Saturday, October 30, 2010

Bas Terbalik Di Genting Sempah

Kalau ko perasan, musim bas accident dan bas terbalik kini berulang kembali. Salah siapa? Adakah peristiwa berdarah yang lepas-lepas tidak dijadikan iktibar?

Yang tidak berdosa menjadi mangsa....menjadi korban akibat kelalaian manusia dan mungkin juga kelemahan jentera. Siapa yang patut dipersalahkan??

Takziah buat keluarga mangsa.


6 maut bas terbalik dekat Genting Sempah


2010/10/29

KUALA LUMPUR: Enam maut manakala 21 lagi dilaporkan cedera selepas sebuah bas pelancongan yang membawa rombongan belia terbabas lalu terbalik di KM38 Genting Sempah dekat sini kira-kira 7.50 malam tadi.

Kemalangan membabitkan bas yang membawa 44 penumpang terdiri daripada ahli Belia 4B Kampung Siong, Baling dan dua pemandu bas itu berlaku ketika kenderaan itu menuruni Genting Highlands.


Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba, Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata bas berkenaan yang dalam perjalanan ke Kuala Lumpur dikatakan hilang kawalan sebelum terbabas lalu terbalik di laluan bertentangan.
Penumpang bas berkenaan bermalam di Genting Highlands semalam. 

Beliau berkata, bomba Kuala Lumpur menerima panggilan kecemasan kira-kira 7.51 malam daripada bomba Bentong yang memaklumkan mengenai insiden itu.

Tujuh jentera bomba termasuk dari Bentong, Kuala Lumpur, Selayang dan Taman Melawati berkejar ke tempat kejadian untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit di bawah bas.

Mangsa dibawa ke Hospital Bentong, Hospital Selayang dan Hospital Kuala Lumpur. - BERNAMA 

(Sumber dipetik dari Berita Harian)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...