ketika dulu. Uiks....aku perlu mendapatkan keizinannya untuk memaparkan kisah itu disini terlebih dahulu.... Sabo yer...akan aku uploadkan bila lampu hijau dah menyala.....

Coklat Ferrero Rocher ni aku gelarkan sebagai 'Coklat Chenta' dimana ianya begitu sinonim dengan majlis-majlis perkahwinan dan dibuat sebagai hantaran. 


Ferrero Rocher is a spherical chocolate sweet made by Italian chocolatier Ferrero SpA, the producer of Tic Tac and Nutella. The sweets consist of a whole roasted hazelnut encased in a thin wafer shell filled with hazelnut cream and covered in milk chocolate and chopped hazelnuts and walnuts. The sweets each contain 69 calories, and are individually packaged inside a gold-coloured wrapper. Rocher actually comes from French and means "rock".[1] (Petikan dari Wikipedia)




Sebab coklat ni jugalah aku berjaya menyatukan kembali hati sepasang suami isteri (dengan IzinNYA) yang semakin jauh dek hambatan tugas serta perbezaan taraf kerjaya...jauh dek ruang masa yang terhad serta jauh dek keegoan yang tinggi. Pada aku coklat ni mempunyai satu 'rasa cinta' yang mengalir sewaktu mengunyahnya buat pertama kali...fuhhhh.....I love coklat.....


Entry ni aku publishkan sebab nak bercerita tentang hati yang kembali bersatu... kalau korang tingin nak makan coklat nih.....sendili pi beli lol......

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...