Saturday, October 30, 2010

Jatuh Cinta Lagi...?? - Part 1

Erk.... !!!

1) Suami orang dengan dara.
2) Suami orang dengan isteri orang.
3) Isteri orang dengan teruna.
4) Isteri orang dengan suami orang.

Jangan ko dok cari nahas, tempah maut, atau booking tempat kat neraka dengan kecurangan ko... aduhhhh...apa nak jadi dengan dunia sekarang? Ok...let's talk about what we called...hmmm...'KEKASIH GELAP...'
Tak kiralah kekasih gelap tu antara siapa dengan siapa...suami orang dengan isteri orang...isteri orang dengan suami orang...suami orang dengan anak dara or isteri orang dengan anak teruna orang...all the relationship is called 'KEKASIH GELAP a.k.a CINTA TERLARANG.... Hush hish hosh..... haru biru dunia jadinya bila terlibat dengan salah satu kategori diatas...

Cinta itu indah dan mengasyikkan. Aku tidak manafikan frasa itu lantaran keadaan semasa / dunia hari ini / tuntutan peribadi. Itu sememangnya terjadi. Semua kategori tu memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Banyak hati yang bakal terluka, banyak jiwa yang terpaksa merana. Bercinta tu tak salah. Berkasih sayang juga tak salah. Cuma ianya perlu disalurkan kepada jalan yang betul dan diredhai. Aku bercakap bukan dari pengalaman. Aku berbicara melalui pemerhati, cerita serta pengalaman teman-teman dan sahabat handai disekelilingku. Takkan aku nak bagitahu ko yang haaa... aku pernah terjebat dengan isu-isu mengarut nih??? takdernyer...tak pernah dan aku tak nak bebankan kepala hotak yang dah sedia berat...wakakakak....

Cuma ko fikirkan....Kemana tujuan, apa destinasi pada hubungan sebegini? Biasanya, golongan yang sebegini akan menyatakan bahawa mereka kurang perhatian, perlukan tempat berbicara, bercerita, berkongsi ruang masa. Tanpa sesekali memikirkan bahawa segala perlakuan mereka itu menjadikan mereka semakin jauh dengan keluarga dan isteri/suami masing-masing. Dan mungkin juga jauh dari rahmatNYA. Ingatlah bahawa hubungan sebegini tiada kesudahan yang baik. Sanggup ke runtuhkan dua buah masjid semata-mata untuk membina sebuah masjid yang baru? Ini untuk golongan suami/isteri yang menjalinkan CINTA TERLARANG. Sanggup ke melihat mata-mata sikecil itu menangis tertekan akibat kehilangan ibu/ayah semata-mata kerana ibu/ayah mereka sedang galak bercinta diluar sana?

Mungkin tak semua hubungan ini tiada berpenghujung yang baik, yang membahagiakan semua pihak. Ianya tetap bergantung kepada niat dan keikhlasan. Mungkin juga jodoh yang datang melalui 'CINTA TERLARANG' itu adalah jodoh yang terbaik buat sesorang. Mungkin juga ianya mampu membina masjid yang baru tanpa meruntuhkan masjid yang lama...But this condition only for item no 1...not for no 2,3 & 4... see..see..see... betapa complicated nyer....

Allah sudah menganugerahkan yang terbaik untuk kita. Siapa kita nak menilai baik buruk anugerah yang Allah dah bagi?

Kalau aku la, aku tak sanggup... Tak kira la dengan siapa sekalipun, hati aku ini masih utuh dan teguh menjadi milik my hubby. Tak kiralah sehebat mana yang mendatang, seunggul mana yang menguji, padaku, moga Allah menetapkan hati dan fikiranku supaya tetap setia menyintai suami sehingga ke nafasku yang terakhir. Insyaallah...Mudah-mudahan dipermudahkan segala jalan menuju ke SYURGA....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...