Tuesday, September 20, 2011

Keikhlasan Seorang Hamba

Pelik tapi benar....
Mungkin inilah sikap dan sifat manusia akhir zaman. Aku bercakap bukan menandakan aku arif, warak mahupun pakar bab-bab ni....walhal aku sendiri banyakkkkk sangat kekurangan yang masih perlu untuk aku perbaiki...
Aku bercakap dari pemerhatian serta pemikiran aku selaku hambaNYA yang kerdil lagi lemah. You may skip this entry if u want to... I tak paksa pun you baca.... :-)

Untuk apa dicanangkan satu dunia bila kita bersedekah jariah? Perlu ke nak war war kan seanterio bumi akan amal jariah yang kita dah keluarkan? Perlu ke nak inform satu bumi berapa juta rupiah duit ringgit yang dah kita laburkan di tabung-tabung masjid dan surau? Perlu ke kita heboh satu Malaya hari ni 7-8 juzuk Al-Quran yang dah kita baca? Perlu ke kita guna pembesar suara memaklumkan kepada satu negeri yang hari ni berapa jenis solat-solat sunat yang dah kita buat? Perlu ke heboh satu Asia berapa mulut anak yatim yang dah kita bagi makan? Perlu ke semua tu jika ianya amalan dari seorang hamba kepada penciptanya?

Buat amal ibadat , sedekah jariah apa pun kena ikhlas kerana ALLAH SWT. Bukan untuk dicanang-canang mahupun bukan untuk membangga diri. Bukan juga untuk bersifat menunjuk yang kita mampu nak buat itu dan ini... walhal kalau tangan kanan memberi sedekah... tangan kiri tak perlu tahu sama sekali. Disinilah KEIKHLASAN kita akan terserlah. Bukan payah untuk menjadi hamba yang benar-benar soleh....dan bukan susah pun untuk tergelincir dan menjadi yang sebaliknya... Semuanya bergantung kepada niat dan keikhlasan kita selaku hamba.

Ikhlaskan anda?

May Allah Bless


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...