Saturday, October 23, 2010

Golongan Wanita Yang Mudah Terpedaya

6 Jenis Wanita Yang Mudah Ditipu Lelaki

1. Wanita yang terlalu mudah mempercayai lelaki.
Salah satu sifat yang penting dalam perhubungan adalah kepercayaan. Kepercayaan seorang wanita terhadap pasangan tidak dapat disangkal. Bila dah sayang, apa sahaja yang pasangan katakan, akan percaya 100%.  Banyak wanita meletakkan kepercayaan penuh terhadap pasangan, sebagai tanda tulusnya cinta.  Mempercayai pasangan itu perlu, tapi berpada-pada, apalagi bagi yang belum ada ikatan. Kerana kepercayaan yang “total’ akan meletakkan diri anda dalam bahaya.  Salah satunya jika anda disakiti oleh pasangan.  Setelah diberi kepercayaan yang penuh, anda dikhianati, impak yang anda akan terima tentu menyakitkan.

 Ingat! Lelaki yang berterus-terang dan jujur dengan pasangannya akan menyatakan, menjelaskan dengan selengkapnya tentang apa yang ditanya atau diragui oleh pasangannya. Dia tidak akan menyembunyikan apa pun kerana baginya, wanita yang disayanginya bukan sahaja tempat berkasih, malah tempat berkongsi apa sahaja. Lagi pun, nak rahsia apa, bukan dengan orang lain? Jadi, sekiranya ada sesuatu yang anda rasa ragu-ragu, perlu ditanya kepada pasangan anda, jangan tunggu, jangan simpan.  Cuma pastikan anda bertanya kepada dia pada masa dan keadaan yang sesuailah.

2. Wanita yang “terdesak” untuk mendapatkan pasangan.
Samada yang terdesak mencari kekasih atau suami, golongan wanita yang sebegini mudah untuk ditipu, sama ada ditipu dari segi material atau perasaan, dengan usia yang semakin lanjut membuatkan ramai wanita yang belum berpasangan risau akan status diri. Walaupun pada zaman yang semakin canggih ini, melihat wanita yang berkerjaya lewat berkahwin adalah perkara biasa, namun majoriti wanita yang semakin meningkat umurnya risau jika masih belum mempunyai pasangan hidup.

Dalam keadaan seperti ini, kadangkala mereka boleh “terlepas pandang” tentang sikap, kualiti, dan peribadi lelaki yang dipilihnya itu. Ini memungkinkan mereka menjadi mangsa “buaya professional” yang sentiasa mencari peluang untuk mengambil kesempatan ke atas wanita seperti ini. Kalau anda dalam golongan wanita seperti ini, ingat… biar lambat, asal selamat!

3. Wanita “sosial”.
Sosial dalam hal ini ialah suka kepada “night life”, disko, berparti, “clubbing”, pergaulan bebas tanpa had dan hidup dengan falsafah “life is short, so have fun!”, atau “masa muda ni la nak rasa macam-macam..” Wanita-wanita ini (lebih ramainya gadis remaja), yang melibatkan diri dengan cara hidup bebas dan sosial seperti ini terang-terangan mendedahkan dan “mengiklankan” diri sendiri kepada “species” lelaki pemangsa wanita. Bersosial tanpa batasan adalah di antara resepi utama yang menyebabkan ramai wanita dan gadis remaja ditipu sekaligus dirosakkan oleh lelaki yang tidak bertanggungjawab.


4. Wanita yang tidak mementingkan ilmu.
Wanita yang mementingkan ilmu dalam konteks percintaan, perkahwinan dan memilih pasangan hidup bukanlah bermaksud wanita yang mempunyai ijazah dari universiti terkenal. Wanita yang berilmu dalam konteks ini ialah wanita yang mampu memandu dirinya supaya tidak “terpilih” lelaki penipu dan berbahaya. Sekiranya dia “terjebak” dengan lelaki penipu/berbahaya, dia tahu apa yang perlu dilakukan atau di mana untuk mendapatkan bantuan yang sewajarnya.

Ia juga bermaksud wanita yang mengetahui hak-haknya sebagai wanita. Wanita yang berilmu juga berani “membetulkan” keadaan dan mempertahankan haknya bila perhubungan terganggu/diganggu sama ada oleh pihak ketiga atau pasangannya sendiri. Wanita yang mempunyai segulung ijazah atau Ph.D pun boleh ditipu dan dipermainkan lelaki “species berbahaya” ini…apatah lagi jika wanita yang hanya meletakkan 100% kebahagiaannya ke atas lelaki dan langsung tidak mahu atau mengambil mudah untuk meningkatkan ilmu dalam diri?

5. Wanita yang memandang “faktor fizikal” sebagai salah satu ciri utama pada lelaki idamannya.
Mudah jatuh cinta dengan lelaki handsome? Atau mungkin juga lelaki “cute”, “macho”, dan mempunyai fizikal yang begitu menggoda hati? Ingat..semakin “handsome”, “cute”, “sexy” seseorang lelaki itu, sebenarnya semakinlah anda perlu menggandakan “sistem pertahanan” diri. Kalaulah ramai wanita boleh diperdayakan oleh lelaki yang TAK “handsome” dan seumpamanya, apatah pula risiko ditipu oleh lelaki yang “handsome”? Ingat.. “handsome”, “cute”, dan seumpamanya itu pada seseorang lelaki sepatutnya BUKAN menjadi antara ciri-ciri utama lelaki idaman wanita. Ia sepatutnya hanya menjadi ciri-ciri “bonus” lelaki idaman wanita.

Nasihat untuk wanita yang mudah “cair” dengan lelaki seperti ini, dan menjadikan lelaki seperti ini sebagai “target” utama ciri bakal pasangan hidupnya: fikir masak-masak! Anda mungkin sedang diperhatikan oleh “pemangsa handsome dan sexy” yang sentiasa mencari wanita untuk ditipu dan dipermainkan..nauzubillah

6. Wanita yang “sabar” tidak bertempat.

Wanita dalam golongan ini boleh kita katakan jenis yang selalu “makan hati”. Dia didera (fizikal atau perasaan), tidak dihargai, sentiasa diambil kesempatan oleh pasangan namun masih tetap bersama lelaki itu walaupun dia sedar dia terseksa dan tertekan. Soalnya di sini, bila diperlakukan sebegitu, dia hanya “berharap” pasangannya akan berubah pada satu masa nanti TANPA mengambil tindakan yang sewajarnya.

Tidak salah bersabar. Malah sabar adalah satu sikap yang baik, dituntut, terpuji, dan mulia. Namun demikian, sekiranya kesabaran itu akhirnya membawa mudarat terhadap diri sendiri, sesuatu perlu dilakukan. Bersabar walau diperlakukan apa sahaja oleh lelaki/pasangan seperti ini seolah-olah memberi “lesen” kepadanya untuk terus mendera, menipu, dan menghina maruah wanita yang terlibat.

Ingat kata orang dulu-dulu… “sabar biarlah bertempat”.

Sumber Rujukan : http://de-de.facebook.com

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...