Thursday, October 28, 2010

Raya Korban - Part 1

Ko pernah nengok lembu disembelih? kalau ko tak tahan nengok darah, better don't look. Karang tak pasal-pasal lal pengsan kat situ. Kan haru jadinya nanti... lembu tumbang ko pun tumbang sama...

Kalau ko involve time orang nak sembelih lembu ni, ko dapat tengok la proses-proses penyembelihan, melapah, buang organ2 dalaman sehinggalah kepada bab-bab pembersihan dilakukan. Bab melapah kalau yang tak pandai nak melapah, susah. Nanti terlapah sekali dengan isi dia. Rugi woooo daging fresh tu.



Cara-cara depa ikat & pegang lembu tu pun ko boleh tengok. Depa pegang, ikat & tumbangkan... Aku dah tengok 2 kali dah proses ni semua sebab tahun 2008 aku buat korban dan tahun 2009 my family terlibat dengan acara masak daging korban tu secara gotong royong kat kampung. Tahun ni pun mungkin kena masak lagi. Cuma tak buat korban. tengoklah kalau ada rezeki dan diizinkan, tahun 2011 aku ingat nak buat korban lagi. Bersama merasa rezeki yang Allah beri. Insyaallah...



Proses mengasingkan daging dari tulang 


Proses melapah. Bab melapah ni kena yang betul-betul mahir... baru kulit terpisah cantik dari daging lembu.


Kerja-kerja pembersihan dilakukan.



Bab memotong daging / tulang untuk diagihkan kepada pihak-pihak yang berkenaan.

Lipstick - Part 1

Aiiii....lamanya tak buat entry pasal make up... 
Bukan hapa...aku sibuk sikit ngan koje... sibuk sikit jer..the rest busy with all the kucing-kucing untuk kenduri angah tak lama lagik...

Mulut merah yang camna  yang ko selalu guna? merah nyala? pinkish? purple? terpulang pada ko la berani ke idak pakai kaler yang ang-ang.... aku lebih suko kaler yang soft & light. Ko tahu dak....kalau ko pakai lipstick yang merahnya macam cili masak... mulut ko tak ubah macam 'mulut yang berjalan'... burok weih... kena tengok acara la kalau nak pakai kaler merah menyala. kalau gi opis ko hentam pakai kaler ni....hush....buruk...!!!

Kaler yang soft sesuai untuk gi keja. Ko nak gi keja kan...bukan nak gi fashion show. Aku paling suka kaler 'Camelia -  No 10' from Chanel Rough Coco. Lawo sesangat.... 'Legend - No 11' pun ok...but ko takleh sapu zapppp...ko kena lightkan tekanan ke atas lips ko, baru cantekkk... Sebelum ko beli lipstick, ko terai la dulu, then keluar gi jalan2 ke tempat lain, pastu ko tengok balik kaler dia bila dah bercampur dengan texture lips ko. Kalau ok...zapppp je la... Kalau idok...tak payah beli. But this two kaler from Chanel, memang tak payah ragu-ragu. Aku jatuh chenta dah. Dior pun not bad. Tahan lama & bibir ko tak kering beb kalu pakai 8 jam sehari.


Range kaler from Loreal pun not bad. Aku dah ada dalam 8 batang lipstick Loreal...so I can comment. Sebelum  aku pakai Chanel, Loreal aku sebat. harga 35 hengget sebatang. Kira ok la berbanding ngan Chanel & Dior. But macam biasalah...lumrah alam... yang mahal tu kualitinya lebih bagus dari yang murah. Tahan lama dan bibir tak kering kalau pakai seharian. but kalau aku tenyeh lipstick Loreal pagi jam 8...jam 11 aku kena touch up balik dah....see see the diffrent... by the way... sama je yang harga 95 hengget dengan 35 hengget....chanel ko sapu sekali sehari ja...loreal ko sapu 3-4 kali sehari... habeh tu... ko kira mana lagi jimat?? kira sendiri la weh....

Aku akan sambung entry ni untuk Lipstick Revlon, Maybelline & etc. Tungguuuuuuuuuuuuu....

Lorry Gemokkkk....

Nampak tak betapa 'GEMUK'nya lori ni? Ni la salah satu pemandangan kat Kawasan Perindustrian perai yang not so far from my resident... (hangin mat saleh daaa....)


Aku tak tahu la macam mana lori ni boleh 'lepas' naik highway PLUS dengan badan yang gemokkkk sesangat tu... Sampai boarder tepi lori tu dah sengat 40% dah menurut pandangan mata aku. Bahaya sangat la weih.... ko cuba bayangkan, kalau ada motor yang berhenti kat traffic light tepi lori tu, then tetiba boarder/dinding tepi lori tu runtuh, tak ke naya? orang lain punya kealpaan, orang lain yang terima habuan. Nak nak motor tu pulak bawak baby ke? budak kecik ke? wanita mengandung ke? Naya weih....


Ha ko....number plat pun ada aku amik.... ish ish....bahaya la lori macam ni... kalau saman. berapa ratus eh?

Aku pun amik photo ni supaya korang ambil iktibar, berhati-hati dijalan raya. Kalau ada saudara mara yang jadi drebar lori, tauke lori, pesanlah supaya ingat nyawa orang lain sama. Jalanraya kat Malaysia ni bukannya besar mana pun nak konker sorang-sorang. Aku tahu la lori tu besar...but please consider others jugak. Semua berkongsi jalan raya yang sama...
Cuma aku confused...andaikata entry aku ni dibaca oleh pihak-pihak yang berkenaan seperti JPJ atau Polis Traffic, they all leh keluarkan saman tak?? saman je driver yang bengong ni.... nasib baik aku bukan pilos traffic...kalau idak, time tu jugak aku SAMAN....tunggu apa lagi??

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...