Tuesday, October 26, 2010

Golongan OKU Yang Perlu Dilindungi

Mereka golongan yang 'terpilih'...sepatutnya dilindungi dan dikasih dengan penuh prihatin, bukan  dianiayai sesuka hati. Dimana nilai kemanusiaan masakini?

PETALING JAYA: Seorang pemuda Orang Kurang Upaya (OKU) mati dipercayai kerana perbuatan aniaya di sebuah rumah kebajikan di Seksyen 18, di sini semalam.
Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa dilaporkan tidak sedarkan diri dan dibawa ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) bagi mendapatkan rawatan lanjut.

“Bagaimanapun sejurus tiba di PPUM, mangsa disahkan meninggal dunia dan berdasarkan rekod mangsa yang berusia 19 tahun baru lima bulan menetap di rumah kebajikan berkenaan.
“Laporan bedah siasat mendapati mangsa mengalami pendarahan pada anggota badan dan keluarga mangsa mendakwa mangsa dipukul sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Arjunaidi berkata pihaknya masih menjalankan siasatan mengenai kejadian itu tiada individu ditahan.
Beliau berkata, polis mengambil keterangan keluarga mangsa serta rumah kebajikan berkenaan bagi membantu siasatan. Orang ramai mempunyai maklumat diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 bagi membantu siasatan.


Sumber Rujukan : Harian Metro (26/10/2010)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...