Friday, October 15, 2010

Pengemis Cilik





Penjaga pengemis cilik  (oleh Muhd Izawan Baharin dan Mior Azlan Mior Kamarulbaid)

Petikan daripada Hari Metro 15/10/2010


AMPANG: Kumpulan kanak-kanak pendatang Rohingya dari Myanmar yang menjadikan kawasan pusat beli-belah Ampang Point, di sini, sebagai tempat mengemis dipercayai mempunyai ‘sempadan’ mengutip derma bagi memudahkan mereka dipantau penjaga.
TANYA...Muhd Khairun bertanya sesuatu kepada kanak-kanak Rohingya yang mengemis di pusat beli-belah Ampang Point.
TANYA...Muhd Khairun bertanya sesuatu kepada kanak-kanak Rohingya yang mengemis di pusat beli-belah Ampang Point.
SOAL...Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh (kanan) menyoal  wanita yang mendakwa ibu  kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan pusat beli-belah Ampang Point, baru-baru ini.
SOAL...Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh (kanan) menyoal wanita yang mendakwa ibu kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan pusat beli-belah Ampang Point, baru-baru ini.
Pemantauan Metroplus di kawasan itu selama tiga hari mendapati kawasan tumpuan ramai itu menjadi sasaran kumpulan kanak-kanak berusia antara enam hingga 12 tahun menjual buku agama. Mereka dibawa individu dipercayai ibu mereka kira-kira jam 5 petang sehingga 10 malam.

Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan berasingan serta mempunyai kawasan mengutip derma masing-masing sambil diperhati penjaga dari jauh.

Selain menjual buku agama dan surah Yasin pada harga RM5 hingga RM10, terdapat juga kanak-kanak yang meminta derma dengan mendakwa mereka pelajar sebuah sekolah tahfiz berhampiran kawasan itu.

Kumpulan kanak-kanak itu akan berpusing tiga hingga empat kali di kawasan sempadan masing-masing meminta sedekah dan ada kalanya meminta pada orang sama beberapa kali.

Apabila seorang kanak-kanak diberi sedekah atau buku jualannya dibeli terutama oleh pelanggan restoran di situ, dia dipercayai akan memberitahu rakan lain sehingga individu berkenaan didatangi lebih ramai kanak-kanak berulang kali.

Metroplus mengadakan tinjauan bersama Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno yang mahu melihat bagaimana kanak-kanak itu digunakan pihak tertentu untuk mengutip derma.

Ketika wakil Metroplus bersama Pengerusi Biro Aduan Komuniti Pemuda Umno, Datuk Muhd Khairun Aseh menemubual beberapa kanak-kanak Rohingya, seorang wanita yang berusia 30 tahun menghampiri dan mendakwa ibu kepada enam kanak-kanak yang mengutip derma di kawasan itu.

Wanita yang datang sambil mendukung bayi sebelum itu memerhatikan dari jauh, tetapi datang menghampiri Muhd Khairun dan wakil media selepas dipanggil seorang budak perempuan. Wanita itu mendakwa hasil ihsan orang ramai mereka memperoleh RM30 hingga RM40 sehari kononnya untuk perbelanjaan harian kerana suaminya sakit.
Dia bagaimanapun, kelihatan teragak-agak dan menjauhkan diri apabila semakin banyak soalan ditanya, namun memberitahu dia terpaksa menyuruh anak-anaknya meminta sedekah kerana tiada pekerjaan.
Sementara itu, Muhd Khairun kesal kerana mendapati kanak-kanak itu diperalatkan untuk meminta sedekah sedangkan belum tentu wang berkenaan sampai kepada mereka, malah keselamatan juga tidak terjamin.
Sehubungan itu, beliau menggesa pihak berkuasa menjalankan pemantauan bagi memastikan aktiviti meminta sedekah itu dibanteras.

“Saya tidak pasti sama ada penjaga mereka itu ibu kandung atau orang lain, malah saya terkejut kerana seorang kanak-kanak yang meminta sedekah kononnya untuk tabung sekolah tahfiz tidak tahu membaca kalimah syahadah dan al-Fatihah.

Inilah penyakit manusia yang malas bekerja dan hanya tahu nak mengambil kesempatan terhadap anak-anak kecil yang sepatutnya pada umur sebegini berada disekolah dan bermain bersama kawan-kawan seusia. Budak-budak ni  bersepah di ststion2 bas...kedai-kedai makan malahan kat Sunway Carnival pun kekadang sesat gak....

Nak mengelakkan benda ni dari berterusan senang saja...JANGAN hulurkan walaupun seposen pun kat depa. Salurkanlah sedekah/bantuan kewangan pada saluran yang betul dan telus. Kat Malaysia ni banyak egensi, baitumal dan NGO yang boleh kita bantu dan ianya dijamin telus dan selamat sampai pada mereka yang BENAR-BENAR MEMERLUKAN.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...