Saturday, November 12, 2011

Dia Tak Bahagia - Part 1

Sahabat I ni....
Ada rumah besar, cantik dan indah... di kawasan perumahan elit di Putrajaya. Presint? (I can't share it with u... sorry)
Ada kereta mewah... not one... but few. Beberapa buah kereta mewah.
Ada family... ada anak-anak yang cerdik pandai... Hasil dari gabungan 2 otak manusia yang memiliki Phd.
Ada isteri.... yang cantik jelita. Both of them was held a title 'Professor'.
Bila aku bertanya... lazimnya dia akan berkata yang dia ok. Everything was under control. Tapi menyelusuri text text yang aku terima... membayangkan hal yang sebaliknya. Membayangkan betapa sepinya dia. Betapa terlukanya dia. Apa lagi yang tak kena wahai sahabat yang far far away? Tenangkan dirimu. Berfikirlah secara terbuka. Kerana apa yang kau ada, sepatutnya menjadikan kalian lebih bijak untuk berfikir dan seterusnya membuat penilaian yang wajar dan rasional.

Kenapa masih tak bahagia? Boleh dikatakan dunia berada dalam genggaman mereka. Apa lagi yang kurang?
Betullah seperti kata kebanyakkan orang. Definasi bahagia itu terlalu luas. Terlalu rumit untuk dirungkai. Yang penting hati. Hati yang merasa bahagia dengan apa yang ada.Hati yang menerima kebahagiaan ini dengan definasi yang seadanya. Hati yang tidak pernah mengharapkan lebih dari yang sepatutnya. Bahagia kita, derita kita, ketawa kita dan tangis kita, semuanya dalam genggaman kita. Bukan bergantung pada manusia yang lain.
Kebahagian tak boleh dijual beli dengan harta yang menggunung. Kebahagiaan juga tak boleh ditukar ganti dengan gelaran mahupun kedudukan. Kebahagiaan bukanlah hakmilik, tetapi anugerah yang tidak ternilai harganya.

To Be Continue....
Mencari ilham untuk jari jemari berkata-kata, terus dari hati dan minda....


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...