Friday, October 15, 2010

Belanjawan 2011 Apa Yang Menarik?

Fuyooooo.....
Barangan kegemaran pelancong seperti bag tangan, pewarna rambut? Golf? Shopppiiiinnnnnggg.....no tax???


Thats mean NO TAX FOR HANDBAGS?????
aku SUKAAA....!!!! I LOVEEEEEEE ITTTTTTTTTTTT...!!!!

















Laporan terkini/langsung Pembentangan Bajet 2010. Antara Ringkasan/Intipati Bajet 2011 adalah :

1) Malaysia sudah pulih dari kemelesetan ekonomi negara dengan KDNK berkembang kepada 9.5 peratus bagi tempoh separuh pertama 2010 berbanding tempoh sama tahun lalu.
2) Bursa Malaysia mencatatkan 1,496 mata pd 14 Oktober 2010 iaitu indeks tertinggi sejak 2008
3) Peningkatan 11% menjadikan mata wang ringgit antara yang paling kukuh di rantau ini.
4) Swasta perlu sahut cabaran untuk jadi peneraju pertumbuhan ekonomi. Berani menanggung risiko dan merebut peluang. Kerajaan akan menyediakan ekosistem yang sesuai untuk diterjemahkan
5) Peranan swasta berimpak tinggi 1Malaysia Development Malaysia bersama sebuah syarikat di Abu Dhabi akan membina sebuah pusat kewangan Islam di Kuala Lumpur (KLIF). Kerajaan akan sediakan pelbagai insentif bagi menarik pelabur melabur di KLIF
6)Projek MRT akan dibina bagi meningkatkan jaringan di Lembah Klang kerana ia akan dirangkaikan dengan mod pengangkutan lain termasuk bas dan teksi
7)KWSP akan membina pelbagai prasarana perumahan negara dengan nilai RM10 bilion dalam tempoh sehingga 2020
8) Projek bersepadu dibina dengan mengekalkan Stadium Merdeka dan Stadium Negara serta membina sebuah menara 100 tingkat
9) GLIC akan kurangkan pegangan saham syarikat Bursa Malaysia bagi meningkatkan kecairan ekonomi negara.

10) Yayasan Hartanah Bumiputera akan berikan peluang kepada bumiputera untuk miliki hartanah komersial di bandar-bandar utama. Ini bagi mengingkatkan kepemilikan hartanah komersial di kalangan bumiputera
11) Kerajaan tambah peruntukan sebanyak RM146 juta untuk meningkatkan lagi aktiviti hiliran.
12) Taraf perintis dan elaun cukai pelaburan bagi aktiviti penjanaan tenaga, pengecualian duti import, pengecualian duti import dan eksais dilanjutkan kepada kenderaan hibrid.

13)Permodalan Nasional Bhd akan membangunkan projek bersepadu berharga RM5 bilion, yang membabitkan menara 100 tingkat, yang dijadual siap pada 2020 ( WARISAN MERDEKA : SATU LAGI PENCAKAR LANGIT DI KUALA LUMPUR )

14) Peruntukan RM3.8 bilion untuk sektor pertanianP/s : Akan cuba diupdatekan dari masa ke semasa sekiranya berkesempatan.

15) KWSP KINI BOLEH LABUR HINGGA 20 PERATUS DALAM PASARAN LUAR NEGARA

16) Sektor pelancongan - 1) peruntuk RM85 juta untuk sedia kemudahan infrastruktur utk bina hotel dan penginapan di luar bandar 2) pejalan kaki berbumbung sekitar KLCC - Bukit Bintang 3) susun semula jabatan penerbangan awam

17) Dewan gamat seketika apabila duti beg tangan, kasut, sut, baju kanak-kanak, dompet, pewarna rambut, barang kemas tiruan, bedak talkum, lampu, syampu, selimut, cadar, kemeja, baju tidur dan pakaian malam, 
seluar dan seluar dalam dimansuhkan. 

18) Cukai jualan telefon bimbit dikecualikan cukai jualan...ke atas semua jenis telefon bimbit

19) Suruhanjaya sekuriti (SC) akan menawarkan tiga lesen broker saham baharu kepada syarikat tempatan, asing dan usaha sama yang layak untuk meningkatkan penyertaan pasaran runcit

20) UNIK akan ditubuh di bawah JPM untuk mengkomersialkan hasil penyelidikan tempatan

21) Peruntukan RM135 juta bagi persediaan prasarana asas menggalakkan petani menceburi bidang bernilai tinggi seperti industri sarang burung walit.

22) Pembinaan projek pembangunan bercampur termasuk kediaman mampu milik bernilai RM10 bilion di Sungai Buloh yang dijangka siap pada 2025.
Selingan | cinta : mudah2an rintihan rakyat di dahulukan.. 23) RM213 juta diperuntuk untuk mengangkat tinggi bahasa Malaysia dan mempersada Bahasa Inggeris. Akan ambil guru jati daripada luar negara untuk pertingkat bahasa Inggeris

24) Kerajaan akan menubuhkan 
Dana Pencen Swasta (PPF) tahun depan untuk memberi manfaat kepada pekerja sektor swasta dan mereka yang bekerja sendiri

25) Penubuhan Majlis Konsultasi Gaji Negara untuk kaji tentang gaji termasuk gaji minimum.

26) Gaji pokok minimum pengawal keselamatan dinaikkan kepada RM500 hingga RM700 sebulan berbanding RM300 hingga RM400. Gaji tersebut termasuk elaun akan melebihi RM1000 sebulan. Ia bermulai 1 Januari 2011.

27)  Bursa Malaysia akan melancarkan sukuk dan bon konvensional untuk memenuhi permintaan pelabur runcit terhadap pelaburan pendapatan tetap untuk meningkatkan kerancakan pasaran bon

Selingan Comment From non politcal man non politcal man :

huh! gaji pengawal keselamatan naik...bagaimana dengan pekerja lain? jika tidak ada yang menarik maka brain@talent drain akan terus berlaku dan lebih ramai golongan muda mencari peluang di luar negeri. ini secara langsung akan juga menyebabkan pengaliran matawang negara ke luar meningkat.

28) 40 taska dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat, 90 hari cuti bersalin.

29) Kerajaan akan melaksanakan Program Adunan Biobahan Api dengan Petroleum Diesel (Program B5) secara mandatori bermula di Putrajaya, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Melaka mulai Jun 2011

30) RM1.2 bilion kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat untuk pelbagai program kebajikan. Termasuk program kebajikan warga emas yang dijangka meningkat 15% berbanding seluruh penduduk negara, bantuan kepada OKU ...

31) Rebet bil elektrik di bawah RM20 sebulan akan diteruskan dengan peruntukan RM150 juta

32) Pelepasan cukai ke atas ibu bapa, rawatan di nursing home dan pergigian, cadangan diperluaskan seperti bayaran gaji pembantu khusus, keperluan harian lain seperti lampin pakai buang, selain pelepasan cukai RM5,000. 
Sumber Rujukan : http://


Pengemis Cilik





Penjaga pengemis cilik  (oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid)

Petikan daripada Hari Metro 15/10/2010


AMPANG: Kumpulan kanak-kanak pendatang Rohingya dari Myanmar yang menjadikan kawasan pusat beli-belah Ampang Point, di sini, sebagai tempat mengemis dipercayai mempunyai ‘sempadan’ mengutip derma bagi memudahkan mereka dipantau penjaga.
TANYA...Muhd Khairun bertanya sesuatu kepada kanak-kanak Rohingya yang mengemis di pusat beli-belah Ampang Point.
TANYA...Muhd Khairun bertanya sesuatu kepada kanak-kanak Rohingya yang mengemis di pusat beli-belah Ampang Point.
SOAL...Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh (kanan) menyoal  wanita yang mendakwa ibu  kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan pusat beli-belah Ampang Point, baru-baru ini.
SOAL...Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh (kanan) menyoal wanita yang mendakwa ibu kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan pusat beli-belah Ampang Point, baru-baru ini.
Pemantauan Metroplus di kawasan itu selama tiga hari mendapati kawasan tumpuan ramai itu menjadi sasaran kumpulan kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun menjual buku agama. Mereka dibawa individu dipercayai ibu mereka kira-kira jam 5 petang sehingga 10 malam.

Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan berasingan serta mempunyai kawasan mengutip derma masing-masing sambil diperhati penjaga dari jauh.

Selain menjual buku agama dan surah Yasin pada harga RM5 hingga RM10, terdapat juga kanak-kanak yang meminta derma dengan mendakwa mereka pelajar sebuah sekolah tahfiz berhampiran kawasan itu.

Kumpulan kanak-kanak itu akan berpusing tiga hingga empat kali di kawasan sempadan masing-masing meminta sedekah dan ada kalanya meminta pada orang sama beberapa kali.

Apabila seorang kanak-kanak diberi sedekah atau buku jualannya dibeli terutama oleh pelanggan restoran di situ, dia dipercayai akan memberitahu rakan lain sehingga individu berkenaan didatangi lebih ramai kanak-kanak berulang kali.

Metroplus mengadakan tinjauan bersama Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno yang mahu melihat bagaimana kanak-kanak itu digunakan pihak tertentu untuk mengutip derma.

Ketika wakil Metroplus bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh menemubual beberapa kanak-kanak Rohingya, seorang wanita yang berusia 30 tahun menghampiri dan mendakwa ibu kepada enam kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan itu.

Wanita yang datang sambil mendukung bayi sebelum itu memerhatikan dari jauh, tetapi datang menghampiri Muhd Khairun dan wakil media selepas dipanggil seorang budak perempuan. Wanita itu mendakwa hasil ihsan orang ramai mereka memperoleh RM30 hingga RM40 sehari kononnya untuk perbelanjaan harian kerana suaminya sakit.
Dia bagaimanapun, kelihatan teragak-agak dan menjauhkan diri apabila semakin banyak soalan ditanya, namun memberitahu dia terpaksa menyuruh anak-anaknya meminta sedekah kerana tiada pekerjaan.
Sementara itu, Muhd Khairun kesal kerana mendapati kanak-kanak itu diperalatkan untuk meminta sedekah sedangkan belum tentu wang berkenaan sampai kepada mereka, malah keselamatan juga tidak terjamin.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti meminta sedekah itu dibanteras.

“Saya tidak pasti sama ada penjaga mereka itu ibu kandung atau orang lain, malah saya terkejut kerana seorang kanak-kanak yang meminta sedekah kononnya untuk tabung sekolah tahfiz tidak tahu membaca kalimah syahadah dan al-Fatihah.

Inilah penyakit manusia yang malas bekerja dan hanya tahu nak mengambil kesempatan terhadap anak-anak kecil yang sepatutnya pada umur sebegini berada disekolah dan bermain bersama kawan-kawan seusia. Budak-budak ni  bersepah di ststion2 bas...kedai-kedai makan malahan kat Sunway Carnival pun kekadang sesat gak....

Nak mengelakkan benda ni dari berterusan senang saja...JANGAN hulurkan walaupun seposen pun kat depa. Salurkanlah sedekah/bantuan kewangan pada saluran yang betul dan telus. Kat Malaysia ni banyak egensi, baitumal dan NGO yang boleh kita bantu dan ianya dijamin telus dan selamat sampai pada mereka yang BENAR-BENAR MEMERLUKAN.

Crocs

Adusssssss....sedapnya pakai kasut nih...

Itu kata-kata pertama yang terbit dari mulutku setelah sepasang Crocs merah jambu berjaya juga menjadi milikku yang sah. Dok nengok kasut ni dah lama yeop.....setahun lebih mcm tu ada la aku dok ngendap-ngendap dari luar cermin butik Crock kat Queensbay nun..... Nak boli on the spot almaklumlah, sepasang kasut ni yang original dah RM128.00....koooo...pada aku mahal tuuuuu....



kat pasar malam time tu dah bersepah-sepah dah Crocs cetak rompak. But....nipissssssssss gila ko.... keras lak tu. Sepuluh hengget dah boleh dapat dah untuk sepasang... Jibbits dia pun ada. tapi senget benget menget suma cukup. :-)

Bukan apa...tak salah untuk menghargai diri sendiri kan? Bagi hadiah pada diri sendiri pun tak rugi apa-apa. Kalau kita tak menghargai diri sendiri...siapa nak hargai? So... baiklah kita bagi hadiah kat diri sendiri daripada bagi hadiah kat orang lain yang belum tentu nak menghargai kita...iyo dok???

Kaunter Crocs kat Sunway Carnival Mall pun dah bertukar wajah. Banyakkkkkkk pilihan tapi tak sebanyak kat butik crocs kat Queensbay Mall. Jibbits dia pun ciput sangat la kat Sunway. Time entry ni aku publish, kasut tu dah berusia setahun lebih dah. Tak jejas apa pun ko...masih cantik dan comey macam tuannya....kui kui kui....jangan marah... pagi ni aku masuk bakul sendili angkat lol....ish ish ish....

Penang Central VS KL Central

Hari tu aku nganto Oya dan kakak ke Penang Central. Depa nak ke Ipoh sebab oya nak balik Poly dia on the next day. Mak aku tunggu kakak kat Ipoh sebab ada catering...

Kakak punya la seronok naik bas ekpress (dulu time di kocik dia panggil 'bas sejuk'...sebab bas aircond ) Penang Central punya la sibuknya ngalahkan KL Central. Dengan penjual tiket bas yang bersepah-sepah, dengan asap bas yang berkepul-kepul... menjadikan aku sedikit 'pening' dan tidak selesa dengan keadaan itu.


Walaubagaimanapun, Penang Central dah ok sikit la dari dulu. Dulu just kat bawah fly over ja pondok-pondok jual tiket bas sejak bangunan yang menepatkan Parson Grand terbakar long long time ago...now, dah ada proper place untuk kaunter tiket. Ianya taklah sehebat Kl Central. Cukuplah tak menyakitkan mata memandang.


Cuma pandangan aku je yang tak berapa nak 'senang' melihatkan banyaknya pendatang asing di Penang. Toleh kanan toleh kiri pandnag depan pandang belakang...semuanya 'they all'....hampessssssss....tak best la view nih menjadikan aku gerak cepat-cepat ke kereta. Balik terus kerumah dan zzzzzzzzzzzzzz....



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...