Saturday, November 12, 2011

Dia Tak Bahagia - Part 1

Sahabat I ni....
Ada rumah besar, cantik dan indah... di kawasan perumahan elit di Putrajaya. Presint? (I can't share it with u... sorry)
Ada kereta mewah... not one... but few. Beberapa buah kereta mewah.
Ada family... ada anak-anak yang cerdik pandai... Hasil dari gabungan 2 otak manusia yang memiliki Phd.
Ada isteri.... yang cantik jelita. Both of them was held a title 'Professor'.
Bila aku bertanya... lazimnya dia akan berkata yang dia ok. Everything was under control. Tapi menyelusuri text text yang aku terima... membayangkan hal yang sebaliknya. Membayangkan betapa sepinya dia. Betapa terlukanya dia. Apa lagi yang tak kena wahai sahabat yang far far away? Tenangkan dirimu. Berfikirlah secara terbuka. Kerana apa yang kau ada, sepatutnya menjadikan kalian lebih bijak untuk berfikir dan seterusnya membuat penilaian yang wajar dan rasional.

Kenapa masih tak bahagia? Boleh dikatakan dunia berada dalam genggaman mereka. Apa lagi yang kurang?
Betullah seperti kata kebanyakkan orang. Definasi bahagia itu terlalu luas. Terlalu rumit untuk dirungkai. Yang penting hati. Hati yang merasa bahagia dengan apa yang ada.Hati yang menerima kebahagiaan ini dengan definasi yang seadanya. Hati yang tidak pernah mengharapkan lebih dari yang sepatutnya. Bahagia kita, derita kita, ketawa kita dan tangis kita, semuanya dalam genggaman kita. Bukan bergantung pada manusia yang lain.
Kebahagian tak boleh dijual beli dengan harta yang menggunung. Kebahagiaan juga tak boleh ditukar ganti dengan gelaran mahupun kedudukan. Kebahagiaan bukanlah hakmilik, tetapi anugerah yang tidak ternilai harganya.

To Be Continue....
Mencari ilham untuk jari jemari berkata-kata, terus dari hati dan minda....


Jangan La Ganggu Hak Orang Oiiii

Moh citer bab SCANDAL.... 

Siang tadi aku membelek album-album lama dalam external hard dics. Terjumpalah aku dengan a few gambar-gambar yang tak sepatutnya... AKU TEKANKAN DISINI....GAMBO2 TU BUKAN GAMBO AKU ATAU GAMBO MR.HUBBY ATAU GAMBO ADIK BERADIK AKU... BUKAN JUGA GAMBO SEPU SEPAPAT AKU.... yerrrr..... lebih kureng gambo yang tak dibenarkan oleh Penapis Filem.... coiiii... camna gambo hampeh ni leh ado dalam simpanan aku pun aku tak hingat dah... satu persatu gambo-gambo tu aku belek, tenung dan sejuta rasa meluat yang amat sangat la wei.... udah ku deletekan semuanya.... 

Aku sering mendoakan agar keseluruhan keturunan aku tak ada yang bersikap sedemikian. Dijauhkan dari gejala scandal mandal ni... nak-nak gejala amik, rampas dan ganggu suami serta rumahtangga orang....

Gilo ke apo... kalau udah laki orang kita buat macam laki kita... lelaki bukan muhrim kita dok buat macam muhrim kita.... siap kiss-kiss pipi suma cukup.... eeeee... tak sesuai koooo.... dimanakah letaknya maruah seorang manusia khususnya dan seorang anak dara sunti amnya? Pernah tak kita terfikir... kalau hari ni si lelaki tu boleh curang dengan isteri serta keluarga dia dan dok 'makan' sana sini... TAK MUSTAHIL yang satu hari nanti dia akan buat yang sama kat kita....dan mungkin lagi gempak... what goes around comes around dik non oiiiii.... 

Sudah-sudahlah... jangan diganggu rumahtangga orang sehingga memporak perandakan sebuah pernikahan. Kesian kat mata-mata kecil tu. Budak-budak tu perlukan mak ayah mereka. Bahagia ke kalau dok goda suami orang demi menumpang kesenangan duit ringgit? Bahagia ke hidup macam tu? Berkatkah sebuah perkahwinan yang dimulai dengan maksiat dan perbuatan terlarang? 

Sudahlah... berhentilah dari menjatuhkan martabat kaum wanita. Tak kemana pun... lelaki ni tak ubah macam kucing... kalau dia tak makan pun ikan depan dia... sure dia 'tepuk-tepuk' dan 'kuis'kuis' ikan tu.... kat rumah dia ada Whiskas yang lagi best ler.... mana mau makan ikan... Ikan pulak tak buang perut... hahahahaha

Andaikata mereka-mereka ini bertemu jodoh, semoga perkahwinan mereka dilindungi dan mendapat keredhaan Allah... Andaikata tidak tersurat jodoh diantara mereka, semoga mereka mendapat hidayah serta pertunjuk dari Allah swt. Dulu, Bersuara sudah aku suarakan.... terpulanglah nak terima atau tidak...  sememangnya manusia ada kelemahan masing-masing... perlu renung dan perbaiki kelemahan itu demi kebahagiaan semua pihak. Bukan renung dan mencari langkah-langkah untuk semakin 'licik' merancang sesuatu yang negatif.

Kalau nakkan suami yang baik... takkanlah ko pergi cari kat kelab-kelab exclusive (walaupun mungkin tak semua yang ke kelab tu tak baik), kelab-kelab malam... pusat karaoke... lelaki2 yang dok cheating kat wife mereka... ko nak ke laki macam tu? Kita semua dah dewasa... dah bijak nak menilai yang mana kaca yang mana permata... Jangan mudah jadi mangsa pada lelaki-lelaki yang TERLEBIH tamadun ini....

May Allah Bless...





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...