Tuesday, August 16, 2011

Sayang Jangan Campur Lagi Dah ...

Conclusion dari Mr.Hubby dengan apa yang telah, sedang dan tetap akan berlaku lagi di The Rain City, yang berkemungkinan besar sampai bila-bila....

"Sayang jangan campur lagi dah...Tak payah nak tegur-tegur depa. Depa dah besar... "
"Tak payah nak fikir hal 'orang lain', tak payah nak bermurah hati sangat memberikan pandangan, Biar dan tengok saja.... lagipun depa tak minta pendapat sayang kan?"
"Lepas ni buat tak tahu je apa benda pun... tak payah nak semak kepala dengan problem orang lain.... eventho tu problem dari ahli keluarga sendiri...."

Haaaa.... itu kesimpulan yang aku dapat dari Mr. Hubby malam tadi... senang cerita. Selepas aku kena sembur dengan salah seorang lelaki penting dalam hidupku. Dulu.... yes... itu dulu. Dulu... long long time ago. Sekarang ni kami mungkin dah dibuang jauh-jauh dari hidupnya. Yelah... Manusia berubah. Aku ingatkan lepas arwah abah tak ada... aku boleh la nak nasihatkan mereka sepertimana mereka pernah nasihatkan aku satu ketika dulu...

Pada aku, kalau manusia tu dah berpuluh tahun degil dan malas, buat apa nak pening-pening kepala nak tukar karakter manusia? Buat apa aku buang masa air liur aku suma dengan niat nak membantu? Kaji sahsiah dirinya , adakah dari golongan yang terpuji? Adakah dari golongan 'so-so'? apa sebab 'musibah' yang telah berlaku? Mesti ada sebab... So... pandai-pandailah. Biar je Si Luncai terjun dengan labu-labunya... Aku tak rugi apa-apa pun....

Bila aku sendiri yang terkena... baru aku terfikir balik... macam betul je apa yang selama ini orang tua tu dok always cakap kat aku. Sebab dah terkena kat batang hidung sendiri, inilah natijahnya bila terantuk baru nak tengadah.... Susah bila niat baik kita, orang ingat nak menjahanamkan... orang ingat nak menjatuhkan . At  least aku bagi pandangan yang membina... bukan pandangan yang boleh memporak perandakan hidup manusia lain. Itupun aku jugak yang kena sembur... betullah.... Cinta boleh menutup akal dan fikiran. Kalau tak tak timbul la perumpamaan 'Sayang selasih' tu....

So.... nak campur lagi? TAK NAK... sebab nanti aku yang akan kena balik.... 








No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...