Monday, October 11, 2010

MIL vs Menantu - Part 2

Aku ingin berkongsi satu cerita bersama seorang kenalan yang namanya perlu aku rahsiakan. Sahabat ini aku namakan sebagai Alia. Ambil kisah ini sebagai pengajaran. Bukan untuk menjatuhkan sesiapa. Fikirkan apa yang terbaik untuk hari tua kita selaku 'Future Mother In Law'....

Perkahwinan yang Alia bina bersama lelaki yang dicintainya hanya bahagia pada 2 tahun pertama perkahwinan. Cukup bahagia tambahan pula dikurniakan seorang anak lelaki yang comel. Namun, bahagia yang Alia rasa semakin pudar dek mulut mertua yang bagaikan tuba dalam perkahwinan mereka. Mertua Alia cukup sinis dan mengundang kebencian Alia hari demi hari.

Yang menyedihkan, MIL Alia ni pandai sangat-sangat berlakon. Depan anaknya, amboi mak...cakap sikit punya lembut dengan Alia. Dibelakang anaknya, siap tersenyum-senyum sinis lagi kat menantu. So...nak salahkan menantu yang kurang menghormati MIL atau MIL yang macam ntah apa-apa tu? Siapa yang patut dipersalahkan?

Oleh yang demikian, kita yang sedar akan akibat daripada berbisanya mulut, perlu mengambil iktibar dari setiap kejadian yang berlaku disekeliling kita. Terimalah pilihan anak lelaki/perempuan kita dengan seadanya. Yang lepas biarlah lepas kerana Allah lebih tahu apa yang terbaik buat anak kita. Siapa kita nak menyangkal jodoh yang Allah sudah tetapkan? Dan siapa kita yang cuba nak merobohkan rumahtangga anak menantu?

Memang kita boleh menggunakan kuasa veto kita sebagai ibu, tapi sanggup ke kita tidak dihormati dan dikasihi oleh menantu sepanjang sisa-sisa hayat kita yang tak seberapa ini nanti? Nak ke habiskan masa tua kita dengan tersenyum sinis pernuh lakonan terhadap menantu? Well... you choose...!!!

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...