Tuesday, September 20, 2011

Rasa Hati

Hampir 3 bulan aku mendiami Istana Cinta.
Istana yang tidak terlalu besar dan tidak pula terlalu kecil. Cukuplah untuk didiami bersama insan-insan tersayang. Cukuplah dengan apa yang ada. Istana yang cukup sempurna pada aku. Sempurna pada Mr. Hubby. Ada taman mini dihadapan istana, berserta kolam ikan hasil kerja tangan bersama Mr. Hubby bertahun yang lalu.

Bila kehidupan ini kita rasakan sempurna, sempurnalah ia. Bila apa yang ada kita rasa sudah cukup memadai, cukuplah ia. Apabila jauh disudut hati kita bahagia... bahagialah ia...

Sejuta rasa syukur kerana memiliki seorang suami yang penyayang, cukup sabar pada setiap karenah aku. Dikurniakan seorang puteri yang semakin membesar. Semoga kakak menjadi anak yang soleh dan menjadi seorang hamba yang beriman kepada penciptanya. Betullah... Allah memberi memberi rezeki pada saat-saat yang tidak diduga. Dan itu yang aku rasa. Alhamdulillah.

Jangan sesekali membandingkan diri kita dengan yang lebih, jangan sentiasa mendongak keatas kerana kita akan terlupa dengan apa yang kita ada. Sentiasalah merenung pada yang kurang dan tiada, kerana dari situ kita akan tahu untuk BERSYUKUR dengan apa yang telah dianugerahkan....

Sayang Padamu.... ;-) 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...