Friday, October 28, 2011

Haiyohhhh...Sangat Stress Woihhhh....

Eeeeeeee......
Nasib baik baking chocolate moist petang tadi menjadi. Terubat la sikit hati. Bila stress... aku ngap ngap ngap. Mr. Hubby kata sedap.... DRC kata nak order masa dia balik raya haji nanti...Hoi... tengok gambo je boleh tau ke sedap ke idok? ampehssss la you.... hak hak hak... mana bleh buat jual lagi... baru 1st time buat lol....

Hadoiiii....
Kadang-kala manusia terlupa untuk membezakan yang mana penting, yang mana sunat, yang mana wajib, yang mana keperluan, yang mana harus, yang mana TAK PENTING sama sekali... Ayat pun dah tunggang terbalik dah...memanmg aku stress...

Dia aku perlu dulukan dari semua-semua.... Dia aku perlu merujuk dari segala segi... Dia berada dihadapan pada setiap gerak langkahku. Tolonglah. Fahami dan mengertilah bahawa Dia mempunyai kuasa mutlak keatas diriku, keatas seluruh jiwa ragaku. Bukannya payah pun untuk memahami. Belajar untuk bertoleransi. Belajar untuk memahami dan belajar untuk berfikiran secara TERBUKA! Itu sahaja. Kerana aku mahu keredhaanNYA melalui DIA. Jangan selalu sangat letakkan aku dalam dilema serba salah. Kerana kesabaran manusia ada batas. Penerimaan manusia juga ada batas. Manis masin pahit hati manusia juga ada batas sebelum ianya menjadi tawar. Susah untuk aku berkata-kata. Bersuara salah, tak bersuara pun salah, Bersuara aku tetap nampak salah, tak bersuara pun aku juga yang nampak salah.... lantaran, apa tindakan yang perlu aku ambil ??

Perlu ke diutamakan pada sesuatu yang kurang penting berbanding dengan periuk nasi kita sendiri? Cuba cerita... things happen with a reason wokay..... tak luak tak bertambah kalau aku ada atau tak ada..... periuk nasi itu lebih penting untuk diutamakan disebabkan deadline yang menghimpit kerana December hanya tinggal sebulan sahaja lagi.... Bukan sengaja atau suka suka untuk menghindari Walimatul Urus.... tanggungjawab sudah terpikul dibahu untuk merealisasikan deadline yang berkait rapat dengan kepercayaan serta amanah yang diberikan pada Mr.Hubby...Arahan untuk menyiapakan dateline dah keluar sebulan yang lalu...Iaitu 2 minggu sebelum undangan walimatul urus itu aku terima. Yang pasti, bukan aku sengaja.... Tolonglah faham pada yang nak faham.... Pada yang tak pernah cuba untuk faham... aku tak mampu untuk memuaskan hati semua pihak....

May Allah Bless....





No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...