Thursday, December 09, 2010

Penyatuan 2 Hati - Part 1

Alhamdulillah...selesai sudah majlis penyatuan dua hati adindaku Angah....

Syukur kerana majlis selama 3 hari itu berjalan dengan penuh jayanya.... penuh rahmat dan penuh kasih sayang. Majlis berjaya dilaksanakan dengan bantuan serta sokongan semua jiran tetangga serta keluarga. Memandangkan arwah abah dah tak ada.... ada detik-detik pilu yang menguasai suasana. Arwah memang tak pernah luput dari ingatan. Tak pernah sedetikpun hilang dari pandangan. 


Angah a.k.a gemok.... adik lelaki tunggal yang amat aku sayang. Wajah tenang penuh confident untuk memikul tanggunbgjawab seorang suami. Penuh sense of humor. Penyeri kepada keluarga dimana susah senang dia sudi untuk bersama-sama. Dengan sekali lafaz, beliau telah selamat bergelar seorang suami kepada seorang isteri....


Beberapa hantaran yang menjadi pemberian sampingan pada 4/12/2010 yang lalu. Yang ada dalam photo ni diantaranya adalah handphone, telekung beserta barangan penjagaan diri buat isteri tersayang... semua decoration disediakan dengan penuh kasih sayang oleh bondaku. Aku hanya menjadi 'tukang sibuk' jer.... tak gheti arrrr nak gubah itu ini... bakatku kearah lain...not gubah menggubah wokey.....

To Be Continue....






No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...