Wednesday, November 24, 2010

Cinta Hatiku Selamanya

Aku sayang dia
Aku cinta dia
Aku kasihi dia
Aku rindui dia

Baby & kakak....
Merupakan dua insan yang dipinjamkan kepadaku oleh Allah SWT untuk aku kasihi, untuk aku cintai dan untuk aku sayangi dengan setulus hati. Walaupun berkemungkinan hanya kakak seorang sahaja cahaya mata aku, aku tetap bersyukur dengan apa yang aku ada kini. Alhamdulillah

Sekurang-kurangnya aku tak perlu berkongsi mereka dengan orang 'lain'... Cinta yang terjalin lewat empat belas tahun lalu, pada doaku, biarlah kekal sehingga keakhir hayat. Walaupun seringkali ribut, taufan serta ujian-ujian yang tiba, biarlah kami bertiga tetap bersama. Walaupun ada yang tidak begitu menyenangi cinta ini, biarlah mereka diberi petunjuk serta hidayah agar aura kebencian itu tidak menjadi racun yang akan memusnahkan diri mereka sendiri.

Biarlah kami melangkah seiring dalam mengecap erti sebuah kebahagiaan dalam kehidupan menuju kepadaNYA. Amin....


Selamat Hari Jadi Mak & Oya 03112010 - Part 2

Oya request kek secret recepi untuk birthday dia hari tu. But....kek tu tak la mahal mana pun kalau nak dibandingkan dengan kualitinya. 

Cuma yang menjadi persoalannya hari tu...siapa yang nak makan kek tu sampai sebiji. Dah la besau gilerrrr.... a bit sensetip kalau tak bubuh dalam freezer. So....aku decide, beli je 3 slice from secret recepi as usual. Aku Chocolate Indulgence, kakak amik cheese cake & oya bluberry cheese. Pastu beli je kek biasa kat Prima Cake House Taiping...

Mewah jugak la food untuk malam tu. Alhamdulillah... Anagh sponsor makan & baby sponsor all those cake-cake... uik....linkup my diet doh..... 




Selamat Hari Jadi Mak & Oya 03112010 - Part 1

Sorry yer mak & oya....lambat sket along buat entry pasal birthday nih.... sibuk sibuk sibuk...
Majlis kecik-kecilan untuk mak & oya dengan penuh tulus dan ikhlas telah di sponsor oleh baby & angah pada 3/11/2010 yang lalu. mak aiii...dah dekat sebulan baru aku buat entry.... sungguh tak patut... sooooo sorryy...truly sorry for both of you.



Alhamdulillah kerana masih diberi kesempatan untuk menyambut setahun lagi ulang tahun. Bersyukurlah dengan apa yang kita ada. Nikmatilah hidup dengan seadanya dalam meniti perjalanan kita menuju kepadaNYA.




Novel Chenta - Part 1

Koleksi peribadi yang bukan dengan semua orang aku akan berkongsi...
Aku start kumpul novel time aku form 2 rasanya. Arwah abah mula-mula belikan aku Novel Creative... Sebelum tu aku rajin dok baca novel Nancy Drew dan siri penyasatan Anak-Anak Hadi.

Banyak jugak yang dah hilang. Ada kengkawan yang pinjam pastu terus buat macam harta sendiri. Sebab tu aku serik nak bagi pinjam dah kat orang2 sembarangan. Aku rasa dalam 20 buah ada kot hilang dari simpanan aku. Even adik-adik aku nak pinjam pun aku tengok dulu...inikan orang luar... hehehehe...tak dapat chekkkk.... sebab tu my collection ni berada dalam master bedroom... because it's my PERSONAL PROPERTY.

Tapi dah namanya adik beradik kan... aku bagi jugak pinjam atas nama perkongsian. But i'll always monitor la... kat mana lokasi terkini buku-buku aku.... mana tahu dok landing baik punya kat bawah katil ke...kat bawah meja makan ker...kat bawah sofa ke.... hahahaha.... But I always remind them... 'Buku along jangan keluar dari rumah mak...' meaning that... adik-adik aku tak boleh dengan sesuka hati meminjamkan novel2 aku kat orang lain.

...So...tak leh la salahkan aku kalau aku a bit kidikut pasal my story book... Sememangnya pengalaman banyak mengajar kita erti hidup.... mengajar kita supaya lebih berhati-hati dimasa akan datang. 

Petrosains - DinoTrek @ Jaya Jusco Seberang Perai City Telah Dibuka

Petrosains - DinoTrek telahpun dibuka kepada umum. itu maklumat terkini yang aku dapat sewaktu aku ke Jaya Jusco hari Sabtu lepas. merayap @ Jusco mencarikan hadiah untuk my baby sempena Anniversary aku on 22/11... kih kih kih
Aku nak belikan sesuatu yang dah bertahun bertanggak nak boli. Bukan mahal mana pun...cuma bertanggak-tanggak... Mana taknya.... sekali aku jeling nampak hadiah kat baby...dua kali jeling aku nampak kasut...tiga kali jeling aku nampak handbags....muahhhahahah...So ko agak aku amek yang mana dulu???

So...back to the story...
Dah open dah Dinotrek ni to public. Bawak la anak2...budak2...mak2 budak pergi jenjalan kat sini. Dah habis shopping tu leh la belajar pasal dinosour pulak. jangan dok ingat nak belajor pasal shopping jer.... tidak bagus untuk kesihatan poket anda.....





Parking still free maaaa. Tak yah gaduh...banyak gila parking dia. Aku selalu park keta kat tepi building dia jer... senang & dekat dengan pintu masuk.

Kat sini ada TGV... aku kureng sikit tengok wayang kat TGV.... mahal lol.... aku prefer kat GSC lagi kalau nak tangok wayang...

Jangan lupa bawak family kesini yorrr....


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...