Friday, September 09, 2011

Pembakar Semangat

Biarlah dia menjadi idola
Pembakar semangat untukku terus menzahirkan apa yang sudah sekian lama tersirat di minda
Biarlah dia menjadi tanda mata
Pembakar semangat untukku terus melarikan mata pena
Biarlah dia menjadi penghuni hati
Pembakar semangat untukku terus mencintai

Biarlah dia jauh
Namun tetap dekat dihati
Biarlah dia tiada disini
Namun senyumnya kekal di sanubari

Biarlah
Biarlah keadaan yang menentukan segala-galanya
Biarlah arus seperti sediakala... jangan di tongkah
Kerana
Aku tak mahu lemas disini.
Terkapar-kapar mencari sesuatu yang kelam dan suram

Padamu, kutahu kau rasa apa yang kurasa
Biarkan aku disini
Menyintaimu dari jauh
Merenungmu dengan mata hati
Wahai Pembakar Semangat Diriku

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...