Wednesday, October 27, 2010

Caldina - Cerita Sebuah Kehidupan - Part 3

We continue again about Dr. Caldina punya al-kisah...

Kaum Lelaki ni kalau korang nak tahu, dari pandangan matanya ko leh agak apa yang ada dalam hatinya. Suka ke, ceria ke, duka atau pilu. It's transparent. kan aku ada cakap yang lelaki atau suami ni macam baby...macam budak kecik. So, kalau emosi si anak ko macam mana ketika itu, sure ko dapat baca kan??

Belajarlah untuk menghargai apa juga yang diberikan oleh suami atau isteri anda. Bukan harga yang menjadi ukuran, tetapi 'ingatan' serta 'kasih sayang' yang terzahir melalui setiap pemberian itulah yang patut dinikmati dan disyukuri dengan sewajarnya...

I tahu you pernah 'kecil hati', pernah 'terluka'... tapi you perlu ingat Dr... anggaplah kebahagian itu akan datang pada you dalam waktu yang terdekat walaupun kita tak tahu bila. Then baru you boleh mengubati hati lelaki you yang pernah retak dek peristiwa yang lalu. Tapi you juga perlu ingat, bahawa isteri itu bukanlah hak milik, tetapi anugerah yang diberikan oleh Allah pada you. Bentuklah ia, pujuklah ia serta didiklah ia sepertimana yang you mahu. Sepertima yang sepatutnya seorang suami mendidik, membentuk serta memujuk seorang isteri. Tidak kiralah setinggi mana pangkat, kedudukan serta taraf seorang isteri, SYURGANYA TETAP PADA SEORANG SUAMI....

Kerana I cukup pasti, 'dia' memerlukan sedikit peluang dan ruang. Sepertimana yang I pernah kata, kita perlu membahagiakan diri kita terlebih dahulu, sebelum membahagiakan orang lain. Are u?
I tak pasti samaada you membaca blog I, sebab I juga tidak pasti apa ekspresi wajah u tatkala kisah ini i loretkan. Just wanna share something with others untuk dijadikan panduan serta rujukan dalam mengharungi bahtera rumahtangga yang tidak selalunya indah dan tidak pula selalunya kelam.

Perkahwinan itu datang secara pakej Dr.... you nak ya 'B' tetapi sometimes u get 'A'... Tak semua yang kita nak tu kita akan dapat. Allah maha mengetahui segala sesuatu. Dan i cukup pasti, waktu you mungkin membaca coretan ini, you sudah bahagia dengan kehidupan you sekarang. Mungkin faktor usia, anak-anak yang menjadi tunggak kepada kebahagian you itu Dr...

Dan faktor umur juga bukanlah penentu kepada kematangan seseorang manusia. Ianya banyak bergantung kepada pengalaman, pergaulan serta taraf pemikiran seseorang manusia. This story will be continue @ caldina - Cerita Sebuah Kehidupan - Part 4.... Insyaallah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...