Saturday, October 30, 2010

Kasih Seorang Menantu - Part 2

Alhamdulillah...

Cuti aku dah diluluskan oleh Resident Engineer. Syukur sangat. Cuti baby pun dah approved. Allah permudahkan urusan aku nak balik ke Terengganu hari Khamis depan. Biasanya bos baby agak liat sikit nak approvedkan cuti yang mana berkaitan dengan Public Holiday. Cuti aku suami isteri mengapit cuti Deepavali... hush...dah cantikkkk sangat dah tu weih...

My !st Father In Law With Kakak.....

Kerja-kerja di pejabat semua dah settle. Cuma ada MOA yang perlu diberi sedikit perhatian. Itu tak apa. Small matter... As long as my notebook & internet connection with me, should be fine. Jasad aku je kat sini. Hati aku dah ada kat Terengganu dah. Entah kenapa la kali ni aku rasa 'rapat' dengan FIL aku ni.... mungkin sebab hati aku tak pernah terluka kot?atau mungkin sebab arwah abah dah tak ada.... Dan mungkin mereka tak pernah menyakiti hati aku rasanya...penerimaan serta keikhlasan itu berbeza... hmmm...ntahlah. I can forgive but I CANNOT FORGET...Sooo Sorry... it's hurt me deeply long time ago... Biarlah.

I've 2 pair of parents in law. Yang sakit ni ayah kandung baby... layak dan boleh jadi wali pada kakak.... hmm... my 1st family in law. Family in law ni stay @ Kuala Terangganu. Yang 2nd Family in law stay @ Kemaman... wah...banyaknya family in law aku...korang ado? ado? tadok....hahahahah

Arwah abah With Kakak.
Setiap kali aku call Kuala Terangganu, my FIL yang angkat. Call pagi dia angkat, call petang dia angkat... memang dok menunggu call dari Hospitak nak confirm tarikh untuk operation. Aku risauuuu..... ayah aku tinggal yang ni sorang ja....tak ada dah lelaki yang boleh aku peluk cium sebagai seorang ayah...tinggal yang ni saja....

Korang yang masih ada ayah tu... 
hargailah sementara mereka masih ada...

p/s : AL-FATIHAH...along rindukan abah sangat-sangat...semoga abah ditempatkan dikalangan hamba-hamba yang dikasihi dan disayangi...amin....

Jatuh Cinta Lagi...?? - Part 1

Erk.... !!!

1) Suami orang dengan dara.
2) Suami orang dengan isteri orang.
3) Isteri orang dengan teruna.
4) Isteri orang dengan suami orang.

Jangan ko dok cari nahas, tempah maut, atau booking tempat kat neraka dengan kecurangan ko... aduhhhh...apa nak jadi dengan dunia sekarang? Ok...let's talk about what we called...hmmm...'KEKASIH GELAP...'
Tak kiralah kekasih gelap tu antara siapa dengan siapa...suami orang dengan isteri orang...isteri orang dengan suami orang...suami orang dengan anak dara or isteri orang dengan anak teruna orang...all the relationship is called 'KEKASIH GELAP a.k.a CINTA TERLARANG.... Hush hish hosh..... haru biru dunia jadinya bila terlibat dengan salah satu kategori diatas...

Cinta itu indah dan mengasyikkan. Aku tidak manafikan frasa itu lantaran keadaan semasa / dunia hari ini / tuntutan peribadi. Itu sememangnya terjadi. Semua kategori tu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Banyak hati yang bakal terluka, banyak jiwa yang terpaksa merana. Bercinta tu tak salah. Berkasih sayang juga tak salah. Cuma ianya perlu disalurkan kepada jalan yang betul dan diredhai. Aku bercakap bukan dari pengalaman. Aku berbicara melalui pemerhati, cerita serta pengalaman teman-teman dan sahabat handai disekelilingku. Takkan aku nak bagitahu ko yang haaa... aku pernah terjebat dengan isu-isu mengarut nih??? takdernyer...tak pernah dan aku tak nak bebankan kepala hotak yang dah sedia berat...wakakakak....

Cuma ko fikirkan....Kemana tujuan, apa destinasi pada hubungan sebegini? Biasanya, golongan yang sebegini akan menyatakan bahawa mereka kurang perhatian, perlukan tempat berbicara, bercerita, berkongsi ruang masa. Tanpa sesekali memikirkan bahawa segala perlakuan mereka itu menjadikan mereka semakin jauh dengan keluarga dan isteri/suami masing-masing. Dan mungkin juga jauh dari rahmatNYA. Ingatlah bahawa hubungan sebegini tiada kesudahan yang baik. Sanggup ke runtuhkan dua buah masjid semata-mata untuk membina sebuah masjid yang baru? Ini untuk golongan suami/isteri yang menjalinkan CINTA TERLARANG. Sanggup ke melihat mata-mata sikecil itu menangis tertekan akibat kehilangan ibu/ayah semata-mata kerana ibu/ayah mereka sedang galak bercinta diluar sana?

Mungkin tak semua hubungan ini tiada berpenghujung yang baik, yang membahagiakan semua pihak. Ianya tetap bergantung kepada niat dan keikhlasan. Mungkin juga jodoh yang datang melalui 'CINTA TERLARANG' itu adalah jodoh yang terbaik buat sesorang. Mungkin juga ianya mampu membina masjid yang baru tanpa meruntuhkan masjid yang lama...But this condition only for item no 1...not for no 2,3 & 4... see..see..see... betapa complicated nyer....

Allah sudah menganugerahkan yang terbaik untuk kita. Siapa kita nak menilai baik buruk anugerah yang Allah dah bagi?

Kalau aku la, aku tak sanggup... Tak kira la dengan siapa sekalipun, hati aku ini masih utuh dan teguh menjadi milik my hubby. Tak kiralah sehebat mana yang mendatang, seunggul mana yang menguji, padaku, moga Allah menetapkan hati dan fikiranku supaya tetap setia menyintai suami sehingga ke nafasku yang terakhir. Insyaallah...Mudah-mudahan dipermudahkan segala jalan menuju ke SYURGA....

Pesanan Buat Suami - Part 1 ( 1 - 10 )



PESANAN BUAT SUAMI - Oleh Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah




Bersamalah jadikan info dibawah sebagai panduan untuk mengeratkan kasih sayang suami isteri. Jadilah Seorang suami yang unggul dan berjaya... Insyaallah....


1. Selalu menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.
2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.
3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..
4. Jangan demand sex sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan semata-mata untuk penuhi nafsu syahwat saja.
5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.
6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.
7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.
8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma masak mi maggi saja.
9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.
10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut?

Bas Terbalik Di Genting Sempah

Kalau ko perasan, musim bas accident dan bas terbalik kini berulang kembali. Salah siapa? Adakah peristiwa berdarah yang lepas-lepas tidak dijadikan iktibar?

Yang tidak berdosa menjadi mangsa....menjadi korban akibat kelalaian manusia dan mungkin juga kelemahan jentera. Siapa yang patut dipersalahkan??

Takziah buat keluarga mangsa.


6 maut bas terbalik dekat Genting Sempah


2010/10/29

KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.

Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. 

Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.

Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA 

(Sumber dipetik dari Berita Harian)

Karak Highway Accident.

Again?? Karak Highway makan nyawa lagi...

Aku sempat tengok Nightline sebentar tadi... dah hujung-hujung dah news pasal accident kat Karak Highway nih... Insyaallah, aku akan update newa ni esok pagi. Nak buat entry about this pagi ni aku takut info tak tepat, so better don't.

Esok siang aku dah dapat further info about this, aku akan entrykan secara detail. 
Mohon maaf diatas kesulitan.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...