Saturday, October 16, 2010

Facial Blotter

Perempuan oh Perempuan....

Benda-benda wajib yang perlu ada bagi seorang perempuan adalah alat makeup. Tak sah kalau tak ada alat makeup, namun sepenting mana ianya pada seseorang perempuan bergantung kepada individu itu sendiri.
Tapi  pada aku...wajibbbbbbbbb ada.

Yang paling aku tak gemar bila muka berminyak-minyak bila dah siap berdandan. Mak aiii...kalau la boleh diperah minyak dari muka, sure dah boleh buat minyak masak....uwekkkkk.

Bila muka dah berminyak-minyak tu, ha...mulalah muka nampak berkilat2... itu gunanya 'FACIAL BLOTTER'
Kertas minyak ni pula ado macam-macam jenis.


All total view of Facial Blotter yang aku dah nerai...


Hok nih jenama KOSE. Reganya RM10.00 satu pack
SA Clinique cadangkan untuk cukupkan RM100.00 dan boleh claim voucher RM20.00....bagus betul SA Clinique Sunway Carnival.



Hok ni lak ZA punya. Rega dalam RM 7.90 time aku boli beberapa bulan sudah.


Hok ni pulak Guardian punya. Rega dia dalam RM4.99 kalau aku tak silap. Brand Clean & Clear aku tak leh pakai la....naik jerawat macam ruam. Tak tau pasal apa. Any idea???

Duka Di Musim Itu

Duka Di Musim itu
Katamu padaku, lewat musim itu
Sayang, maafkan aku dan fahamilah diriku
Sayang, izinkan aku dengan seikhlas jiwa
Membina istana cinta yang lain demi ‘keredhaannya’

Kataku padamu, lewat musim itu, duhai kasihku...
Kemaafan telah aku berikan
Kefahaman juga telah aku sajikan
Keizinan juga telah ku bentangkan
lantas apa lagi yang dinanti
Apa lagi yang berlegar di kotak fikirmu
Apa lagi yang berbisik di kamar hatimu
Ungkapkanlah kata keramat itu
Yang pastinya memutuskan satu ikatan
Dan memisahkan satu pertalian, merobohkan satu pernikahan

Tak perlu ditangisi, diratapi, disesali
Kerana ini adalah kemahuan
 dan kehendak naluri lelakianmu

Kataku padamu… pergilah sayang
Kerana jiwa ini telah mati dengan kecuranganmu
Kerana jiwa ini telah kau racuni
Dengan hadirnya dia sebagai permaisurimu
Selain daku yang menyintaimu
Tanpa pernah jemu aku mengayam rindu
Yang tetap mengasihimu setiap detik dan waktu

Hasil Nukilan…
Sal Tesoro
December, 2004.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...