Tuesday, May 17, 2011

Benarkah Mak Ayah boleh dibeli?

Kepada yang membaca entry ni, fikir-fikirkan dan renung, kaji serta ambil sebagai satu pendapat supaya ianya tidak terus kekal dari generasi ke generasi.... Think...!!! Aku menulis berdasarkan pemerhatian dan pemikiran aku sendiri. Lihat, Kaji & Fikir... You'll find the answer.


BENARKAH MAK AYAH BOLEH DIBELI...??
Dulu memang mustahil... but sekarang... tak ada yang mustahil lagi dah....
You ada duit... Mak Bapak pun you boleh beli. That is true. Maksud aku... you boleh beli jiwa mak bapak you dengan duit. Bukan pegi beli kat Jusco ataupun Tesco.... Gila ke hapa....

Tak percaya? hahahaha... tengok sekeliling dan kaji. Anak mana yang bagi lebih banyak RM.... anak mana yang senang lenang...Anak mana yang naik keta mewah kehulu kehilir... Haaa.... anak itulah yang akan diberikan perhatian yang lebih.... eventho apa yg anak itu kata tak berapa nak betul pun, mak bapak yang jiwanya dah dibeli tadi akan angguk angguk jer... no geleng geleng.... sebab apa no geleng-geleng? sebab mak ayah tadi dah dicurahkan dengan duit ringgit....So.. condition ni tak sama ke macam 'Mak Bapak Yang Boleh Dibeli'??

Pada anak yang tak berapa nak 'lepas bernafas' pulak.... mak bapak yang jiwa serta maruahnya boleh dijual beli ini tadi akan buat endah tak endah... just gitu-gitu je. Maklumlah, naik keta buruk (tunggu masa nak di let go kat keling botol jer...), kerja gitu-gitu ja... makan pakai ala kadar....mak bapak tadi pun layanlah ala kadar ja... sebab, nak ovious layan gitu-gitu sgt pun, segan kot org keliling yang memandang dan dah jadi resam... dalam dunia ni mak bapak manalah yang tak sayang kat anak kan... (tolak kes yg dok buang2 bayi tu wokay... itu lain cerita...) Just manis mulut sebab tak nak lah orang keliling nampak sangat yang they'll ignore this kind of kids. Tak percaya? Tengok sekeliling anda... kawan-kawan, saudara mara, sepupu sepapat.... ada terjadi benda-benda ni. Sebab apa... ni zaman DUIT... maruah manusia dah boleh dijual beli dengan DUIT. tak percaya? ko tajamkan sedikit je deria penglihatan, kaji sikit dan FIKIR...!!

Please, please. please & please... dont ever we do the sama thing to our kids. Jadilah orang yang cerdik walaupun anda tidaklah sepandai mana.... sebab... anak itu adalah AMANAH.... Bukan untuk dibeza-bezakan. Bukan juga untuk dibuat perbandingan...

Kita boleh tahu ke, anak yang kaya raya tu akan hadiahkan Al-Fatihah kat kita bila kita dah tak ada lagi nanti? Ataupun Anak yang papa kedana tu jugak ke yang sanggup berulang-alik membersihkan kubur kita dan menghadiahkan surah Yasin untuk kita nanti?? Fikir-fikirkan dan renung-renungkan.

Macamana anak nak menghormati diri anda sekiranya anda sendiri tidak pernah menghormati dirinya sebagai seorang anak??? Bagaimana anak akan bertutur sebaik mungkin terhadap anda sekiranya anda sendiri sering menghamburkan kata-kata kesat serta nista kepada anak anda? 

May Allah Show You The Way... Insyaallah....



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...