Tuesday, November 08, 2011

Cubalah Berubah....

This is GENERAL entry. 
Mohon Maaf pada sesiapa yang tatkala membaca entry ini, jiwa terSENTAP.... You may skip this entry if you jenis yang suka SENTAP tak KIRA TEMPAT.... Pada yang nak terasa sangat-sangat tu...
'ADA AKU KISAH???"

Memang betul macam kata omputih.... Age just a number. Usia bukan faktor kematangan. Indeed. Aku setuju sangat-sangat. Usia juga tidak membayangkan taraf pemikiran manusia. Kadang-kala, manusia yang nampak matured tu sebenarnya lebih teruk akal fikirannya dari manusia yang bersifat kebudak-budakkan. Dan mungkin yang kebudak-budakkan itu lebih matang dari usia..... It can happen... nothing imposibble lorrrr...

Aku bukan apa. Cukup bengang bila something yang aku cuba nak bincangkan, dah jadi isu ntah apa-apa. Manusia yang suka sangat menimbulkan sesuatu isu yang tak patut timbul. Manusia yang suka sangat memperbesarkan benda yang kecik dan suka sangat mengada adakan cerita yang tak ada. Manusia yang bersifat talam dua muka. Kat sana cerita macam ni, kat sini cerita macam tu.... lepas tu boom!!!!  Ha.. so... sekarang ni, turn aku yang 'kena' nampak gayanya. Tak boleh nak tegur sikit.... mulalah bela.... membela pada sesuatu yang tak sepatutnya..... bela la bela.... :-) Sebab dok bela la jadi 'lemak' lagu tu.... Don't deny that yang you sendiri pun dah tak boleh nak tegur that kind of person... jangan sesekali menyalahkan orang lain.... 

Please, berubahlah kearah yang lebih baik. Cuba ganti kata nama 'aku' tu kepada frasa yang lebih manis, sesuai dan sepatutnya. Agar diri lebih dikasihi dan dihormati dengan seikhlasnya.... Cubalah untuk menjadi manusia yang jujur. Jujur pada diri sendiri dengan menilai baik buruk setiap perkataan serta ayat yang kita nak lafazkan.... susah sebab I can't voice out. Satgi SENTAP !!!! mula la kata aku nak tunjuk pandai...mula la kata aku itu aku ini macam yang 'depa' kat sana tu pernah kena.....itu yang aku katakan kematangan bukan bergantung kepada berapa banyaknya usia kita. Thats true.

Yes... ayat "ITU TERPULANG PADA AKU..." tu cukup-cukup menjadikan aku meluat. Bongkak namanya.... angkuh sungguh....
So... dear....
'TERPULANG PADA AKU JUGALAH !!!" setiap apa yang aku ingin lakukan kerana sememangnya aku BERHAK...!!

Jangan wujudkan sesuatu yang tak wujud.... jangan tokok tambah pada sesuatu yang kurang... (Jangan jadi seperti AJINOMOTO atau SERBUK KNORR PASTI SEDAP or SECUBT RASA etc...) dan cubalah, belajarlah untuk mendengar suara anak-anak kerana mak bapak juga terdiri daripada manusia BIASA yang serba kekurangan dan lemah.....

Berbanggalah dengan ganti nama 'ibu' , 'mak' , 'umi' , 'abah' , 'ayah' , 'abi'...kerana nama itu begitu agung...begitu besar ertinya pada anak-anak... tak perlu dibahasakan diri sebagai 'AKU' kerana anak-anak juga manusia... punyai rasa untuk dikasihi, dihormati dengan selayaknya.... kerana hanya mereka, anak-anak yang mendoakan kesejahteraan kita 'disana' nanti... Fikir-fikirkan dan renung-renungkan....

May Allah Bless, before its to late....











No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...