Tuesday, April 19, 2011

Cerita Cinta - 01

Hidup tak semudah sepertimana yang kita sangkakan. Seringkali kita terlupa bahawa setiap langkah yang kita atur ada pro & con yang tersendiri. Ada buruk baik serta akibat yang tidak pernah sesekali kita jangka. Kebahagiaan yang sering kita impikan tidak selalunya datang bergolek didepan mata. Begitu juga penderitaan yang wujud dek kerana kesilapan serta kealpaan kita selaku manusia, bukannya mudah untuk dipadamkan dari kanvas kehidupan kita selaku manusia itu sendiri.

Manusia mempunyai jiwa, perasaan serta emosi yang begitu halus dan fragile. Sewaktu entry ini aku lakarkan, keadaan di Subway Autocity gamat dengan manusia yang rata-ratanya berbangsa asing. Bukan melayu lebih tepat lagi. Orang melayu kita ni mana suka sangat dengan healty food macam kat Subway kan.... sudah adat serta pembawaan bangsa itu sendiri agaknya... So, dengan keadaan ini, sepasang couple melayu yang melangkah masuk menjadi perhatianku. Mereka sepasang kekasih menurut pandangan mata kasarku. Yes... a couple yang sedang bercinta. Lenggok manja si wanita menjadikan aku jelak... Keprihatinan si lelaki menjadikan aku tertanya-tanya.... lepas kahwin... adakah keadaan ini akan berterusan? Susah untuk dijangka kerana manusia sentiasa bersifat baru. Dan aku sendiri... tidak merasakan yang ianya akan kekal sama keadaannya sebelum dan selepas berkahwin... How sad... sedihnya kehidupan sebegitu bilamana kita tidak mempunyai sebarang kuasa untuk maju selangkah kehadapan atau mundur setapak kebelakang...

To be continue...


May Allah Bless.....

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...