Thursday, October 27, 2011

Tak Nak Anak???

"Emm... tak nak tambah anak lagi ke?"
"Planning ke?"
"Tak try berubat ke?"
"Memang tak nak anak lagi dah ke?"
"Ada problem kesuburan ke?"

Hah... kadang-kala soalan-soalan ni yang membuatkan aku sedikit panazzzzz..... Mentang-mentang la kakak dah nak masuk 13 tahun on 2012... adakalanya masih ada soalan bodoh ni diutarakan pada aku. Apa punya bodoh bangang punya soalan pun aku tak tahu la. Biasanya soalan-soalan ni orang yang tak cerdik tak pandai dan tertutup pemikirannya sahaja yang selalu dok tanya bab-bab anak ni.... Tak pun jenis yang tak der kojer dok amik tahu pasal hal rumahtangga orang lain.... ampehsssss....

Yeap... mungkin juga yang dok sibuk bertanya tu tujuan dia ikhlas, nak ambil berat. But... this is sensitive issue for some people. Kena tengok pada keadaan, masa dan tempat untuk bertanya. Sebab bab ni aku kira dah masuk bab personal individu beb...

We back to the point sebab apa entry ni aku publish :-
Sapa la yang menikah dan kawin secara sah yang tak nak anak? cer bagitahu aku. Sapa? Sapa? Dari 100 kapel.... mungkin ada la 1 atau 2 yang kahwin atas sebab nak teman sekatil tapi tak nak anak. Lagi 99 atau 98 orang tentu nakkan zuriat sebagai pengambung waris keturunan. Apa dema ingat bila 'bersama' 24 jam 7 hari seminggu lepas tu coih... terbit sorang... balun hujung tahun coih bulan August terbit sorang...balun minggu ni bulan depan kompom pegnen. Soalan bodoh dan soalan bangang sangat-sangat bodoh dan bangang sangat sangat sangat !!!

Orang yang bertanya tu lupa atau tak gheti gamaknya.... soal anak tu urusan Allah. Sapa la kita nak pertikai kenapa Allah tak bagi kita anak... kenapa anak dia sorang ja... kenapa sipolan tu lambat benau nak lekatnya...kenapa ya.. air mani suami dia tak subur ker? atau isteri dia mandul?.kenapa itu kenapa ini.... dan bila anak sipolan tu berderet macam gerabak keretapi... kondem pulak...eeee...ramainya anak dia..  boleh ke bela anak berduyun-duyun dengan gaji ciput? ha...ramai2 tu nanti, berterabur la jawabnya....hah... macam tu pulak dah?

Dah sah sah kalau kapel tu menikah cara SAH... memang la salah satu tujuan depa menikah tu nakkan zuriat... tak payah la sibuk sibuk nak tanya 'eh... sipolan ni tak lekat lagi ke?' , 'eh...depa tu memang  tak nak anak lagi dah ke?' , 'eh...dema tu dok merancang ke?' .... aku kan... semakin hari semakin pantang bila orang tanya bab anak nih... silap haribulan... mau jer bagi penampor laju laju 20 das kat muka orang yang bertanya tu...

Dah bukan rezeki aku untuk dikurniakan dengan anak yang berduyun-duyun... Allah dah bagi sorang tu pun dah cukup syukur rahmat, sebab Allah tahu apa yang terbaik untuk aku dan Mr.Hubby. So... kalau kita nak tanya orang lain tentang soalan-soalan bodoh seperti diatas, berfikirlah banyak kali dulu sebab soalan-soalan tu mungkin mengguris perasaan mereka yang dah bertahun kahwin, namun belum dikurniakan zuriat. Perasaan mereka yang hanya ada seorang sahaja permata hati, perasaan mereka-mereka yang teringin sangat merasa denyut nadi sikecil dalam rahim mereka...sebab segalanya terletak pada rezeki masing-masing. Terletak pada kuasa Allah segalanya. Siapa kita nak mempersoalkan ketentuan Allah? 
Fikir-fikirkan....

May Allah Bless...







No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...